Misi dua Tan Sri
DALAM tempoh seminggu ini, isu rasuah dan salah guna kuasa terus menjadi tumpuan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus mengorak langkah dengan membongkar satu demi satu kes yang dianggap berprofil tinggi. Terbaharu, kes penyelewengan dana kebajikan kerajaan yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion di Sabah.
Pada masa sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula demi menjaga nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul dengan kenyataan tegas untuk memastikan tiada lagi anggota dan pegawai pasukan itu terlibat rasuah dan menjadi tali barut penjenayah.
Walaupun berada dalam dua organisasi berbeza tetapi kedua-dua Tan Sri itu mempunyai misi sama iaitu menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Hakikatnya, ketegasan yang ditunjukkan oleh mereka sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat.
Sama ada kita mahu mengakui atau tidak, mungkin inilah kali pertama kita mendengar dua orang kuat dua buah agensi penguat kuasa senada untuk bersama-sama memerangi jenayah tersebut. Sebelum ini, walaupun ada amaran namun ia sekadar amaran tetapi tidak ada tindakan. Tetapi di bawah kepemimpinan baharu PDRM, ia memberi harapan kepada rakyat untuk memastikan pegawai dan anggota pasukan benar-benar bersih daripada segala perbuatan salah guna kuasa dan rasuah.
Pada masa sama, Dzulkifli juga terus mempertingkatkan usaha bagi memulihkan imej penguat kuasa. Suatu ketika dahulu sebaik sahaja mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, agensi itu melancarkan gerakan memburu sehingga ke lubang cacing anggota-anggota agensi penguat kuasa yang bersedia menjalinkan kerjasama ‘lautan biru’ dengan sindiket.
Apa yang dilakukan oleh beliau dan SPRM bukan untuk membalas dendam tetapi seperti mana ditegaskan oleh Dzulkifli: “Kita tidak boleh membiarkan agensi penguat kuasa di negara ini terus dihina dan dipandang sinis, sambil membiarkan persepsi bahawa pegawai serta anggota agensi penguat kuasa negara ini adalah umpama anjing suruhan yang boleh dibeli dengan wang ringgit.”
Hasrat dan matlamat Dzulkifli sama seperti mana yang mahu dilakukan oleh Mohamad Fuzi. Ketua Polis Negara itu juga mahu memastikan PDRM benar-benar dibersihkan daripada pegawai dan anggota yang sanggup menerima rasuah dan mengkhianati amanah yang diberikan.
Dalam melaksanakan misi ini, adalah wajar semua pihak memberi sokongan menjayakan misi dua Tan Sri tersebut. Ia memandangkan apa yang dilakukan oleh mereka adalah demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau benar mana-mana pegawai atau anggota sesuatu agensi penguat kuasa tidak mempunyai masalah dalam soal rasuah dan salah guna kuasa, mereka tidak perlu takut atau bimbang dengan misi dua Tan Sri tersebut.
Gesaan ini juga terpakai kepada bekas-bekas kepemimpinan kedua-dua agensi itu sama ada PDRM atau SPRM untuk sama-sama memberi sokongan kepada kepemimpinan baharu di bawah Mohamad Fuzi dan Dzulkifli bagi melaksanakan perjuangan suci mereka demi kebaikan rakyat dan negara. Penulis yakin rakyat setakat ini gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua mereka.
Walaupun ketika ini sudah ada taktik-taktik kotor yang mahu digunakan bagi menjejaskan reputasi Dzulkifli melalui ‘pembunuhan karakter’, namun penulis percaya ia tidak akan ke mana. Lagipun rakyat memahami hanya orang yang pernah melakukan kerja-kerja kotor sahaja yang tahu bagaimana mahu melakukan perbuatan tersebut ke atas orang lain.
Apapun penulis yakin Dzulkifli tidak akan terganggu dengan ‘serangan’ seumpama itu, sebaliknya SPRM perlu terus melaksanakan misinya bagi memastikan rasuah dan salah guna tidak terus menghantui agensi penguat kuasa kita.
Sememangnya kita yakin perjuangan Mohamad Fuzi dan Dzulkifli bukanlah mudah, ia pasti ada cabarannya tetapi mereka tidak harus mengalah kerana apa yang mereka lakukan semata-mata untuk memastikan maruah dan integriti penjawat awam khususnya agensi penguat kuasa terpelihara.
Percayalah, memahami kewibawaan Mohamad Fuzi dan karakter Dzulkifli, apa yang mereka katakan bukan sekadar omong kosong, ia pasti dilaksanakan demi melunaskan amanah yang dipertanggungjawabkan. Yakinlah rakyat pasti bersama Tan Sri berdua.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/misi-dua-tan-sri-1.537496#ixzz4vv5Uiz4L

Comments
Post a Comment