Jihad SPRM buru pelaku rasuah
HAIRAN, hairan, hairan. Bukannya apa. Penulis hairan bagaimana rumah urut boleh beroperasi dengan sewenang-wenangnya tanpa takut dengan tindakan pihak berkuasa. Rupa-rupanya tauke sogok `orang dalam'.
Berhubung isu rumah urut itu, setakat hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan beberapa individu yang sebahagiannya penjawat awam. Mereka dikatakan menerima bayaran bulanan sebanyak minimum RM1,000 dan ada yang menerima sogokan lebih daripada itu.
Itulah yang berlaku sehingga SPRM terpaksa melakukan risikan dan penyamaran melalui operasi khas selama tiga bulan untuk memberkas dalang-dalang yang melindungi rumah urut berkenaan.
Apapun sekalung tahniah diucapkan kepada SPRM atas kesungguhannya membanteras gejala rasuah melibatkan perbuatan melindungi rumah-rumah urut tersebut.
Terbaharu, dua orang penjawat awam didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan meminta dan menerima suapan berhubung kegiatan rumah urut. Apa yang penulis ingin katakan di sini, inilah realiti yang berlaku. Wujudnya sang pengkhianat yang melindungi rumah-rumah urut. Rumah yang menawarkan khidmat tukang urut. Rumah yang menawarkan khidmat pelacur.
Oleh itu janganlah merasa pelik jika rumah urut yang sama beroperasi semula selepas diserbu. Semuanya ini boleh berlaku kerana terdapat segelintir penguat kuasa menerima sogokan. Alangkah malangnya keadaan ini. Mereka dibayar gaji hasil daripada cukai rakyat. Tuga utama mereka ialah membanteras aktiviti rumah urut tetapi sebaliknya yang berlaku.
Duit telah mengaburi mata mereka sehingga gagal menjalankan amanah yang telah diberikan. Terfikir juga penulis, tidak takutkah mereka jika tertangkap? Sudah pasti mereka aka hilang pekerjaan disebabkan perbuatan menerima rasuah. Namun itulah pengaruh duit. Apabila mata telah dikaburi dengan duit yang banyak segala-galanya boleh. Tidak kira halal dan haram. Semuanya bercampur-baur.
Itu belum dikira duit rasuah tersebut digunakan untuk membeli makanan dan minuman isteri serta anak-anak. Mereka tidak bersalah. Yang bersalah adalah si ayah. Sebab itu jangan marah jika anak-anak tidak menjadi. Mungkin puncanya hasil daripada duit haram. Wallahuaklam
Ada juga yang mengambil rasuah kerana gaya hidup mewah. Gaji bulanan yang diterima tidak cukup untuk menampung kehidupan. Mana tidaknya, kereta yang digunakan kereta mewah, pakaian yang dipakai semuanya berjenama mahal, kaki kelab dan teman wanita silih berganti.
Mana cukup kalau gaji setakat RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Sekurang-kurangnya mereka perlu RM5,000 ke atas atau mungkin boleh mencecah lima angka sebulan. Sebab itu mereka perlukan duit tambahan setiap bulan dan rasuah adalah paling mudah. Caranya mereka melindungi pusat-pusat maksiat seperti rumah urut dan pusat judi
Lebih malang lagi, kebanyakan mereka yang melakukan perbuatan ini adalah dalam kalangan saudara seislam kita. Yang diajar tentang halal dan haram. Yang diajar tentang pahala dan dosa. Namun semuanya itu tidak bermakna disebabkan rasuah.
Inilah bahana rasuah. Sebab itu rasuah disifatkan sebagai musuh negara dan perlu dibanteras habis-habisan. Rasuah ini umpama virus yang cukup berbahaya. Jika virus ini singgah di mana-mana ia akan menjadi satu penyakit dan jika dibiarkan boleh menjadi barah.
Kepada SPRM, teruskan usaha memburu pelaku-pelaku rasuah khususnya yang melindungi pusat-pusat maksiat. Anggaplah ini adalah satu jihad. Terutama untuk mengelakkan masyarakat terjerumus dalam perbuatan-perbuatan maksiat. Semoga Allah memberi ganjaran kepada setiap pegawai dan anggota SPRM yang diberi tanggungjawab melaksanakan tugas tersebut.
Selain dalam bidang penguatkuasaan, rasuah dalam politik juga amat berbahaya. Dengan bahasa mudahnya politik wang. Terbinanya kuasa politik atas nama rasuah akan menjahanamkan negara, akan memusnahkan masyarakat.
Atas asas itu, rakyat tidak boleh sesekali menerima mana-mana pemimpin yang mengamalkan rasuah dalam pemerintahannya. Pemimpin rasuah wajib ditolak. Untuk menjadi seorang pemimpin, mereka bukan sahaja perlu kelihatan bersih tetapi benar-benar bersih.
Hanya mereka yang bersih, telus dan berintegriti layak menjadi pemimpin. Lihat sahaja sejarah dunia bagaimana nasib sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin rasuah. Sebagai conroh Zimbabwe dan Soamalia adalah antara negara yang musnah akibat rasuah.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/jihad-sprm-buru-pelaku-rasuah-1.882139#ixzz5l8xR2Ut5

Comments
Post a Comment