Bangunan baharu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan sahaja memberi keselesaan kepada warga kerjanya malah akan menjadi bangunan ikonik baharu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Menampilkan reka bentuk yang unik dengan berdiri utuh di atas tiang-tiang tinggi, Ibu Pejabat SPRM itu sudah pasti mampu mencuri perhatian sesiapa yang melihatnya. Lebih menarik, pada waktu malam sinaran cahaya lampu yang menerangi di sekeliling bangunan berkenaan akan menyerlahkan lagi penampilannya dari jarak jauh. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, reka bentuk bangunan tersebut menampilkan suatu kelainan yang cukup unik sekali gus menjadi mercu tanda yang begitu menarik dan boleh dibanggakan oleh seluruh warga kerja SPRM. Tambah beliau, bangunan yang tersergam indah itu akan memberikan nafas baharu kepada seluruh warga kerja SPRM kerana dilengkapi...
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seorang pembekal alat ganti mesin dan jentera dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi suapan berjumlah RM1,100 kepada pegawai polis ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan, hujung bulan lalu. Chiew Tong Nam, 47, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Madihah Harullah. Mengikut pertuduhan, dia yang didapati positif dadah jenis Meth menyerah wang suapan itu bertujuan agar pegawai polis tidak mengambil sampel air kencingnya dengan menukarkan kepada air paip untuk dimasukkan ke dalam botol urin. Dia melakukan kesalahan itu pada pukul 1.30 pagi, 31 Januari lalu di pusat hiburan Meridian, Cheras di sini. Tong Nam didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Nor D...
SERAMAI 15 kadet yang mengikuti program khas iaitu Program MACC-CAT (Chartered Accountant Trainning) telah menamatkan Latihan Kursus Asas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama setahun, hari ini. Mereka sebahagian daripada seramai 109 pegawai kadet yang diraikan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 16 Bil. 2/2014 (Penolong Penguasa Gred P29) dan Siri 17 Bil. 3/2014 (Penguasa Gred P41). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, MACC-CAT adalah program khas pelantikan pegawai baru dari kalangan penuntut jurusan perakaunan yang mendapat CGPA cemerlang untuk mengikut Latihan Kursus Asas. Seramai 12 dari 15 pegawai terbabit adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan masing-masing seorang dari Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Pengambilan khas ini juga selari dengan Program Transformasi SPRM yang sedang dilaks...
Comments
Post a Comment