Posts

Showing posts from October, 2017

MACC sifting through flow of RM48mil cash 14

Image
PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is zeroing in on how RM48mil of Government funds meant to uplift the rural poor was moved across an intricate web of companies. The graftbusters are said to be probing 14 Sabah-based companies, said to be involved in the “disappearance” of the money over seven years, which is part of the RM1.5bil misappropriation of funds that MACC is looking into. It was discovered that the main “formula” for the embezzlement involved an inflation of the project prices by 25% where in the end, 15% which is equivalent to RM48mil, had gone into the pockets of others His two brothers – Datuk Yusof and Hamid – were also sought to facilitate the probe. Both siblings were released last Monday and on Oct 19 respectively. The MACC is also investigating the role of two Datuks in the money trail and who had appointed them. image: https://www.thestar.com.my/~/media/online/2017/10/29/01/29/moneytrail.ashx?h=528&w=450&a

1,614 penjawat awam ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan 2,309 kertas siasatan salah laku rasuah membabitkan penjawat awam untuk tempoh 2013 hingga 30 September tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata angka itu lebih tinggi berbanding 1,143 kertas siasatan membabitkan orang awam. Bagaimanapun, kategori orang awam itu tidak mengambil kira sektor swasta atau ahli politik. "Seramai 1,614 penjawat awam telah ditahan manakala orang awam (1,247). "Selain itu, sebanyak 663 penjawat awam dikenakan pertuduhan berbanding 566 orang awam. Seramai 344 penjawat awam didapati bersalah (sabitan), manakala orang awam seramai 494 orang. "Penjawat awam yang dilepaskan (pertuduhan tidak disabitkan di Mahkamah Sesyen) adalah sebanyak 150 orang berbanding 41 orang awam," katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP - Bakri) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini. Teck Hwa bertanya mengenai jumlah kakita

80,000 daftar jadi Sahabat GERAH SPRM

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Sebanyak 80,000 rakyat di negara ini telah mendaftarkan diri sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu badan tersebut memerangi salah laku dan rasuah dalam kalangan masyarakat secara holistik. Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil, jumlah itu juga dijangka akan terus meningkat sehingga 100,000 ahli menjelang penghujung tahun ini. "Jumlah penyertaan yang banyak itu menunjukkan bukti jelas bahawa rakyat sentiasa memberi sokongan kepada perjuangan SPRM dengan cara menjadi  'mata dan telinga' untuk membongkar kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh segelintir anggota masyarakat," katanya kepada pemberita dalam program Konvesyen Integriti Pelajar-Pelajar Institusi Pendidikan Mara (Ipma) di Institut Perindustrian Mara-Jepun, Beranang, Selangor. Turut hadir, Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf. - UTUSAN ON

Piawaian tambah baik pengurusan sistem antirasuah

PUTRAJAYA: Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia) melancarkan piawaian Malaysian Standard (MS) MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) sebagai panduan kepada organisasi menambah baik pengurusan sistem antirasuah. Ketua Pengarah Standard Malaysia, Datuk Fadilah Baharin, berkata inisiatif membangunkan MS ISO 37001:2016 ABMS dijalankan sejak Mac lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menggunapakai secara terus standard antarabangsa ISO 37001 ABMS - Keperluan Kepada Panduan Untuk Penggunaan. Beliau berkata, MS ISO 37001:2016 ABMS menyediakan keperluan dan panduan untuk mewujudkan, melaksana, mengekalkan dan memperbaiki sistem pengurusan antirasuah. Sistem ini, katanya, wujud secara bebas, disepadukan dengan sistem sedia ada, selain menjadi sistem pengurusan keseluruhan. "Diharapkan dengan wujudnya MS ini, ia dapat membantu sektor awam, swasta dan entiti bukan berasaskan keuntungan melaksanakan langkah yang wajar d

Misi dua Tan Sri

DALAM tempoh seminggu ini, isu rasuah dan salah guna kuasa terus menjadi tumpuan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus mengorak langkah dengan membongkar satu demi satu kes yang dianggap berprofil tinggi. Terbaharu, kes penyelewengan dana kebajikan kerajaan yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion di Sabah. Pada masa sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula demi menjaga nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul dengan kenyataan tegas untuk memastikan tiada lagi anggota dan pegawai pasukan itu terlibat rasuah dan menjadi tali barut penjenayah. Walaupun berada dalam dua organisasi berbeza tetapi kedua-dua Tan Sri itu mempunyai misi sama iaitu menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Hakikatnya, ketegasan yang ditunjukkan oleh mereka sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat. Sama ada kita mahu mengakui atau tidak, mungkin inilah kali pertama kita mendengar dua orang kuat dua buah agensi penguat kuasa senada untuk bersama-sama memerangi jenay

