Posts

Showing posts from May, 2017

MACC is not against the police, says advisory board

Image
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is not against the police, but against corruption, said the commission's advisory board. “The Advisory Board wishes to make it clear that the MACC operations being carried out are against all forms of corruption in society as a whole, and it is wrong for anyone to suggest that the police service is being specially targeted. “The fight is against corruption in government, business and politics,” said the board's chairperson Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim in a media statement. On the same note, he added that for every corrupt policeman of whatever rank or designation, there are thousands of the men and women in blue who carry out their thankless, and often dangerous, duties cheerfully, in strict observance of their oath of service in the public interest. The MACC recently acted against police in Malacca, for allegedly running a protection racket covering illegal gambling dens and massage parlours in the state. Two Ma

Budayakan integriti banteras kaki rasuah

Image
Penulis artikel 'Di Sebalik Isu Panas', Nor Shafawati Yup mengulas mengenai isu pelanggaran integriti dan etika dalam kalangan penjawat awam khususnya berkaitan penahanan 13 individu termasuk pegawai kanan polis yang menimbulkan pelbagai perdebatan masyarakat tidak kiralah sama ia positif atau sebaliknya. Penulis memetik kata-kata Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris yang berkata, adalah menjadi satu tuntutan yang mendesak bagi organisasi-organisasi tertentu untuk mengubah budaya dalam mendepani kegiatan rasuah daripada terus membarah di negara ini. Mohd Awang turut berkata, kebanyakan negara membangun berhadapan dengan isu integriti atas faktor mahu memenuhi kehendak kewangan dan mencapai keinginan pada tahap tertinggi. Sementara itu, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye memberitahu sumbangan besar PDRM dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat s

Pengamal rasuah ibarat anai-anai

Image
Pengerusi Biro Politik Majlis Perunding Melayu (MPM), Shahbudin Embun menulis artikel mengenai isu rasuah melibatkan penguat kuasa. Katanya, rasuah dianggap anai-anai yang boleh meruntuhkan bangunan yang kuat dan mantap. Jika tidak ditangani dengan betul dan dibiarkan berleluasa, anai-anai ini akan memakan tiang, dinding dan lantai bangunan sehingga akhirnya tidak ada lagi bahagian yang kukuh sebelum menyembah bumi. Itu sebabnya ketua di setiap organisasi sama ada kementerian, jabatan atau agensi perlu membuka mata dengan lebih besar dan mengawasi kewujudan elemen rasuah dalam kalangan kakitangan bawahan. Katanya, ketua harus memantau penjawat awam yang hidup mewah tidak sepadan dengan pendapatan dan ambillah tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan mereka daripada terus terjerumus di kancah rasuah. Jelas beliau lagi, janganlah pula 'ketua-ketua' ini yang turut sama bersengkongkol atau lebih buruk lagi menjadi raja 'anai-anai'.

Jangan letak ‘tanda harga’ di dahi

SEJAK kebelakangan ini, hampir saban hari kita disajikan dengan kes penjawat awam disiasat dan dihadapkan ke mahkamah kera­na dituduh mengambil rasuah dan salah guna kuasa. Secara peribadi, penulis be­rasa agak janggal setiap kali melihat imej penguat kuasa dan pegawai kerajaan dengan tangan bergari dibawa masuk ke mahkamah menerusi kaca televisyen dan akhbar. Ini kerana sebelum ini mereka pastinya pegawai yang sentiasa tampil berpakaian kemas, bertali leher dan kot semasa di pejabat atau segak mengenakan uniform penguat kuasa sehinggalah perbuatan mereka berjaya dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Maka apabila sudah terpa­lit dengan tuduhan rasuah, mereka tidak ada bezanya dengan tertuduh lain yang perlu memakai baju oren tertera perkataan ‘Lokap SPRM’. Begitulah hukum undang-undang, sekali terjebak de­ngan perlakuan jenayah me­reka perlu dibicarakan tanpa mengira pangkat, status dan kedudukan sebelum ini. Sudah tentu tindakan SPRM membongkar salah laku da­l

Tindakan SPRM perangi rasuah dapat tingkatkan keyakinan pelabur

KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan individu terlibat dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa dilihat dapat meningkatkan keyakinan pelabur di negara ini. Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata dakwaan bahawa tindakan yang dilaksanakan pihaknya dalam mengambil tindakan terhadap pesalah rasuah menakutkan pelabur adalah tidak benar. "Tidak ada isu menakut-nakutkan. Sepatutnya ia memberi lebih keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan di Malaysia," katanya ketika ditanya mengenai langkah SPRM sejak akhir-akhir ini, yang semakin kerap mengambil tindakan terhadap pesalah rasuah dan salah guna kuasa sehingga dikatakan mengundang ketakutan kepada pihak untuk melabur di negara ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang melakukan tinjauan mesra kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dan 3J iaitu ''Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle'' di sini, hari ini. Dzul

