80,000 daftar jadi Sahabat GERAH SPRM
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Sebanyak 80,000 rakyat di negara ini telah mendaftarkan diri sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu badan tersebut memerangi salah laku dan rasuah dalam kalangan masyarakat secara holistik.
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil, jumlah itu juga dijangka akan terus meningkat sehingga 100,000 ahli menjelang penghujung tahun ini.
"Jumlah penyertaan yang banyak itu menunjukkan bukti jelas bahawa rakyat sentiasa memberi sokongan kepada perjuangan SPRM dengan cara menjadi 'mata dan telinga' untuk membongkar kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh segelintir anggota masyarakat," katanya kepada pemberita dalam program Konvesyen Integriti Pelajar-Pelajar Institusi Pendidikan Mara (Ipma) di Institut Perindustrian Mara-Jepun, Beranang, Selangor.
Turut hadir, Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf. - UTUSAN ONLINE
Comments
Post a Comment