Posts

Showing posts from October, 2018

SPRM KESAN SAKSI BANTU SIASATAN 1MDB

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Britain bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  Lelaki tersebut, Paul Geoffrey Stadlen, 39, mempunyai alamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Paul Stadlen diminta menghubungi Penguasa Kanan Zuhaila Arip di talian 03-8870 0364 atau emel ke zuhaila@sprm.gov.my atau menghubungi Penguasa Fahmee Mohd. Nor di talian 03-8870 0419 atau emel ke mohdfahmee@sprm.gov.my.  SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA  1 NOVEMBER 2018

SPRM DAPAT IZIN DAKWA NAJIB, IRWAN SERIGAR DAN HASANAH

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah di mahkamah esok. Kedua-duanya akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia. Mohd. Najib dan Mohd. Irwan Serigar akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2018, jam 7.30 pagi untuk pertuduhan tersebut. Mereka juga telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 2 petang ini bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut. Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM turut mendapat izin mendakwa terhadap bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung isu pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia.

SPRM KESAN TIGA SAKSI BANTU PERBICARAAN DAN SIASATAN

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga saksi bagi membantu perbicaraan dan siasatan kes SPRM. Di Johor, individu pertama yang dikesan ialah Tee Wee Sing, 41, dan mempunyai dua alamat di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, 83000 Batu Pahat, Johor dan No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor. Manakala individu kedua yang dikesan ialah Ho Kok Seng, 40, dan mempunyai tiga alamat di No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor, No. 16, Jalan 2, Taman Mutiara, Jalan Kluang, Johor dan No. 98, S/S2, Taman Sri Senggarang 11, 83200 Senggarang, Johor. Kedua-dua lelaki tersebut dikehendaki untuk membantu perbicaraan kes SPRM. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wee Sing dan Kok Seng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel ke roazfaniza@sprm.gov.my. Sementara itu, di Sabah, seora

SPRM BERTERUSAN TANGANI ISU RASUAH AKIBATKAN PENCEROBOHAN TANAH

Image
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan kononnya kegiatan rasuah semakin berleluasa hingga mengakibat pencerobohan tanah dan penerokaan kebun haram di Cameron Highlands terus berulang seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam. Dalam hal berkaitan, SPRM berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang di tanah tinggi itu segera mengambil tindakan sepertimana keputusan Pasukan Petugas Khas Op Gading yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.  Kejadian penerokaan kebun haram yang berulang tidak sepatutnya timbul dan SPRM memandang serius sekiranya perkara itu ada kaitan dengan isu rasuah atau salah guna kuasa. Tindakan undang-undang akan diambil di bawah bidang kuasa suruhanjaya ini bagi menangani isu rasuah tersebut. Berdasarkan statistik, sejak 2015 sehingga kini, SPRM telah membuat tangkapan terhadap 23 individu dan mendapat izin mendakwa  t

Zahid hadapi 45 pertuduhan, diikat jamin RM2 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan ikat jamin RM2 juta ke atas bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 45 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah. Zahid yang kelihatan letih selepas ditahan semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengambil masa 55 minit untuk berdiri mendengar semua pertuduhan itu dibacakan kepadanya. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan pecah amanah dengan jumlah tertinggi RM17 juta, di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta 8 lagi pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri. Baki 27 pertuduhan lagi berkaitan pengubahan wang haram yang berjumlah RM72 juta, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Pertuduhan rasuah itu termasuk dakwaan peranannya dalam perkhidmatan penyumberan luar Kementerian D

Kronologi siasatan dan pendakwaan terhadap Zahid Hamidi melibatkan dana yayasan

BERIKUT merupakan kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membawa kepada pendakwaan terhadap salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan sebuah yayasan: 2 Julai: Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 3 Julai: Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi. 10 Okt: Ahmad Zahid memberi keterangan kali kedua kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi. Anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah memberi keterangan kepada SPRM juga dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi. 11 Okt: Ahmad Zahid memberi keterangan kali ketiga kepada SPRM bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi. Menantu Ahmad Zahid Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Bu

AHMAD ZAHID DITAHAN UNTUK PENDAKWAAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Susulan itu, Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 18 OKTOBER 2018