SPRM, JUDI DAN 'TANGAN GHAIB'

KETIKA kali pertama mahu membongkar kegiatan judi haram, penulis diperingatkan untuk berhati-hati, malah ada teman berkata, apa yang dilakukan bagaikan ‘menjolok sarang tebuan’ atau ‘mengganggu harimau sedang tidur’. Peringatan itu mempunyai maksud amat mendalam kerana kegiatan judi haram bukan sahaja berkaitan dengan sindiket malah jauh daripada itu, ia juga melibatkan amalan rasuah dan salah guna kuasa serta aktiviti pengubahan wang haram. Kegiatan itu juga jika dibongkar akan mengakibatkan sindiket bukan sekadar rugi berpuluh-puluh ribu sehari malah mencecah jutaan ringgit sehari dan ber­bilion ringgit setahun. Sebab itulah dalam apa keadaan sekali pun sindiket akan cuba mempertahankan kegiatan haram ber­kenaan. Sekadar perlu menghulurkan RM10 juta hingga RM15 juta sebulan kepada anggota agensi penguat kuasa dan menguruskan segala keperluan yang diinginkan oleh segelintir pegawai-pegawai kanan agensi tersebut ia bukanlah satu masalah. Atas sebab itulah sejak awal lagi apabil

Integriti dan rasuah

Image
Oleh M. Thillinadan Sejak seminggu lalu, topik rasuah menjadi paparan utama hampir semua media di negara ini. Ia bermula dengan pendedahan siasatan kes seleweng dana RM1.5 bilion untuk projek luar bandar di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kemudian diikuti kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai amaran rasuah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sejak dilantik sebagai KPN pada 4 September lalu, Mohamad Fuzi menjadikan isu integriti anggota dan pegawainya sebagai fokus pentadbiran. Kenyataan pedasnya mengenai ada pegawainya 'berlakon dan bermain wayang' dalam soal pembanterasan kegiatan judi, jenayah bersindiket dan gengsterisme sepatutnya menjadi  wake up call. Sudah tentu amaran itu ada kaitan dengan pelbagai laporan media sebelum ini mengenai ada aktiviti judi berhampiran balai polis, jenayah sindiket dan kumpulan gengster yang dikatakan turut dikaitkan dengan pegawai kanan polis serta isu wa

Sinopsis Teater BAHARA EMAS

Image
Si Kitol berhutang sekati emas dengan orang kaya Raja Mendeliar dan sukar untuk membayar semula. Kekayaan Raja Mendeliar hanya kurang sebahara emas daripada kekayaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, (satu bahara adalah 205 kati). Raja Mendeliar adalah orang yang sangat rapat dengan Laksamana Khoja Hassan. Manakala Laksamana Khoja Hassan pula rapat dan amat dikasihi oleh Sultan Mahmud Syah. Adapun Sultan Mahmud Syah sedang berdendam dengan Bendahara Seri Maharaja kerana tidak menunjukkan anak perempuan Bendahara, Tun Fatimah kepada baginda sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. Pada masa yang sama rombongan Portugis yang diketuai oleh De Sequeira berada di Melaka. De Sequeire minta bantuan Bendahara mendapatkan izin berniaga di Melaka dan sebagai tanda persahabatan Bendahara telah dihadiahkan dengan seutas kalong emas. Manakala Raja Mendeliar juga memdapat emas daripada De Sequeira apabila mengatakan dialah yang menyebabkan Sultan memberi izin Portugis berniaga di Melaka. Situasi

‘Bahara Emas’ Teater Percuma Dari SPRM

KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan masyarakat melalui platform seni dengan pementasan teater  Bahara Emas .  Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad agensi itu menggunakan pelbagai medium untuk menyampaikan mesej mengenai rasuah kepada orang ramai.   "Teater ini adalah sumbangan SPRM untuk masyarakat dalam memberi kesedaran mengenai rasuah.  "Saya juga mahu pastikan masyarakat turut serta bersama pihak kami dalam memerangi rasuah," katanya kepada  mStar Online. Beliau ditemui sewaktu majlis pelancaran teater berkenaan di Auditorium DBP, Kuala Lumpur, pada Isnin.  Dzulkifli turut mengharapkan teater sulung anjuran SPRM ini akan mendapat sambutan luar biasa sewaktu dipentaskan nanti.  Dalam pada itu, penulis skrip dan pengarah Bahara Emas, Rosminah Tahir berkata, teater ini berkisar mengenai kisah di era pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke-8. &

