Posts

Setahun pikul tugas yang belum selesai

Pada 17 Mei lalu, genaplah setahun pelantikan rasmi saya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan keutamaan menyelesaikan ‘tugas yang belum selesai’. Setelah setahun sembilan bulan meninggalkan SPRM, langkah pertama saya kembali ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika itu turut diiringi dengan 1001 harapan, baik daripada masyarakat luar mahu pun pegawai SPRM sendiri. Suatu amanah yang cukup berat untuk dipikul bersendirian. Harapan utama rakyat pasca pilihan raya ketika itu ialah bagi membersihkan Malaysia yang sudah terpalit dengan skandal rasuah mega serta pelbagai lagi penyelewengan dan salah guna kuasa. Sebaik sahaja saya menjejak kaki ke Ibu Pejabat SPRM, saya memberi fokus kepada dua isu penting. Pertama menyelesaikan masalah dalaman pegawai SPRM dengan menyatu semua pegawai supaya bersatu hati, bersama-sama bekerja keras melaksanakan amanah mencegah rasuah dan salah guna kuasa demi negara.   Dalam perhimpunan pertama bersama pegawai-peg

Datuk, dua pengarah syarikat hartanah didakwa tipu kuota Bumiputera

BUTTERWORTH: Tiga pengarah syarikat pemaju hartanah termasuk seorang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini, atas pertuduhan pemalsuan dokumen membabitkan kuota Bumiputera pada 2017. Tertuduh iaitu Datuk Khor Siang Gin, 49, Thein Ling Yen, 41, dan Tan Siew Feng, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nizam Zakaria. Difahamkan, Siang Gin adalah Pengarah Urusan, Ling Yen (Pengarah Bahagian Pemasaran dan Jualan) serta Siew Feng (Pengarah Eksekutif) di syarikat pemaju perumahan berkenaan. Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa secara niat bersama cuba menipu Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan cara mengemukakan dokumen perjanjian jual beli palsu bagi mendapatkan pelepasan kuota Bumiputera sebanyak 30 peratus bernilai kira-kira RM1,635,870 untuk Projek Perumahan Alila 2. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bahagian Perumahan, Pejabat

Hapus rasuah sektor keselamatan, kesihatan pekerjaan

ADA pihak bertanya apa kaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dengan rasuah, sehingga ia dipilih sebagai tema Persidangan dan Pameran KKP (COSH 2019) peringkat kebangsaan pada Ogos depan. Sebenarnya tema ‘Memacu kecemerlangan KKP Berlandaskan Integriti Demi Masa Hadapan’ amat bertepatan, kerana gejala rasuah di Malaysia membimbangkan. Seiring usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah, saya percaya ia juga harus dilaksanakan di semua tempat kerja. Hal ini selaras tema Hari Pekerja 2019 iaitu ‘Pekerja Amanah Aspirasi Negara’ yang menyeru kita meningkatkan amanah dan kualiti kerja berasaskan integriti tinggi. Sebagai institusi bertanggungjawab untuk latihan dan pendidikan keselamatan, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mengambil langkah penting menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM tahun lalu. Rasuah dalam apa bentuk tidak boleh diterima dan jika membabitkan pengamal dan agensi KKP, ia boleh mengakib

Rayuan bekas pegawai Perhilitan ketepi hukuman penjara ditolak

KUANTAN 10 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang bekas pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Jerantut untuk mengetepikan hukuman penjara empat tahun yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 27 Ogos tahun lalu. Hakim Datuk Zainal Azman Ab. Aziz membuat keputusan berkenaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan terhadap Abu Zahrim Ismail, 46. Bagi permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga selesai rayuan, Zainal Azman meminta perayu membuat permohonan berkenaan secara formal. Sementara menunggu permohonan tersebut dibuat, hukuman penjara terhadap perayu berjalan bermula hari ini. Pada 27 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Dazuki Ali menjatuhkan hukuman didenda RM117,000 terhadap Abu Zahrim selepas didapati bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu berhubung pembelian 88 unit beg kembara bernilai RM23,400, lima tahun lalu. Dazuki turut men

Seksyen 17A: Tiada yang terlepas

UTUSAN: Boleh Datuk Seri jelaskan latar belakang peruntukan undang-undang Seksyen 17A Akta SPRM 2009. AZAM: Undang-undang baharu ini adalah untuk melaksanakan obligasi dan memenuhi tanggungjawab antarabangsa di bawah Artikel 26 United Nation Convention Against Corruption (UNCAC) yang merujuk kepada Liability Of Legal Person. Dalam menggubal peruntukan ini, SPRM merujuk kepada pelbagai sumber perundangan sama ada domestik atau luar negara. Antaranya Seksyen 7 The UK Bribery Act 2010 (UKBA 2010) dan Foreign Corrupt Practices Act 1977 (FCPA 1977). Apa intipati Seksyen 17A? Peruntukan ini dikenakan ke atas organisasi komersial iaitu sebuah syarikat atau perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian 1961 atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain serta organisasi yang didaftarkan di luar Malaysia namun menjalankan perniagaan di sini. Undang-undang ini juga dikenakan terhadap mereka yang bersek

SPRM KESAN LELAKI BANTU SIASATAN

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM. Lelaki tersebut, Faidzul Abu Hasan, 45, mempunyai alamat terakhir di C 30, Kg. Melayu Sri Kundang 48020 Rawang, Selangor. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd. Ridhwan Omar di talian 03-5525 6500 atau 014-515 4558. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA 7 MEI 2019

SPRM KESAN LIMA INDIVIDU BANTU PERBICARAAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Cawangan Tawau sedang mengesan lima individu bagi membantu perbicaraan kes SPRM. Butiran kesemua individu tersebut adalah seperti berikut: 1.Nama : Bujang Lasa Manaja  Umur : 52 tahun  Alamat : Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah 2.Nama : Nuri Alsa Mitanyu  Umur : 29 tahun  Alamat : Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah 3.Nama : Nasal Mitanyu  Umur : 26 tahun Alamat : Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah 4.Nama : Muliana Mitanyu Umur : 24 tahun Alamat : Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah 5. Nama : Kamal Mitanyu  Umur : 19 tahun Alamat : Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung kelima-lima individu tersebut diminta menghubungi Penolong Kanan Penguasa Susilahwatie Sino di talian 013-887 7033. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 6 MEI 2019