SPRM Guna Pendekatan Tegas, Agresif Tangani Rasuah

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan pendekatan amat tegas dan agresif dalam operasinya, termasuk menangkap individu yang terlibat dengan rasuah, tanpa gentar dan pilih kasih. Ketua pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata ini kerana rasuah menjadi pembuka lorong kepada pelbagai jenayah keji lain seperti jenayah rentas sempadan dan pengedaran dadah. Menurut beliau, akibat rasuah, wanita dan kanak-kanak akan terus diperdagangkan, manakala senjata kecil akan sampai ke destinasi yang boleh mencetuskan keganasan. "Rasuah bukan jenayah semata-mata. Bertan-tan dadah akan terus sampai kepada penggunanya dan kegiatan penyeludupan serta pencerobohan sempadan akan terus berleluasa," katanya dalam ucaptama pada Forum Agensi Pencegahan Rasuah ke-8 di sini hari ini. Dzulkifli berkata perkara paling membimbangkan ialah rasuah akan terus menjadi "pencuri" pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial. Be

Pelihara integriti perangi rasuah

GEJALA rasuah dan salah guna kuasa semakin serius sejak kebelakangan ini terutamanya dalam kalangan penjawat awam yang tidak beretika dan kurang integriti. Perkembangan ini seharusnya membuka mata semua pihak untuk menanganinya. Sepanjang tahun 2016 hingga Februari lalu sahaja, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sebanyak 665 kertas siasatan telah dibuka melibatkan penjawat awam. Dilaporkan daripada jumlah itu, seramai 548 penjawat awam ditangkap manakala 63 kes lagi telah dituduh di mahkamah. Saya sering membangkitkan soal integriti dan rasuah ke­rana kedua-duanya penting ditangani dengan baik sebelum menjadi barah yang bakal merosakkan pentadbiran kerajaan dan melumpuhkan ekonomi negara. Malang sekali, keprihatinan dan kesedaran mengenai ra­suah dalam kalang­an masyarakat masih berada di tahap yang rendah dan kita perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkannya. Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi

BERSIHKAN SANG SAKA BIRU

“JANGAN marah saya, jangan marah Bukit Aman jika tindakan disiplin diambil dan jangan pernah mohon maaf atas kesilapan mereka kerana kita telah menghidu sekian lama dan apabila bukti kukuh diperoleh tindakan akan dijalankan. Kita tidak akan melindungi mereka.” Itulah kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ­menegaskan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan 16 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah. Tidak sampai beberapa jam Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri membuat penegasan tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai polis dan dua orang awam di Melaka kerana terlibat dengan aktiviti rasuah pusat judi haram dan rumah urut. Dan semalam pula tiga pegawai kanan polis termasuk dua ketua polis daerah di Melaka turut ditahan atas dakwaan terlibat rasuah. Sama ada mereka bersalah

RASUAH DALAM INDUSTRI BINAAN

TERPAMPANG di dada akh­bar mengenai pegawai kerajaan ditangkap ra­suah. Nilai suapan ju­taan ringgit. Berbagai-ba­gai ke­reta mewah disita. Tidak kurang rumah mewah bernilai ju­taan ringgit disita. Wang tunai berjuta-juta ringgit dirampas dan banyak akaun bank yang dibekukan. Beratus-ratus beg tangan berjenama dirampas. Begitulah kegiatan rasuah yang berleluasa di negara kita sejak akhir-akhir ini. Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) me­nunjukkan setakat Januari 2017 terdapat 58 kes tangkapan yang dibuat di seluruh negara manakala pada 2016 sejumlah 939 tangkapan dilakukan berbanding 2015 sebanyak 841. Tahniah kepada SPRM yang begitu agresif membasmi kegiatan rasuah. Se­sungguhnya rasuah sangat berbahaya kerana ia ibarat anai-anai yang memakan pokok hingga ke akar tunjangnya. Akhirnya, pokok akan tumbang menyembah bumi. Negara akan hancur. Kegiatan rasuah kebanyakannya sering membabitkan industri perumahan negara. Kenapa rasuah berlaku dalam industri perumaha

Beri rasuah kepada penjawat awam, lima individu dituduh di mahkamah

Image
KUALA LUMPUR – Seramai lima individu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberi rasuah kepada penjawat awam telah dituduh di mahkamah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pertuduhan tersebut melibatkan masing-masing dua individu di Sabah dan Terengganu manakala seorang lagi di Johor Bahru. “Tiga daripada lima tertuduh terbabit telah dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah atas pendakwaan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Menurut beliau, tertuduh yang masing-masing dari Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu berusia 33 dan 40 tahun dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM10,000. Manakala bagi kes di Johor Bahru, pemandu lori berusia 25 tahun turut menerima hukuman penjara sehari dengan denda sebanyak RM20,000. Azam menegaskan, SPRM akan sentiasa menjalankan siasatan bukan sahaja terhadap penerima malah, kepada pemberi rasuah kerana di bawah A

