Perangi Rasuah - 'Ibu' Segala Jenayah
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan satu demi satu pendedahan kes rasuah yang dilaporkan media, sekali gus membuktikan gejala itu yang menular dalam masyarakat seakan belum menemui titik noktahnya.
Profil pelakunya - bukan setakat insan biasa bergelar pekerja awam mahu pun swasta sebaliknya melibatkan mereka yang turut bergelar VVIP atau kalangan kenamaan dan berjawatan tinggi.
Namun, apa yang mengecewakan, laporan tentang perbuatan buruk ini masih belum memberi kesedaran kepada orang ramai.
Ramai dalam kalangan mereka yang tidak tahu, tidak sedar atau tidak faham akibat buruk daripada perbuatan memberi dan menerima rasuah.
Akibatnya – tumbuk rusuk, wang suap, wang sogok, sorong, duit kopi, tip, korupsi dan rayap – yang semuanya merujuk kepada perbuatan rasuah, masih berleluasa.
Bagi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) selaku pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti memerangi kegiatan itu, rasuah merujuk kepada satu bentuk penerimaan ataupun pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan ataupun tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas-tugas rasmi.
“Suapan tersebut bukan sahaja terdiri daripada pemberian wang semata-mata, malah upah atau dorongan yang berbentuk hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan dan diskaun juga merupakan bentuk bentuk suapan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam wawancara eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.
Selain itu, suapan juga boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman, fi, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan serta sebarang manfaat yang seumpamanya seperti dinyatakan dalam Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM 2009) (Akta 694).
TAMAK, TIADA INTEGRITI
Menyoroti tugasnya dalam pencegahan rasuah, Mohd Shukri berpendapat jenayah itu berlaku kerana wujudnya ruang dan peluang yang terbuka luas selain sikap tamak dan tidak menanam sifat integriti dalam diri.
"Ini dibuktikan melalui statistik kami yang menunjukkan jumlah tangkapan tinggi dicatatkan dalam kalangan pegawai kerajaan kerana terlibat dengan kes-kes rasuah.
"Mereka mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan jenayah tersebut. Sebab itulah, sebagai penjawat awam adalah penting untuk menanam sifat integriti dalam diri," tegasnya.
Bagi membendung jenayah itu daripada terus menular dalam kalangan pegawai kerajaan, beliau menekankan bahawa semua peringkat dalam sektor awam perlu mematuhi tadbir urus yang sedia ada.
Statistik SPRM dari Januari hingga November 2018 menunjukkan penjawat awam mencatatkan rekod tangkapan paling tinggi kerana terlibat dengan kes rasuah iaitu seramai 421 orang.
Ini diikuti oleh tangkapan 213 orang awam manakala bagi sektor swasta pula, seramai 175 orang ditahan diikuti oleh 23 orang daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta 43 orang dalam lain-lain sektor.
Mohd Shukri berkata dari 2009 sehingga November 2018, SPRM mencatatkan jumlah pendakwaan tertinggi iaitu sebanyak 381 pertuduhan dengan 237 sabitan kesalahan pada 2010 diikuti 373 pertuduhan dengan 216 sabitan pada 2017 dan 212 kes yang disabitkan kesalahan pada 2012.
Sepanjang 2017, SPRM membuka 863 kertas siasatan, melakukan 879 tangkapan dan menghadapkan 373 orang untuk dituduh di mahkamah selain mencatatkan 216 sabitan kes.
Bagi Januari hingga November 2018, SPRM membuka 821 kertas siasatan, menahan 821 orang dan menghadapkan 280 orang di mahkamah serta mencatatkan 196 sabitan kes.
“Bagaimanapun, tahun 2018 mencatatkan sejarah apabila orang kenamaan merupakan yang paling ramai ditangkap dan didakwa,”katanya.
1MDB – KES RASUAH TERBESAR
Mohd Shukri berkata siasatan dan pendakwaan kes paling besar adalah ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan nilai rasuah bernilai berbilion ringgit dengan banyak pertuduhan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas menteri serta pegawai kanan kerajaan.
Najib, 65, antaranya menghadapi 21 pertuduhan berkaitan skandal 1MDB termasuk membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.
Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.
Selain itu, Jabatan Peguam Negara memfailkan pertuduhan jenayah terhadap anak syarikat Goldman Sachs Investment Bank serta eksekutif kanannya Tim Leissner dan Roger Ng Chong Hwa selain pembiaya kewangan yang diburu polis Low Taek Jho (yang dikenali sebagai Jho Low) dan eksekutif kanan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan berhubung penjualan bon-bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion yang melanggar undang-undang sekuriti Malaysia.