Kerana ‘gerah’, Dzulkifli ‘diserang’

SALAH satu langkah yang diperkenalkan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebaik sahaja mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setahun lalu ialah memperkenalkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah). Mengikut kamus bahasa Indonesia, ‘Gerah’ bermaksud berasa panas badan atau merasa tidak tenang kerana ada sesuatu yang mengganggu. Kalau mahu dilihat dari sudut tindakan SPRM dan ketegasan Dzulkifli setakat ini sememangnya ramai berada dalam keadaan ‘kegerahan’. Oleh itu, tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, SPRM mula ‘diserang’ dan sudah tentulah sasaran serangan ‘ditujukan khas’ kepada Dzulkifli melalui ‘pembunuhan karakter’. Taktik kotor dan jijik tersebut digunakan dengan harapan mewujudkan kesangsian atau persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti Dzulkifli. Perbuatan jahat itu dilakukan kerana mereka semakin ‘kegerahan’ berikutan tindakan agresif Dzulkifli yang memastikan SPRM bertindak tanpa memilih bulu. Tidak

Rasuah musuh nombor satu negara

SUDAH berbilion ringgit hasil rasuah dirampas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pelbagai kes yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Namun perkara itu masih lagi tidak dapat menyedarkan semua pihak akan bahayanya rasuah sehingga Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jai s Abdul Karim mencadangkan kerajaan mengisytiharkan rasuah musuh nombor satu negara sebagai slogan bagi menggantikan dadah. Jais dalam wawancara ringkas dengan wartawan Utusan Malaysia, Muhamad Amirul Afiq Mastor menghuraikan isu tersebut dan langkah yang perlu dilaksanakan bagi membanteras rasuah di Malaysia. Utusan: Mengapa rasuah perlu menggantikan dadah sebagai musuh utama negara? Jais:  Jika kita lihat bagaimana dadah boleh dibawa masuk, die­dar dan dijual sewenang-wenangnya kepada orang ramai adalah disebabkan ada di antara pegawai kita yang tidak berintegriti dalam menjalankan tugas. Jika kita mampu menumpaskan rasuah sebagai musuh kita yang utama pastinya masa

JITN: Pesanan Tun Razak jadi pegangan Dzulkifli

KELMARIN, secara tiba-tiba sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak begitu dikenali iaitu Pertubuhan Belia Generasi Mahkota (Pembela) membuat laporan polis ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berikutan kenyataan beliau menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berhubung penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITN). Pertubuhan itu mendakwa kenyataan Dzulkifli boleh mengelirukan rakyat kerana penubuhan JITN telah diputuskan oleh Kabinet. Tidak mengapalah kalau mereka mahu berbuat demikian dengan alasan melalui laporan polis itu mereka berharap polis menjalankan siasatan sama ada kenyataan Dzulkifli dihasut oleh mana-mana individu atau tidak. Ketika penulis menghubu­ngi Dzulkifli bagi mendapatkan komennya, beliau menegaskan, apa yang dilakukan adalah berpegang kepada pesanan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang mahukan penjawat awam tidak dikawal atau dikuasai oleh ahli polit

Rampasan wang rasuah naik 400 peratus

Sehingga bulan lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kembali wang rasuah berjumlah RM21.43 juta pada tahun ini. Kenaikan itu adalah sebanyak 400 peratus berbanding tahun lepas, kata Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad. “Jumlah wang rasuah yang dirampas dan diperoleh semula amat mendadak,” katanya ketika menyampaikan ucap utama dalam persidangan berkaitan jenayah dan keganasan kewangan antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata perkara itu hasil dengan badan-badan lain termasuk Bank Negara serta kejayaan mematahkan banyak kes berprofil tinggi dan kes tumpuan awam. Rampasan SPRM pada tahun lalu bernilai RM4.95 juga manakala pada 2015 pula bernilai RM3.94 juta. https://www.malaysiakini.com/news/397315

