Posts

SPRM NAFI DAKWAAN KES JANS TIADA UNSUR RASUAH

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Suruhanjaya berkenaan telah mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat. SPRM telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam. Faktanya, pada 29 Disember 2016, tiga individu termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isterinya telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram dan sebutan kes tersebut telah ditetapkan pada 8 Ogos 2017. Ketiga- tiga tertuduh ialah Ag. Mohd Tahir Mohd Talib, 54 dan isterinya Fauziah Ag. Piut, 51 serta Lim Lam Beng, 62. Ag. Mohd Tahir didakwa dengan 12 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan ...

Lebih banyak ‘jerung’ ke mahkamah dalam masa terdekat – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi gambaran awal bahawa lebih banyak ‘jerung’ akan disiasat dan diheret ke mahkamah dalam masa terdekat. Bagi  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Dzulkifli Ahmad apa yang dilakukan oleh pihaknya sebelum ini hanyalah satu permulaan dalam memerangi gejala rasuah habis-habisan. “Ini baru permulaan. Bulan Ogos dan September lagi panas. Saya dah memberi amaran kepada mereka supaya menghindari rasuah, tetapi mereka tamak, mengingkari dan mengkhianati amanah itu nak juga teruskan amalan rasuah. “Kita tutup kes Felda disebabkan bulan Ramadan, kini ia sudah dibuka semula. Saya sudah mengarahkan pegawai saya supaya membuka semula siastan ke atas Felda. “Semoga kita akan mengambil tindakan terhadap pengkhianat, heret ke muka pengadilan pada Ogos dan September ini,” katanya ketika berucap pada Program My Aduan Rasuah anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Zulkifli berkata, SPRM juga telah ...

SPRM KESAN MOHAMAD DON ADI

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan seorang lelaki bagi tujuan penyampaian notis menghadiri perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi, Kuching, Sarawak pada 26 Julai ini. Lelaki tersebut, Mohamad Don Adi Bin Morshidi, 35 yang memegang kad pengenalan 821008-13-5013 mempunyai alamat terakhir di No. 210, Kampung Tabuan, 93450 Kuching, Sarawak. Mohamad Don Hadi turut mempunyai alamat surat-menyurat di No 732a Kampung Tabuan Lot No 3, Jalan Kampung Tabuan Melayu, 93450, Kuching, Sarawak. Sehubungan itu, SPRM memohon agar individu tersebut tampil ke Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak pada tarikh tersebut atau sekiranya mana-mana ahli keluarga atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut, diminta hadir ke Pejabat SPRM Sarawak di alamat Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, 93350 Kuching, Sarawak atau hubungi pegawai penyiasat, Ps Mohd Fadzli Haji Abd Manaf di talian 082-467701 / 012-3932731. SURUHANJ...

Drama Siri 'Banteras' Didik Rakyat Bahaya Amalan Rasuah - Salleh Keruak

CYBERJAYA, 20 Julai (Bernama) -- Drama bersiri 'Banteras' yang dilancarkan hari ini bertujuan untuk menyedarkan dan mendidik masyarakat tentang bahaya amalan rasuah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Beliau berkata idea penerbitan drama itu yang merupakan kerjasama di antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Fantasy Film Sdn Bhd juga bagi memaparkan usaha cekal para pegawai SPRM dalam menangani kes-kes rasuah. Katanya, penceritaan dengan unsur-unsur drama dan aksi melalui media massa merupakan antara wadah terbaik untuk menyampaikan mesej ini secara berkesan kepada rakyat. "Drama Ini menekankan pembanterasan rasuah sebagai agenda tetap dan tidak mahu melihat rasuah jadi budaya bahaya di kalangan masyarakat. "Perbuatan rasuah harus dijauhi daripada hati dan minda. Jadi, drama Banteras bantu beri kesedaran pada usia muda," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu. Turut hadir Ketua Pesuruhjaya...

SPRM UCAP TAHNIAH KEPADA WARGA PENEROKA SEMPENA SAMBUTAN HARI PENEROKA KE-60

Image
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mewakili warga kerja SPRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga peneroka bersempena sambutan Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ke-60 yang akan diraikan pada 21 hingga 23 Julai ini. SPRM menghargai dan menyanjung tinggi segala pengorbanan warga peneroka yang telah berbakti dan menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan ekonomi negara. SPRM turut mengiktiraf kepentingan peranan warga peneroka dalam melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti, berintegriti dan progresif. Justeru itu, SPRM ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon sokongan dan dokongan seluruh warga peneroka Felda agar sentiasa bersama SPRM sebagai pencetus gelombang perubahan dalam kalangan masyarakat bagi memerangi anasir rasuah dan salah guna kuasa. Warga peneroka Felda harus berada di barisan hadapan bersama SPRM bagi membenci, menolak dan memerangi penularan jenayah ra...

FIC: SPRM akan tahan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan melakukan beberapa tangkapan dalam masa terdekat selepas beberapa saksi penting berhubung pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC), selesai memberi keterangan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya kini dalam proses untuk mendapatkan lebih ramai saksi dalam proses urus niaga itu. "Saya tidak menolak beberapa tangkapan akan dibuat pada masa terdekat untuk membantu siasatan ini berikutan pelbagai maklumat yang sudah diterima ketika ini," katanya. Sementara itu, difahamkan, SPRM ketika ini masih mencari beberapa lagi individu yang juga saksi penting bagi membantu siasatan. Dengan merakam percakapan saksi itu, SPRM dijangka memperoleh beberapa maklumat terbaharu berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington antara tahun 2013 dan 2015. Saksi itu boleh membantu men...

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah sokong IBR

KUALA LUMPUR - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kesal dengan tindakan segelintir pihak yang memperkecilkan inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah khususnya berkaitan Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, SPRM telah melaksanakan sesuatu yang terbaik bukan sahaja daripada segi penguatkuasaan malah dalam mendidik dan mewujudkan kesedaran orang ramai berkaitan jenayah rasuah. Beliau berkata, pengkritik-pengkritik berkenaan seharusnya memberi sokongan penuh kepada SPRM untuk menangani isu rasuah dan salah guna kuasa dan bukannya memutarbelitkan fakta bagi mendapatkan kepentingan politik. "LPPR mengalu-alukan semua inisiatif yang dicadangkan oleh SPRM termasuk IBR serta memuji transformasi yang dilaksanakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad. "SPRM telah berusaha keras serta sangat komited bagi mendapatkan sokongan masyarakat termasuk ahli politik agar menolak rasuah dan ...