Seksyen 17A: Tiada yang terlepas
UTUSAN: Boleh Datuk Seri jelaskan latar belakang peruntukan undang-undang Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
AZAM: Undang-undang baharu ini adalah untuk melaksanakan obligasi dan memenuhi tanggungjawab antarabangsa di bawah Artikel 26 United Nation Convention Against Corruption (UNCAC) yang merujuk kepada Liability Of Legal Person.
Dalam menggubal peruntukan ini, SPRM merujuk kepada pelbagai sumber perundangan sama ada domestik atau luar negara. Antaranya Seksyen 7 The UK Bribery Act 2010 (UKBA 2010) dan Foreign Corrupt Practices Act 1977 (FCPA 1977).
Apa intipati Seksyen 17A?
Peruntukan ini dikenakan ke atas organisasi komersial iaitu sebuah syarikat atau perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian 1961 atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain serta organisasi yang didaftarkan di luar Malaysia namun menjalankan perniagaan di sini.
Undang-undang ini juga dikenakan terhadap mereka yang bersekutu dengan organisasi komersial itu dengan niat untuk memperoleh faedah atau mengekalkan perniagaan. Ini termasuk pengarah, pengawal, pegawai, perkongsiannya atau individu yang terlibat dengan pengurusan hal ehwal organisasi komersial semasa rasuah dilakukan.
Hukuman yang diperuntukkan jika sesebuah organisasi komersial didapati bersalah dan disabitkan adalah denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai suapan atau RM1 juta, yang mana lebih tinggi atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Melihat pada hukuman ini, kes-kes yang dikehendaki disiasat SPRM bukanlah kecil-kecilan kerana undang-undang ini lebih diberi penekanan kepada organisasi besar.
Difahamkan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 ini akan berkuat kuasa mulai Jun 2020. Mengapa ada tempoh?
Tempoh ini sebagai persediaan kepada organisasi komersial serta pihak SPRM sendiri untuk memahami undang-undang ini serta dari segi kapasiti kita. Berdasarkan perbincangan saya dengan beberapa pihak di luar negara, penyiasatan ini lebih komited kerana melibatkan akaun syarikat, forensik akaun, isu perundangan dan sebagainya.
Maka, pegawai SPRM perlu bersedia. Dalam kes ini, kita perlu bantuan pakar-pakar tertentu dan pegawai saya perlu dilengkapkan ilmu penyiasatan isu korporat. Kami belum ada pengalaman dalam penyiasatan di bawah Akta 17A ini. Kami masih kaji dan akan ada penambahbaikan selepas undang-undang ini dikuatkuasakan.
Apakah cabaran yang bakal dihadapi SPRM?
Cabaran utamanya dari segi keupayaan dan kapasiti pegawai dalam aspek pelaksanaan siasatan. Tetapi bagi saya sendiri, penyiasatan yang kita ada sekarang melibatkan isu korporat semakin rumit. Syarikat-syarikat pun kini semakin bijak menyembunyikan pembayaran dalam akaun mereka yang kita tahu ia merupakan rasuah. Mereka semakin selangkah ke depan dari kita. Saya juga tahu ada organisasi yang sedang meneliti akta baharu ini serta ada juga telah berbincang dengan pakar perundangan untuk ‘melepasinya’.
Adakah situasi rasuah melibatkan organisasi komersial di negara ini semakin serius danundang-undang baharu ini mampu mengekangnya?
Ya, apabila negara kita membangun, saya tidak nafikan kesalahan rasuah yang biasa juga semakin rumit. Sektor perniagaan di negara kita semakin maju, akan wujud persaingan. Bagi sektor korporat, mereka bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tender projek. Lumrahnya, mereka akan cuba membeli pihak berkuasa. Hasil perbincangan SPRM dengan negara maju, kami dapati zaman berubah macam mana pun tetap akan berlaku rasuah.
Adakah wujud kekangan dalam proses siasatan jika sebahagian daripada entiti perkongsian dimilikiorang bukan pemastautin yang mendaftarkan perniagaan mereka di luar negara?
‘Organisasi komersial’ ialah mana-mana perkongsian sama ada didaftarkan di bawah undang-undang domestik atau tempat lain. Selagi menjalankan perniagaan di Malaysia, mereka tertakluk kepada peruntukan ini. Dengan itu secara prinsipnya, tidak wujud kekangan dalam proses siasatan dan pendakwaan memandangkan perniagaan dan kejadian jenayah rasuah tersebut berlaku dalam negara.
Perlakuan bagaimana yang boleh menyebabkan sesuatu organisasi komersial itu boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 17A?
Secara umumnya, kesalahan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dilakukan oleh organisasi komersial apabila seseorang yang bersekutu dengan organisasi komersial tersebut secara rasuah memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menjanjikan atau menawarkan apa-apa suapan dengan tujuan untuk memperoleh atau mengekalkan apa-apa perniagaan bagi organisasi komersial itu. Atau untuk memperoleh apa-apa faedah dalam menjalankan perniagaan bagi organisasi komersial itu.
Apakah perincian definisi ‘orang yang bersekutu dengan organisasi komersial’ di bawah peruntukan baharu?
Terma orang bersekutu ini ditafsir di bawah dua subseksyen iaitu 6 dan 7. Bagi subseksyen 6, seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia ialah seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi itu atau orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial.
Untuk Subseksyen 7 pula, orang melaksana perkhidmatan bagi pihak organisasi komersial atau tidak mesti ditentukan dengan merujuk kepada sifat hubungan antara individu itu dengan organisasi tersebut. Contohnya orang tengah, pembekal, vendor dilantik.
Apa langkah harus diambil organisasi komersial bagi mengelak terlibat aktiviti rasuah, sekali gus dikenakan tindakan liabiliti korporat ini?
Organisasi komersial perlu pastikan kegiatan itu telah dilakukan tanpa dapat keizinan mereka atau pegawai yang bertanggungjawab tidak membiarkan rasuah berlaku.
Organisasi perlu pastikan usaha pemantauan dilaksana sewajarnya pada setiap peringkat serta wujudkan tatacara mencukupi dan efektif.
Contoh kes melibatkan organisasi komersial
1. Rolls-Royce (1999-2013)
> Terlibat rasuah untuk dapatkan kontrak kejuruteraan awam dan ketenteraan.
> Tiga pegawai, perunding luar mengaku bersalah. Orang tengah turut didakwa
> Bayar penalti sebanyak 671 juta euro (RM3.11 bilion) elak didakwa di United Kingdom, Brazil dan Amerika Syarikat.
2. Siemens (2002-2006)
> Terlibat dengan rasuah dan penyelewengan di 20 negara
> Pendakwaan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia, China dan Malaysia
> Mengaku bersalah, bayar penalti sebanyak ASD1.34 bilion (RM5.36 bilion).
3. Alcatel-Lucent (2010)
> Didakwa dua kesalahan rasuah untuk dapatkan kontrak kerajaan bernilai jutaan dolar.
> Bayar penalti ASD137 juta (RM5.68 bilion).
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/seksyen-17a-tiada-yang-terlepas-1.898693

Comments
Post a Comment