Bekas pegawai khas Hishammuddin dipenjara 2 tahun, denda RM400,000 kerana rasuah
SHAH ALAM: Seorang pegawai khas kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dipenjara selama dua tahun dan didenda RM400,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM80,000 empat tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh, mendapati Zailan Jauhari, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai Parlimen kepada bekas Menteri Pertahanan, bersalah selepas mengambil kira semua kenyataan saksi, pembelaan, eksibit dan dokumen yang dikemukakan di hadapannya.
"Saya dapati pembelaan yang diberikan tertuduh tidak jujur, tidak dapat diterima dan tidak munasabah. Saya percaya ia direka semata-semata. Ia tidak boleh dipercayai berbanding dengan keterangan pihak pendakwaan," katanya dalam penghakimannya hari ini.
Zailan yang memakai kemeja berpetak putih biru kelihatan tenang dan hanya menundukkan kepalanya.
Rozilah turut menolak permohonan peguam Zailan, Md Yunos Shariff, untuk denda RM400,000 dibayar secara dua kali ansuran dan memerintahkan ia dilunaskan sepenuhnya atau tertuduh akan dipenjarakan selama setahun jika gagal berbuat demikian.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan untuk penangguhan hukuman penjara dua tahun sementara menunggu rayuan.
Rozilah turut mengarahkan notis rayuan difailkan selewat-lewatnya pada jam 3 petang ini selain menetapkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Md Yunos, ketika merayu bagi pihak Zailan, memohon anak guamnya diberikan hukuman penjara minimum setahun memandangkan tertuduh mempunyai seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil manakala perkhidmatannya dengan kerajaan ditamatkan selepas dia didakwa tahun lalu.
Beliau berkata, Zailan kini tidak mempunyai pendapatan tetap dengan bekerja sambilan dan adalah satu-satunya penanggung keluarganya.
Selain itu, Md Yunos berkata, Zailan seorang pesakit diabetik manakala anak bungsunya menghidap penyakit thalassemia major yang memerlukan rawatan bulanan.
"Anak guam saya adalah pesalah kali pertama dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Beliau juga sentiasa bekerjasama sejak penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Denda lima kali ganda nilai rasuah RM80,000, berjumlah RM400,000, adalah jumlah yang besar. Dia terpaksa menjual rumahnya selain mendapatkan pinjaman daripada keluarga, rakan dan saudara mara untuk membayar denda itu," katanya.
Timbalan Pendakwa, Raya Mohammed Heikal Ismail pula berkata hukuman penjara dan denda yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM menunjukkan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.
"Ketika mitigasi, tertuduh mengatakan dia menghidap diabetik tetapi kepentingan awam perlu diutamakan. Dalam membuat keputusan, mahkamah perlu berpandukan kepada kepentingan awam. Saya memohon hukuman yang adil diberikan sebagai satu pengajaran kerana kesalahan ini serius," katanya.
Rozilah berkata, beliau percaya kes itu memberikan pengajaran kepada Zailan dan keluarganya dan berharap hukuman yang beliau jatuhkan itu memadai.
"Saya minta maaf jika keputusan saya ini salah di mata anda, Zailan. Saya berpandukan kepada keterangan yang diberikan dan peruntukan undang-undang," katanya.
Zailan sebelum ini didakwa menerima sekeping cek bernilai RM60,000 dan wang tunai sejumlah RM20,000 sebagai dorongan untuk memberikan tender pembersihan sekolah kepada dua syarikat di Kuala Selangor.
Kesalahan mengikut Seksyen 16a (A) Akta SPRM 2009 itu didakwa dilakukan di Mak Engku Steamboat & Grill, No 2, Jalan Bendahara 1/2, Taman Bendahara, di sini antara jam 7.30 malam dan 8 malam pada 8 Januari 2014.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/513281/bekas-pegawai-khas-hishammuddin-dipenjara-2-tahun-denda-rm400000-kerana

Comments
Post a Comment