Dipenjara setahun, denda RM4.1 juta kerana buat tuntutan palsu
SHAH ALAM: Bekas Pengurus Pemasaran dan Saluran SME Telekom Malaysia (TM) dihukum penjara dan didenda sebanyak RM4,111,992.95 selepas didapati bersalah dengan 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu hampir RM1 juta, enam tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh mengarahkan Noorazlina Shamsudin, 44, dipenjara setahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya namun mengarahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.
Beliau juga mengarahkan Norazlina dihukum penjara selama 35 bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan terhadapnya.
Noorazlina, pada 12 November 2014, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, membuat tuntutan palsu berjumlah RM822,398.59 melalui pesanan penghantaran dan invois milik dua syarikat kontraktor Core Entity Sdn Bhd serta Excellent Spring Sdn Bhd.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai bayaran bagi kerja-kerja pemasangan kabel Unifi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat TM MSC Cyberjaya Complex, Cyberjaya antara 17 April 2012 dan 3 Januari 2013.
Terdahulu, Rozilah berkata, mahkamah itu mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ketika membacakan penghakiman dan hukuman, Rozilah berkata, hukuman di dunia adalah bersifat sementara namun hukuman di akhirat kelak lebih teliti dan kekal.
Katanya, beliau berharap Norazlina dapat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.
“Dalam tempoh setahun antara 2012 hingga Januari 2013, dalam masa itu tak tahu apa yang Norazlina fikirkan. Rasuah ini penyakit akhir zaman,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Heikal Ismail, manakala tertuduh diwakili Peguam Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Kamal Abu Bakar.
Arik Zakri ketika memohon hukuman dikurangkan, berkata, Norazlina mula berkhidmat di TM sejak 1995 di Johor Bahru sebagai pembantu jualan selain pernah mendapat anugerah Pengurus Jualan terbaik TM SME pada 2013.
Katanya, tertuduh menanggung suaminya yang mempunyai pelbagai penyakit selain sudah hilang pekerjaan dan kawan-kawan sejak kejadian itu.
“Tertuduh kini mengusahakan ternakan kambing di Beranang atas inisiatif sendiri. Setiap kali proses perbicaraan di mahkamah, beliau sentiasa berzikir bagi menginsafi diri sendiri, untuk memperoleh keampunan Allah,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamad Heikal berkata, pendakwaan memberi tumpuan kepada kepentingan orang awam berbanding kepentingan tertuduh dan mahukan mahkamah memberikan hukuman yang setimpal kepada Norazlina supaya kesalahan itu tidak diulangi orang lain.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/510531/dipenjara-setahun-denda-rm41-juta-kerana-buat-tuntutan-palsu

Comments
Post a Comment