MACC goes all out

THE Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had a very good year in 2016. A total of 982 cases were opened, out of which 932 people were arrested. The numbers of arrests, too, have recorded a hike: 841 in 2015, 552 in 2014 and 509 in 2013. MACC may arrest even more this year. As this paper reported on Wednesday, MACC is investigating a case involving a few government officials from a ministry which is said to put the “Sabah Watergate” to shame. We can imagine the enormity of the case. Just to put the “Sabah Watergate” in perspective: in October 2016, MACC seized RM52 million cash and froze another RM60 million in bank accounts following the arrests of two senior Sabah Water Department officials. The graftbusters also seized nine luxury vehicles, 94 handbags, and an assortment of jewellery and watches. Prior to that, MACC had, on March 21, charged former Youth and Sports Ministry senior officer Otman Arshad, 57, with 32 counts of corruption involving RM38.5 million in fe

MACC seizes another RM29mil in ministry theft probe

KUALA LUMPUR: Graft-busters have seized another RM29mil in its probe into the alleged embezzlement of a ministry's funds for rural projects. Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Dzulkifli Ahmad said this was following the seizure of more than RM150mil in a "recent Sabah case". He said this in his speech during the 9th International Conference on Financial Crime and Terrorism Financing here Thursday morning. More than RM150mil in cash were seized on Wednesday when investigators swooped in on 15 locations in Sabah during an operation. It is understood that the case involves the Rural and Regional Development Ministry. According to reports, funds to carry out projects meant to help the rural community were siphoned off by certain officials believed to be working in cahoots with several companies. These projects included those to improve basic amenities and infrastructure, such as the upgrading of water and electricity supp

MACC raids 15 locations in ministry theft case

PUTRAJAYA: More than RM150mil in cash has been seized in a day as anti-graft officers started a probe into the alleged embezzlement of funds from a ministry. The investigators swooped in on 15 locations in Sabah during an operation which began at 10.30am yesterday. At press time, the investigators were still compiling information to be sent to the top leadership of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). However, it is understood that bank accounts with huge deposits, cash in various denominations and stacks of documents, including financial statements from several companies, were seized by raiding officers. Several directors and staff of the companies were still being questioned yesterday. It is expected that more raids and seizures will be carried out in the coming days. The MACC will also be calling in people suspected of being involved in the case, including the senior officials at the ministry. Sources said that some of companies which were awarded th

MACC freezes RM10mil in SDFC probe

PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commis­sion (MACC) has frozen more than 20 bank accounts in its investigation into the alleged misappropriation of some RM40mil from Skills Development Fund Corp (SDFC). Sources said the accounts, belonging to individuals and companies, contained almost RM10mil in total. It was also learnt that anti-graft officers seized cash amounting to RM2.83mil from various premises belonging to several suspects in the case. “This is a move to trace the money believed to have been siphoned from SDFC over the past two years. So far, statements have been recorded from 89 witnesses and more are expected to be called up. “The cost of each training programme offered will also be scrutinised,” said a source. On Tuesday, the MACC was granted a four-day extension on the remand of Datuk Peter Runin over the case. The 61-year-old, who is political secretary to Human Resources Minister Datuk Seri Richard Riot, was arrested at MACC headquarters on

Jangan start pun dengan amaun kecil...

NAK Tumpang lalu jugalah ‘menyibuk’ bercakap pasal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tapi bukanlah pasal Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) yang memang dikongsi banyak pihak tiada keperluan penubuhannya buat masa ini. Isunya tentang rasuah juga dan nak ingatkan sangat pelaku atau bakal suspeknya kesan buruk andai ditangkap, akan terpalit sama isteri dan anak-anak. Bahkan, orang tua yang sedang meningkat usia pasti bersedih. Adik beradik, sanak-saudara pasti ‘cabut’ lari dari anda. Sekali terpalit, rumah, harta dan kereta akan dibeku, disita atau dilucuthak harta terbabit. Rasuah ini sebenarnya merosakkan reputasi diri - walaupun di kemudian hari tak ketahuan dilepaskan dari tuduhan itu. Contoh klasik bagaimana pada 12 Februari 2004, kira-kira lima minggu sebelum pilihan raya umum, Tan Sri Kasitah Gaddam yang ketika itu Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi didakwa atas tuduhan amalan rasuah. Dakwaan berkaitan pengagihan saham yang dikata