Gesa guru didik pelajar bahaya rasuah

Image
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap  warga pendidik mampu menggalas tanggungjawab untuk membimbing pelajar dan generasi muda mengenai bahaya amalan rasuah dan salah guna kuasa kepada negara.   Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kumpulan pendidik  boleh bersama SPRM menjayakan  Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah)  iaitu satu revolusi sosial untuk mencetus gelombang dan perubahan dalam kalangan masyarakat bagi memerangi jenayah berkenaan khususnya di peringkat awal usia. "Pendidik perlu memainkan peranan penting mendidik serta menjadi contoh kepada pelajar supaya menolak, sekali gus membenci gejala rasuah yang mampu menjatuhkan imej serta martabat negara. "SPRM akan terus memperkasakan usaha pencegahan rasuah tetapi usaha itu bukan tanggungjawab SPRM semata-mata malah golongan pendidik perlu berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan masalah golongan muda terlibat rasuah dapat ditangani dengan lebih berkesan da

414 individu ditahan rasuah tahun ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 414 tangkapan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun ini, sehingga minggu lalu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, berkata daripada jumlah itu, 191 individu adalah penjawat awam termasuk 13 pengurusan tertinggi, 44 individu pengurusan profesional dan selebihnya kumpulan pelaksana. "Dalam tempoh tiga tahun sehingga 2020, kita akan memberi tumpuan untuk 'membersihkan' perkhidmatan awam daripada rasuah, sejajar usaha memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah yang mana fokusnya adalah rasuah dalam sektor awam. "Kita mahu letakkan Malaysia dalam kalangan 30 negara terbaik. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita mengenepikan sektor lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) antara SPRM dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada

Revolusi baharu SPRM pembakar semangat rakyat Malaysia

Image
Sejak kebelakangan ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat semakin giat dalam mengambil tindakan terhadap individu yang rakus mengaut keuntungan menerusi kegiatan rasuah. Saban hari, berita-berita mengenai penahanan dan pendakwaan terhadap perasuah sering terpampang di kaca televisyen dan di dada akhbar, tidak kira kecil atau besar nilai rasuahnya. Sebut saja nama SPRM, mereka yang terlibat dalam aktiviti rasuah pasti kecut perut dan tidak senang duduk kerana memikirkan salah laku yang pernah dilakukan. Seruan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad untuk menjadikan rasuah sebagai musuh nombor satu negara  melalui program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) tidak harus dipandang enteng dan rakyat harus menyahut seruan tersebut bagi membuktikan kita sememangnya serius dalam memerangi gejala yang akan memudaratkan negara. Jika dilihat kepada statistik SPRM yang dikeluarkan baru-baru ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’

MACC chief deserves support

MACC chief deserves support I HAVE to give credit to our relatively new MACC chief commissioner Datuk Dzulkifli Ahmad for his courage and conviction to “rid graft in the country”. His bold remarks to a media caucus recently was music to my ears as a former chairman of the MACC Panel on Prevention of Corruption, and I hope all parties – the Government, political leaders and the people – will back the MACC more substantively to fight corruption to the end. This may be our last chance as corruption is now rife and because, as the chief commissioner said, “corruption is everywhere”. No MACC chief has been so frank and bold and we have to congratulate Zulkifli for his candour. Let’s examine his major issues. 1. Zulkifli’s request to declare graft as the nation’s No. 1 enemy is right and proper and will be welcomed by all except the corrupt and would-be corrupt. This is his challenge to the Government. Will the Government accept this brave challenge? The

Move against corrupt cops will boost public trust

Image

Corruption and its debilitating impact

I APPLAUD the move by Star Media Group to partner with the Malaysian Anti-Corruption Commis­sion (MACC) in launching the “3J” Campaign. It stands for “ Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle ” (Don’t Give and Don’t Settle). It is part of the bigger initiative to bring the fight against corruption, via Gerakan Revolusi Anti-Rasuah (Gerah), to the people. Corruption eradication programmes need crusaders. A media organisation has the set-up and platform to do that. People matter in fighting corruption. People Power is critical. Nothing excites people more than news of high-profile individuals being investigated or charged for alleged corrupt practices. But screaming headlines won’t last. Hauling them to court is one thing but for every suspect charged, there are many more who get away with murder, so to speak. The law is not perfect. The system has loopholes. It is not easy to prove one is corrupt. Many get away scot-free and live happily ever after with the