Bekas Pengarah KKBN didakwa pecah amanah RM11,315

JOHOR BAHRU: Bekas Pengarah Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Pontian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan peruntukan elaun pelajar dan wang pentadbiran bernilai RM11,315 pada 2014. Tertuduh, Zunaidah Abdul Razak, 56, membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Berdasarkan kertas pertuduhan, Zunaidah yang kini suri rumah didakwa dengan curang menyalahgunakan bagi kegunaan sendiri wang berjumlah RM11,315. Wang berkenaan diperuntukkan bagi elaun pelajar dan pelbagai belanja pentadbiran pejabat KKBN Pontian. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Berhad Pontian Kechil, Wisma Koperasi, Jalan Taib, Pontian Kechil, pada 28 Mei 2014. Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruha

SPRM TIDAK HUBUNGI, DAPATKAN BUTIR PERIBADI MENERUSI TELEFON

Image
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, emel atau apa-apa medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan. Ini berikutan SPRM telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my. SPRM juga berharap agar orang ramai lebih peka serta berkongsi maklumat ini bersama masyarakat sekeliling. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 9 OKTOBER 2018

[EXCLUSIVE] Law to compel MPs to declare assets

KUALA LUMPUR: A NEW law warranting a mandatory declaration of assets by elected representatives is in the works. If passed, the law will also cover senior government officials under the Jusa C grade and above. Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) deputy chief commissioner (prevention) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil said the new legislation was in the proposal stage. The new law, when adopted, would be expanded to include opposition members of parliament and state assemblymen. “MACC is completing the bill’s final draft, which is expected to be concluded by year end. “We are scrutinising several mechanisms, including similar laws in other countries such as Indonesia and South Korea,” he said. Shamshun said the initiative to introduce a legislation came following Pakatan Harapan’s move to make it compulsory for its members of parliament and government administrative personnel to submit their asset declaration to MACC. He said MACC was also mulling introducing legal

Laksana segera hukuman sebat pesalah rasuah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, baru-baru ini menyarankan agar hukuman sebat dan penjara mandatori digubal sebagai hukuman bagi kesalahan rasuah. Sebagai seorang yang cakna dengan isu rasuah yang dilaporkan di media, saya menyokong penuh cadangan ini. Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian khusus terhadap cadangan ini dan setiap masyarakat seharusnya menyambut baik perkara berkenaan, demi memastikan negara kita bersih daripada rasuah. Ketika ini, kita sepatutnya berasa sedih kerana masyarakat masih memandang ringan kesan rasuah, apatah lagi dengan hukuman penjara bukan mandatori. Bayangkan pesalah rasuah boleh tersenyum apabila keluar dari mahkamah selepas dikenakan denda sehari dan denda RM10,000. Ini menunjukkan seolah-olah hukuman ringan ini tidak membawa apa-apa erti kepada mereka. ‘Ibu’ segala jenayah Mungkin kita tidak sedar bahawa jenayah rasuah ialah ‘ibu’ segala jenayah dan boleh meruntuhkan ser

Sebat, penjara seumur hidup bagi pesalah rasuah

RASUAH merupakan satu penyakit sosial yang banyak memberi kesan buruk bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyebarkan maklumat dan mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah, perbuatan rasuah dilihat masih sukar dibanteras sepenuhnya. Malah, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) untuk tahun 2017 juga menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh kepada kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding 55 pada tahun 2016. CPI yang dikeluarkan Transparency International (TI) Malaysia juga menurun dua mata kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu. Sebagai langkah pencegahan dan memberi pengajaran, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull baru-baru ini meminta kerajaan memandang serius cadangan untuk mengenakan hukuman sebat kepada pesalah jenayah rasuah. Bagi mengupas lebih lanjut mengenai isu hukuman rotan terhadap pesalah rasuah, iku

Rosmah kena 17 pertuduhan ubah wang dan gagal isytihar pendapatan

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dikenakan 17 pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram serta tidak mengisytiharkan pendapatan di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 Kuala Lumpur. 12 pertuduhan berhubung transaksi hasil daripada aktiviti haram di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). Lima lagi pertuduhan berkaitan kegagalan Rosmah untuk membuat penyata bagi tahun taksiran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti mana tertakluk di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Kesemua pertuduhan ke atas beliau dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi, dan Rosmah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Ketua Pendakwaraya Datuk Seri Gopal Sri Ram kemudiannya meminta agar ikat jamin ditetapkan RM10 juta berserta dua syarat tambahan iaitu Rosmah harus menyerahkan pasport miliknya, dan mahkamah perlu

Rosmah tidak mengaku bersalah 17 tuduhan

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan berhubung pengubahan wang haram hampir RM7 juta dan 5 tuduhan gagal buat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Berikut ialah senarai 17 tuduhan ke atas Rosmah. 1. Bahawa kamu pada 4 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta ata

SPRM UCAP TAKZIAH KEPADA ENAM ANGGOTA BOMBA

Image
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SELURUH warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga enam anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia yang terkorban dalam misi menyelamatkan mangsa lemas di Tasik Putra Puchong, Selangor semalam. Kesemua mangsa merupakan wira negara yang sanggup berkorban nyawa demi memikul amanah dan tanggungjawab terhadap negara untuk kesejahteraan rakyat. Kami mendoakan agar roh kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN. Al-Fatihah. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 4 OKTOBER 2018

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: ROSMAH DITAHAN UNTUK PENDAKWAAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. Penahanan itu dibuat pada jam 3.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 3 OKTOBER 2018

Bekas CEO didakwa terima suapan RM20,000

SHAH ALAM - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkakasan dan peralatan komputer dihadapkan ke mahkamah sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM20,000 daripada seorang individu, tiga tahun lepas. Bagaimanapun, Azizul Fikri Ab Rahman, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Mohd Sabri Ismail. Lelaki itu didakwa menerima suapan tersebut melalui akaun bank Maybank miliknya sebagai upah untuk meluluskan tuntutan komisen bagi projek Pusat Siber Rakan Muda Zon Sarawak berjumlah RM45,000. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Bandar Kinrara dekat sini, kira-kira 4.36 petang pada 14 September 2015 dan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Sabit kesalahan, Azizul Fikri boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada l

Bekas Pengetua Maktab Mahmud didakwa salah guna kuasa

ALOR SETAR: Bekas Pengetua Maktab Mahmud Pendang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan salah guna kuasa membabitkan projek penyelenggaraan sekolah bernilai RM23,763 antara Januari 2015 hingga Julai 2016. Rafida Ramli, 46, yang juga isteri kepada Ketua Penerangan PAS Kedah, Ahmad Yahya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim, Azman Abu Hassan. Mengikut kertas pertuduhan, Rafida dituduh menggunakan jawatannya menyokong borang permohonan pembelian dan pembaikan kerja pendawaian elektrik di asrama, blok akademi dan kantin sekolah itu secara berasingan kepada syarikat milik adiknya, Mohd Zuhdi, 30. Tertuduh juga didakwa menggunakan jawatannya bagi menyokong borang permohonan membekal dan memasang kipas siling kepada syarikat yang berkaitan adiknya. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan Rafida antara 13 Januari 2015 hingga 18 Julai 2016 di Maktab Mahmud Pendang. Beliau dituduh melakukan kesalah

Rasuah Dihina, Maruah Dibina

Image

Restoring the nation's image

THE Malaysian Anti-Corruption Commission has been accused of becoming a tool of the previous administration. Its stalled investigations into alleged misappropriation of funds at SRC International Sdn Bhd and 1Malaysia Development Bhd have affected its reputation. But with the formation of a new government after the 14th General Election, Chief Commissioner Datuk Seri Mohd Shukri Abdull shares with ILAH HAFIZ AZIZ his plans to restore the graft-busting agency’s integrity Question: Why is MACC using the theme ‘Despise Corruption, Uphold Dignity’ in its 51st anniversary celebration, even though it has been used in previous years? Answer: Based on current developments, I believed now is the right time to bring back the theme. We must look at corruption in a broader perspective. Corruption is the root of many crimes and social ills, including prostitution, gambling, firearms smuggling and road accidents. Absolute corruption can also crippled a country’s administration, subsequently