Posts

Showing posts from April, 2019

Bodek-membodek patut dijadikan sebahagian daripada jenayah rasuah

PIHAK kerajaan khususnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan baru-baru ini boleh memberi pertimbangan untuk mengkaji dengan terperinci serta memberi pertimbangan untuk jadikan amalan bodek-membodek bagi mendapatkan sesuatu sebagai sebahagian daripada jenayah rasuah dan boleh didakwa dibawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan rasuah yang ada dalam negara kita. Mengikut fahaman tradisi atau konvensional yang ada pada masa kini mengenai maksud jenayah rasuah, rasuah bermaksud penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Masalah sekarang suapan di sini selalunya difahami oleh orang ramai sebagai perkara yang melibatkan pertukaran wang atau benda-benda yang berharga, nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar bagi mendapatkan sesua

Jihad SPRM buru pelaku rasuah

HAIRAN, hairan, hairan. Bukannya apa. Penulis hairan bagaimana rumah urut boleh beroperasi dengan sewenang-wenangnya tanpa takut dengan tindakan pihak berkuasa. Rupa-rupanya tauke sogok `orang dalam'. Berhubung isu rumah urut itu, setakat hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan beberapa individu yang sebahagiannya penjawat awam. Mereka dikatakan menerima bayaran bulanan sebanyak minimum RM1,000 dan ada yang menerima sogokan lebih daripada itu. Itulah yang berlaku sehingga SPRM terpaksa melakukan risikan dan penyamaran melalui operasi khas selama tiga bulan untuk memberkas dalang-dalang yang melindungi rumah urut berkenaan. Apapun sekalung tahniah diucapkan kepada SPRM atas kesungguhannya membanteras gejala rasuah melibatkan perbuatan melindungi rumah-rumah urut tersebut. Terbaharu, dua orang penjawat awam didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan meminta dan menerima suapan berhubung kegiatan rumah urut. Apa yang penulis ingin katakan di sini, i

SPRM DAPAT IZIN DAKWA ROSMAH

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi esok. Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009. SPRM telah menahan Rosmah pada pukul 1.45 petang selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar pada pukul 1.40 petang. Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 9 APRIL 2019

Didakwa minta suapan palsukan sijil diploma

EKSEKUTIF jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tuduhan meminta suapan wang tunai RM3,500 sebagai upah mendapatkan sijil diploma bagi universiti swasta tanpa mengikut prosedur pembelajaran yang betul. Tertuduh, Vijayakumar, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad. Lelaki itu didakwa secara rasuah meminta untuk dirinya daripada Muhamad Amir Safwan Rusli, suatu suapan wang tunai sebanyak RM3,500 sebagai upah mendapatkan sijil Diploma in Business Administration daripada universiti itu atas nama Mohd Amirul Hakim Rusdi tanpa mengikut prosedur pembelajaran yang betul. Kesalahan itu didakwa dilakukan di restoran makanan segera di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara di sini pada jam 2.40 petang, 18 Januari 2018, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama ya

SPRM KESAN LELAKI BANTU SIASATAN

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM. Lelaki tersebut, Jarid @ Jerid Bin Jiral, 45, memegang kad pengenalan bernombor 740329-12-5575 (H0895792) dikesan mempunyai alamat terakhir di No. 204, Blok 48, Pangsapuri Nilam Sari, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa, Muhamad Jais Sulaiman di talian 03-33715080 atau 016-8024814. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA  5 APRIL 2019

Najib guna dana SRC International untuk belanja di Hawaii, ubah suai rumah - Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa raya akan cuba membuktikan bahawa sebahagian daripada sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, telah digunakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan peribadi, kata Peguam Negara Tommy Thomas. Sewaktu membacakan ucapan pembukaan pendakwaan di bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah 3 hari ini, Thomas berkata, bukti pendakwaan akan menunjukkan Najib telah mengeluarkan sejumlah 15 cek dari akaun peribadi beliau bernilai RM10,776,514.00. Selain itu, turut cuba dibuktikan ialah perbelanjaan sejumlah USD130,625 melalui kad kredit Najib di butik Chanel di Honolulu, Hawaii, serta penggunaan sejumlah cek untuk kerja-kerja pengubahsuaian kediaman peribadi beliau di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, di Pekan, Pahang. Selain itu, beberapa cek juga didakwa dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu untuk parti-parti komponen di bawah Barisan Nasional. “Beban pendakwaan kini terletak di atas pasukan pendakwaraya untuk memb

Terowong Pulau Pinang: Ahli perniagaan didakwa tipu RM19 juta

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lalu. MG Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Consortium Zenith Construction adalah kontraktor utama bagi projek terowong dasar laut itu. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan terbabit menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visi

Kerajaan PH Komited Perangi Kleptokrasi, Rasuah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Selepas hampir setahun menerajui pemerintahan negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya membersihkan Malaysia daripada imej ‘negara kleptokratik’ yang dilabelkan semasa pemerintahan terdahulu. Ini dapat dilakukan hasil kesungguhan dan komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa, selain menerapkan integriti dalam setiap lapisan masyarakat dalam era Malaysia Baharu ini. Pemerhati politik Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata langkah itu bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia selaras dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 iaitu membebaskan Malaysia daripada gejala rasuah serta menggalakkan tadbir urus baik. “Beberapa siri tangkapan, siasatan dan dakwaan terhadap pelbagai individu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menangani gejala rasuah itu,” kata pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu. Dalam tempoh itu juga, Suruhanjaya Pencegahan