Statistik SPRM menunjukkan kes rasuah paling kecil yang direkodkan agensi itu melibatkan seorang individu yang memberi rasuah RM20 kepada anggota polis sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan saman ke atas sepupunya yang ditahan dalam sekatan jalan raya kerana tidak memakai topi keledar.
Mohd Shukri mengingatkan bahawa dalam jenayah rasuah, SPRM tidak melihat kepada nilai besar atau kecil wang yang terlibat.
“Ia perlu dilihat dengan lebih jauh dan meluas iaitu implikasi akibat perbuatan tersebut kerana ia mengakibatkan jenayah lain seperti pelacuran, judi haram dan penyeludupan senjata api.
"Sebab itulah, kita (SPRM) tidak mengukur jenayah itu dari segi nilai wang semata-mata. Buktinya, kita pernah membuat tangkapan terhadap kes-kes yang melibatkan nilai puluhan ringgit sahaja,” katanya.
HUKUMAN SEBAT TANGANI ‘IBU’JENAYAH
Dalam memerangi rasuah secara menyeluruh, Mohd Shukri berkata SPRM merangka pelan untuk melakukan transformasi dan penambahbaikan yang merangkumi aspek operasi, aktiviti pencegahan dan sumber manusia pada tahun hadapan.
Dalam aspek operasi, banyak pendekatan baharu diperkenalkan seperti siasatan berasaskan risikan (IBI), pengesanan aset, siasatan berasaskan analisis kewangan, pengintipan dalam siasatan secara optimum serta penggunaan tenaga pakar dalam siasatan.
Aspek sumber manusia pula melibatkan perubahan dalam penstrukturan perjawatan, penempatan pegawai berdasarkan kemahiran dan kelayakan akademik serta pengambilan tenaga pakar di sektor tertentu.
"Bagi aspek pencegahan, perubahan termasuklah inisiatif baharu yang diperkenalkan seperti Ikrar Integriti Korporat (CIP), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), aktiviti pemeriksaan dan khidmat nasihat yang memberi fokus kepada isu yang menjadi perhatian rakyat,”katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata pihaknya pernah menyuarakan pandangan agar kerajaan mempertimbang dan mengkaji pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah rasuah dalam usaha serius menbanteras rasuah secara menyeluruh.
“Ini kerana jenayah rasuah merupakan ‘ibu’ kepada segala jenayah. Disebabkan rasuah, banyak jenayah lain seperti seperti menipu, rompakan, pendatang tanpa izin, penyeludupan, judi dan pengedaran arak haram berlaku,” katanya.
Memandangkan kesalahan menipu turut dikenakan hukuman sebat, beliau berpendapat kesalahan rasuah boleh diberikan hukuman yang sama kerana jenayah rasuah merupakan kesalahan yang lebih jahat.
Menurutnya Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman paling berat ke atas pesalah rasuah hanyalah penjara tidak lebih 20 tahun dan denda.
"Ada kalanya, pesalah dikenakan penjara setahun atau dua tahun malah, sehari juga pernah berlaku. Bagaimanapun, terdapat juga pesalah yang dipenjara 10 tahun tetapi, sekiranya hukuman sebat tersebut dapat dilaksanakan, ia akan lebih bersifat mencegah," jelasnya.
DIDIK BELIA PERANGI RASUAH
Untuk mendidik masyarakat supaya membenci rasuah, SPRM menjadikan golongan belia antara kumpulan sasarannya untuk didedahkan kepada Program Pencegahan Rasuah.
Pelbagai saluran kaedah atau cara yang digunakan SPRM bagi mendekati kumpulan itu termasuk perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan belia bagi menyebarkan mesej antirasuah kepada golongan belia.
Mohd Shukri berkata Majlis Belia Malaysia (MBM), yang mempunyai 39 pertubuhan gabungan dan kira-kira 50,000 ahli, adalah antara gerakan NGO terbesar di Malaysia yang menjadi rakan kerjasama kepada SPRM selain Malaysian Association Youth Council (MAYC) yang mempunyai 142 persatuan gabungan.
