SPRM KESAN LELAKI BANTU LENGKAPKAN SIASATAN
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu melengkapkan siasatan kes SPRM. Lelaki tersebut, Ahmad Razini Md. Rais, 39, mempunyai alamat terakhir di 26, Jalan Jelita, Taman Suliana, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penguasa Nordinansah Kasim di talian 019-589 5919 atau e-mel kepada nordinansah@sprm.gov.my. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 30 NOVEMBER 2018