Posts

MACC sifting through flow of RM48mil cash 14

Image
PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is zeroing in on how RM48mil of Government funds meant to uplift the rural poor was moved across an intricate web of companies. The graftbusters are said to be probing 14 Sabah-based companies, said to be involved in the “disappearance” of the money over seven years, which is part of the RM1.5bil misappropriation of funds that MACC is looking into. It was discovered that the main “formula” for the embezzlement involved an inflation of the project prices by 25% where in the end, 15% which is equivalent to RM48mil, had gone into the pockets of others His two brothers – Datuk Yusof and Hamid – were also sought to facilitate the probe. Both siblings were released last Monday and on Oct 19 respectively. The MACC is also investigating the role of two Datuks in the money trail and who had appointed them. image: https://www.thestar.com.my/~/media/online/2017/10/29/01/29/moneytrail.ashx?h=528&w=450...

1,614 penjawat awam ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan 2,309 kertas siasatan salah laku rasuah membabitkan penjawat awam untuk tempoh 2013 hingga 30 September tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata angka itu lebih tinggi berbanding 1,143 kertas siasatan membabitkan orang awam. Bagaimanapun, kategori orang awam itu tidak mengambil kira sektor swasta atau ahli politik. "Seramai 1,614 penjawat awam telah ditahan manakala orang awam (1,247). "Selain itu, sebanyak 663 penjawat awam dikenakan pertuduhan berbanding 566 orang awam. Seramai 344 penjawat awam didapati bersalah (sabitan), manakala orang awam seramai 494 orang. "Penjawat awam yang dilepaskan (pertuduhan tidak disabitkan di Mahkamah Sesyen) adalah sebanyak 150 orang berbanding 41 orang awam," katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP - Bakri) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini. Teck Hwa bertanya mengenai jumlah kakita...

80,000 daftar jadi Sahabat GERAH SPRM

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Sebanyak 80,000 rakyat di negara ini telah mendaftarkan diri sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu badan tersebut memerangi salah laku dan rasuah dalam kalangan masyarakat secara holistik. Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil, jumlah itu juga dijangka akan terus meningkat sehingga 100,000 ahli menjelang penghujung tahun ini. "Jumlah penyertaan yang banyak itu menunjukkan bukti jelas bahawa rakyat sentiasa memberi sokongan kepada perjuangan SPRM dengan cara menjadi  'mata dan telinga' untuk membongkar kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh segelintir anggota masyarakat," katanya kepada pemberita dalam program Konvesyen Integriti Pelajar-Pelajar Institusi Pendidikan Mara (Ipma) di Institut Perindustrian Mara-Jepun, Beranang, Selangor. Turut hadir, Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf. - UTUSAN ON...

Piawaian tambah baik pengurusan sistem antirasuah

PUTRAJAYA: Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia) melancarkan piawaian Malaysian Standard (MS) MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) sebagai panduan kepada organisasi menambah baik pengurusan sistem antirasuah. Ketua Pengarah Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin, berkata inisiatif membangunkan MS ISO 37001:2016 ABMS dijalankan sejak Mac lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menggunapakai secara terus standard antarabangsa ISO 37001 ABMS - Keperluan Kepada Panduan Untuk Penggunaan. Beliau berkata, MS ISO 37001:2016 ABMS menyediakan keperluan dan panduan untuk mewujudkan, melaksana, mengekalkan dan memperbaiki sistem pengurusan antirasuah. Sistem ini, katanya, wujud secara bebas, disepadukan dengan sistem sedia ada, selain menjadi sistem pengurusan keseluruhan. "Diharapkan dengan wujudnya MS ini, ia dapat membantu sektor awam, swasta dan entiti bukan berasaskan keuntungan melaksanakan langkah yang wajar d...

Misi dua Tan Sri

DALAM tempoh seminggu ini, isu rasuah dan salah guna kuasa terus menjadi tumpuan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus mengorak langkah dengan membongkar satu demi satu kes yang dianggap berprofil tinggi. Terbaharu, kes penyelewengan dana kebajikan kerajaan yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion di Sabah. Pada masa sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula demi menjaga nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul dengan kenyataan tegas untuk memastikan tiada lagi anggota dan pegawai pasukan itu terlibat rasuah dan menjadi tali barut penjenayah. Walaupun berada dalam dua organisasi berbeza tetapi kedua-dua Tan Sri itu mempunyai misi sama iaitu menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Hakikatnya, ketegasan yang ditunjukkan oleh mereka sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat. Sama ada kita mahu mengakui atau tidak, mungkin inilah kali pertama kita mendengar dua orang kuat dua buah agensi penguat kuasa senada untuk bersama-sama memerangi jenay...

SPRM, JUDI DAN 'TANGAN GHAIB'

KETIKA kali pertama mahu membongkar kegiatan judi haram, penulis diperingatkan untuk berhati-hati, malah ada teman berkata, apa yang dilakukan bagaikan ‘menjolok sarang tebuan’ atau ‘mengganggu harimau sedang tidur’. Peringatan itu mempunyai maksud amat mendalam kerana kegiatan judi haram bukan sahaja berkaitan dengan sindiket malah jauh daripada itu, ia juga melibatkan amalan rasuah dan salah guna kuasa serta aktiviti pengubahan wang haram. Kegiatan itu juga jika dibongkar akan mengakibatkan sindiket bukan sekadar rugi berpuluh-puluh ribu sehari malah mencecah jutaan ringgit sehari dan ber­bilion ringgit setahun. Sebab itulah dalam apa keadaan sekali pun sindiket akan cuba mempertahankan kegiatan haram ber­kenaan. Sekadar perlu menghulurkan RM10 juta hingga RM15 juta sebulan kepada anggota agensi penguat kuasa dan menguruskan segala keperluan yang diinginkan oleh segelintir pegawai-pegawai kanan agensi tersebut ia bukanlah satu masalah. Atas sebab itulah sejak awal lagi apabil...

Integriti dan rasuah

Image
Oleh M. Thillinadan Sejak seminggu lalu, topik rasuah menjadi paparan utama hampir semua media di negara ini. Ia bermula dengan pendedahan siasatan kes seleweng dana RM1.5 bilion untuk projek luar bandar di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kemudian diikuti kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai amaran rasuah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sejak dilantik sebagai KPN pada 4 September lalu, Mohamad Fuzi menjadikan isu integriti anggota dan pegawainya sebagai fokus pentadbiran. Kenyataan pedasnya mengenai ada pegawainya 'berlakon dan bermain wayang' dalam soal pembanterasan kegiatan judi, jenayah bersindiket dan gengsterisme sepatutnya menjadi  wake up call. Sudah tentu amaran itu ada kaitan dengan pelbagai laporan media sebelum ini mengenai ada aktiviti judi berhampiran balai polis, jenayah sindiket dan kumpulan gengster yang dikatakan turut dikaitkan dengan pegawai kanan polis serta isu wa...