“Strategi untuk bekerjasama dengan NGO MBM dan MAYC ini amat bertepatan dengan hasrat SPRM kerana kekuatan keahlian pertubuhan belia ini mampu membawa mesej antirasuah ke seluruh negara. Kerjasama dengan NGO juga sangat baik dan mereka amat menyokong agenda SPRM di dalam memerangi rasuah,” katanya.
SPRM turut mendekati golongan mahasiswa dalam melaksanakan program pencegahan rasuahnya.
Sejak 2007, SPRM menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah di 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara dan sehingga kini, terdapat sebanyak 108 Sekretariat Pencegahan Rasuah meliputi di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Institut Pendidikan Guru dan Institusi Pendidikan MARA.
Bagi memperkasakan lagi peranan sekretariat itu di institusi pengajian tinggi, SPRM menjenamakannya semula sebagai Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) dengan harapan lebih ramai mahasiswa dapat menyertai program pencegahan rasuah di kampus masing-masing.
“Objektifnya adalah untuk menggalakkan para pelajar terdedah dengan penyebaran mesej pencegahan rasuah di negara ini. Mahasiswa juga adalah barisan anak-anak muda Malaysia yang perlu diberi perhatian kerana inilah pelapis pemimpin masa hadapan Malaysia,” katanya.
Mohd Shukri berkata SPRM juga menjadi anggota Kumpulan Kerja Teknikal Utama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan, yang memberi peluang kepada agensi itu untuk meletakkan agenda antirasuah sebagai antara pengisian input Pelan Tindakan Belia Negara.
Selain itu, SPRM menjalinkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memperkenalkan projek perintis Subjek Integriti dan Rasuah.
Melihatkan keberkesanan projek itu, institusi pengajian tinggi lain turut berminat menawarkan subjek berkenaan kepada penuntut termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Multi Media University (MMU) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
PLATFORM PERANGI RASUAH
Dalam pada itu, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM giat melaksanakan program dan aktiviti dalam usaha mendidik orang ramai supaya menentang rasuah termasuk di sektor kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor pendidikan, swatsa, universti dan belia.
Antara program-program yang dijalankan adalah Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), perbincangan pencegahan rasuah, program kesedaran integriti, lawatan integriti dan pelbagai lagi.
Bagi memastikan agenda memerangi rasuah berjalan lancar, SPRM amat berharap agar masyarakat turut sama memainkan peranan.
Mohd Shukri berkata agensi itu sentiasa menyediakan platform untuk masyarakat turut serta memainkan peranan dalam membanteras rasuah termasuk melaksanakan aktiviti pencegahan rasuah.
“Antaranya Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) untuk disertai orang ramai. Sehingga kini, keanggotaan Sahabat Gerah SPRM adalah melebihi 160,000 orang,” katanya.
Selain itu, ia mengadakan Program Jimat Belanja Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan SPRM dalam usaha membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga barang yang dihadapi pengguna.
SPRM turut mengadakan ‘walkabout’ yang menjadi platform kepada SPRM untuk berjumpa dengan masyarakat setempat secara langsung. Antaranya di bazar Ramadan, bersama para pengusaha teksi, masyarakat Tasik Chini, serta masyarakat meliputi kaum termasuk India dan Cina.
SPRM juga melaksanakan program Himpunan 2 Roda yang menyasarkan penunggang motosikal dengan kira-kira 20,000 penggunjung telah menghadiri program itu selain melancarkan Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) yang menyasarkan agensi penguat kuasa.
RUANGAN SISI
-----------------------
Berdasarkan Akta SPRM 2009, terdapat empat kesalahan rasuah yang utama dan melibatkan empat seksyen penting iaitu:
Kesalahan meminta atau menerima rasuah yang melibatkan mana-mana orang atau ejen (penjawat awam) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima suapan sama ada berbentuk wang, benda, upah, perkhidmatan dan lain-lain sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi dan prinsipal atau majikan mengikut Seksyen 16 (a) dan Seksyen 17 (b).
Kesalahan menawarkan atau memberikan rasuah yang mana-mana orang atau ejen (pegawai awam) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan sama ada berbentuk wang, benda, upah, perkhidmatan dan lain-lain sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi dan prinsipal atau majikan mengikut Seksyen 16 (b) dan 17 (b).
Kesalahan dengan maksud untuk memperdayakan prinsipal oleh ejen dengan niat memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipa itu mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa penyataan palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya mengikut Seksyen 18.
Kesalahan pegawai awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan mengikut Seksyen 23.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan di bawah kesemua seksyen tersebut adalah penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1679132

Comments
Post a Comment