Posts

Showing posts from December, 2018

Bekas pegawai khas Hishammuddin dipenjara 2 tahun, denda RM400,000 kerana rasuah

SHAH ALAM: Seorang pegawai khas kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dipenjara selama dua tahun dan didenda RM400,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM80,000 empat tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh, mendapati Zailan Jauhari, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai Parlimen kepada bekas Menteri Pertahanan, bersalah selepas mengambil kira semua kenyataan saksi, pembelaan, eksibit dan dokumen yang dikemukakan di hadapannya. "Saya dapati pembelaan yang diberikan tertuduh tidak jujur, tidak dapat diterima dan tidak munasabah. Saya percaya ia direka semata-semata. Ia tidak boleh dipercayai berbanding dengan keterangan pihak pendakwaan," katanya dalam penghakimannya hari ini. Zailan yang memakai kemeja berpetak putih biru kelihatan tenang dan hanya menundukkan kepalanya. Rozilah turut menolak permohonan peguam Zailan, Md Yunos Shariff, untuk denda RM400,000 dibayar secara dua kali ansuran dan memerintahkan ia di

Perangi Rasuah - 'Ibu' Segala Jenayah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan satu demi satu pendedahan kes rasuah yang dilaporkan media, sekali gus membuktikan gejala itu yang menular dalam masyarakat seakan belum menemui titik noktahnya. Profil pelakunya - bukan setakat insan biasa bergelar pekerja awam mahu pun swasta sebaliknya melibatkan mereka yang turut bergelar VVIP atau kalangan kenamaan dan berjawatan tinggi. Namun, apa yang mengecewakan, laporan tentang perbuatan buruk ini masih belum memberi kesedaran kepada orang ramai. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak tahu, tidak sedar atau tidak faham akibat buruk daripada perbuatan memberi dan menerima rasuah. Akibatnya – tumbuk rusuk, wang suap, wang sogok, sorong, duit kopi, tip, korupsi dan rayap – yang semuanya merujuk kepada perbuatan rasuah, masih berleluasa. Bagi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) selaku pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti memerangi kegiatan itu, rasuah merujuk kepada satu bentuk penerimaan

SIASATAN SPRM PROFESIONAL DAN PATUHI SOP

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan kononnya SPRM telah menerima arahan untuk 'membutakan mata' terhadap bukti serta mengugut saksi dalam siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan Lembaga Tabung Haji. Ingin ditegaskan bahawa SPRM sentiasa bersikap profesional dan mengikut ‘rule of laws’ semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tangkapan atau penahanan yang dilakukan SPRM bertujuan untuk membantu siasatan berdasarkan asas-asas kukuh. SPRM sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), undang-undang dan peraturan yang ditetapkan semasa menjalankan siasatan dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu atau organisasi demi membersihkan negara ini daripada jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Perbuatan mengeluarkan kenyataan oleh mana-mana pihak atau individu berhubung kes yang sedang disiasat boleh mengganggu dan menjejaskan perjalanan siasatan yang juga seolah-ol

Dipenjara setahun, denda RM4.1 juta kerana buat tuntutan palsu

SHAH ALAM: Bekas Pengurus Pemasaran dan Saluran SME Telekom Malaysia (TM) dihukum penjara dan didenda sebanyak RM4,111,992.95 selepas didapati bersalah dengan 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu hampir RM1 juta, enam tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh mengarahkan Noorazlina Shamsudin, 44, dipenjara setahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya namun mengarahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini. Beliau juga mengarahkan Norazlina dihukum penjara selama 35 bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan terhadapnya. Noorazlina, pada 12 November 2014, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, membuat tuntutan palsu berjumlah RM822,398.59 melalui pesanan penghantaran dan invois milik dua syarikat kontraktor Core Entity Sdn Bhd serta Excellent Spring Sdn Bhd. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai bayaran bagi kerja-kerja pemasangan kabel Unifi di