Bekas Pengetua Maktab Mahmud didakwa salah guna kuasa

ALOR SETAR: Bekas Pengetua Maktab Mahmud Pendang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan salah guna kuasa membabitkan projek penyelenggaraan sekolah bernilai RM23,763 antara Januari 2015 hingga Julai 2016.

Rafida Ramli, 46, yang juga isteri kepada Ketua Penerangan PAS Kedah, Ahmad Yahya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim, Azman Abu Hassan.

Mengikut kertas pertuduhan, Rafida dituduh menggunakan jawatannya menyokong borang permohonan pembelian dan pembaikan kerja pendawaian elektrik di asrama, blok akademi dan kantin sekolah itu secara berasingan kepada syarikat milik adiknya, Mohd Zuhdi, 30.

Tertuduh juga didakwa menggunakan jawatannya bagi menyokong borang permohonan membekal dan memasang kipas siling kepada syarikat yang berkaitan adiknya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan Rafida antara 13 Januari 2015 hingga 18 Julai 2016 di Maktab Mahmud Pendang.

Beliau dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang 20 kali ganda nilai suapan.

Prosiding kes dijalankan Pegawai Pendakwa,Syahrul Khuzaini Amiruddin, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Taufiq.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 1 November ini untuk sebutan kes.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/480726/bekas-pengetua-maktab-mahmud-didakwa-salah-guna-kuasa#cxrecs_s

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip