Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seorang pembekal alat ganti mesin dan jentera dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi suapan berjumlah RM1,100 kepada pegawai polis ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan, hujung bulan lalu.

Chiew Tong Nam, 47, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, dia yang didapati positif dadah jenis Meth  menyerah wang suapan itu bertujuan agar pegawai polis tidak mengambil sampel air kencingnya dengan menukarkan kepada air paip untuk dimasukkan ke dalam botol urin.

Dia melakukan kesalahan itu pada pukul 1.30 pagi, 31 Januari lalu di pusat hiburan Meridian, Cheras di sini.

Tong Nam didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Nor Diana Nor Azwa. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/beri-suapan-rm1-100-untuk-tukar-sampel-air-kencing-kepada-air-paip-1.612191#ixzz57XCFqNKL 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah