Posts

Showing posts from June, 2015

Tauke ladang serah diri di pejabat SPRM Perak

IPOH 1 Julai - Seorang tauke ladang dari Cameron Highlands menyerah diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak di Meru Raya dekat sini pagi ini bagi membantu siasatan kerana disyaki memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa. Ini menjadikan keseluruhan tauke ladang yang ditahan kerana disyaki rasuah dalam Ops Sejuk yang dilancarkan SPRM sejak semalam meningkat kepada 20 orang setakat ini. - UTUSAN ONLINE - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tauke-ladang-serah-diri-di-pejabat-sprm-perak-1.109306#sthash.Mf3Jx8Bw.dpuf

SPRM gempur Cameron Highlands: 19 tauke ladang ditahan

IPOH 30 Jun - Selepas enam bulan mela­kukan intipan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggempur Came­ron Highlands. Hasilnya, 19 tauke ladang ditahan kerana disyaki memberikan rasuah kepada pegawai agensi penguat kuasa. Sogokan itu bertujuan mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti penerokaan tanah haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual. Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia sejak November tahun lalu telah mendedahkan kebanjiran warga asing dan masalah pencerobohan tanah di Cameron Highlands sehingga memusnahkan alam sekitar daerah peranginan itu. Dalam tiga siri laporan khas terbaharu mulai Ahad lalu, akhbar ini mendedahkan bagaimana keadaan tanah tinggi itu yang terus dice­roboh dan berhadapan dengan masalah warga asing akibat amalan rasuah. Sumber dalaman SPRM memberitahu, kesemua mereka ditahan di Cameron Highlands hari ini dalam

ISU MARA INC: LPPR AMAT YAKIN SPRM SIASAT DENGAN TELUS DAN PROFESIONAL

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mempunyai keyakinan tinggi yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia dengan bebas, telus dan profesional. LPPR, salah satu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009, yakin kerana SPRM dari semasa ke semasa memaklumkan kemajuan kes-kes yang disiasat, khususnya kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam, apabila diminta berbuat demikian ketika mesyuarat bulanan LPPR. Justeru, LPPR juga percaya tidak timbul isu SPRM cuba menutup mana-mana kes yang disiasat. Dalam hal ini, motif YB Lim Kit Siang yang mempolitikkan isu ini dengan mendakwa seolah-olah SPRM mahu menutup kes ini, satu tindakan tidak bertanggungjawb. Berdasarkan Akta SPRM 2009, SPRM hanya bertanggungjawab menjalankan siasatan. Oleh itu, adalah penting bagi semua pihak meletakkan kepercayaan ke atas sistem dan institusi pencegahan rasuah di negara in

Bekas hakim terpaksa beraya di penjara

PUTRAJAYA - Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini. Pagi ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.   Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.     Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri atas sabitannya setelah  mendapati sabitan itu adalah wajar.   Mahkamah juga mengekalkan denda RM210,000 dikenakan ke atasnya boleh Mahkamah Sesyen.  Hassan Basri bagaimanpun, berjaya dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam tahun.  - Bernama Panel yang turut dianggotai hakim-hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam mengekalkan hukuman penjara antara satu dan lima tahun tetapi mengarahkan Hassan Basri menjalani hukuman s

SPRM Sabah melancarkan Tabung Bantuan Bencana tragedi gempa bumi di Ranau

Image
SPRM Sabah bersama Kelab Sukan dan Rekreasi SPRM Sabah telah melancarkan Tabung Bantuan Bencana bagi membantu masyarakat di daerah Ranau yang dikejutkan dengan tragedi gempa bumi pada 5 Jun 2015. SPRM Sabah dan KSR SPRM Sabah mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan ini dengan menghantar bekalan makanan dan minuman serta keperluan harian untuk diagih-agihkan kepada penduduk di sekitar daerah Ranau. Bekalan kemanusian ini hasil daripada sumbangan daripada warga SPRM Sabah dan juga KSR Sabah bagi meringankan beban mangsa tragedi. Konvoi sebanyak enam kenderaan pacuan empat roda yang melibatkan 10 pegawai SPRM Sabah yang diketuai oleh Penguasa Nordinansah Kasim, yang juga Bendahari KSR. Mereka menyalurkan bantuan di kawasan perkampungan Mensilau hari ini. Misi ini juga sebahagian pendekatan SPRM Sabah dalam Merakyatkan SPRM bersama Komuniti Luar Bandar bagi menyatakan bahawa SPRM prihatin dengan kesusahan yang dialami akibat gempa  yang melanda masyarakat di Sabah ini.

Peneroka Cameron Highlands diarah bela diri

KUALA LUMPUR 19 Jun – Seorang peneroka haram di Cameron Highlands diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini untuk membela diri terhadap pertuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM20,000 kepada seorang penolong pegawai tanah dan daerah, dua tahun lalu. Hakim Rosbiahanin Arifin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Tan Meng Lee, 45, di akhir kes pendakwaan, hari ini. Lelaki itu didakwa memberi rasuah tersebut kepada Penolong Pegawai Tanah dan Daerah Cameron Highlands, Pahang, Abdul Rahim Sulaiman, 51, supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang melanggar peraturan di bawah Seksyen 425, Akta Tanah Negara 1956 iaitu meneroka secara haram di Hutan Simpan Sungai Terla, Kampung Raja dan tanah kerajaan di Blue Valley, Ulu Telom di daerah itu. Tertuduh yang diwakili peguam, S. Devanandan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di tanah kerajaan Blue Valley, Ulu Tenom, Cameron Highlands antara pukul 4 petang dan 5.30

When avenues for corruption are created – Walter Sandosam

Corruption continues to persist and torment. To be able to combat any menace successfully, one must be able to first understand the root causes which allow for such negative activity to prevail. Is it only the work of the anti-graft agency to fight corruption?  Do others also have a role to play? There appears a lack of clarity here. In March 2015, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) arrested six high ranking naval officers for their alleged involvement in shady deals in the purchase of spare parts. This was against the backdrop of widespread corruption and abuse of power by senior officers including living lifestyles beyond their incomes. Now pursuant to the uncovering of graves of illegals at the border, a report by the Special Branch has indicated that 80% of the country’s border patrols and security personnel are corrupt. Was Bukit Aman’s Integrity and Standards Compliance Department not aware of this? Kulai MP Teo Nie Ching has recently described this as both “a

Seorang Inspektor Didakwa Minta, Terima Rasuah Tiga Tahun Lepas

IPOH, 17 Jun (Bernama) -- Seorang Inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tiga tahun lepas. Amrin Paiman, 53, yang bertugas sebagai Inspektor Pendakwaan Trafik, Bahagian Ketenteraman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh didakwa meminta suapan RM12,000 daripada orang awam Khor Kwong Yik di Restoran Bistro Mohammad, Tambun di sini kira-kira 7 malam, awal April 2012. Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Khor yang melakukan kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa bersetuju untuk menerima suapan wang tunai RM1,500 sebagai dorongan yang sama di lokasi yang sama, kira-kira pukul 7 malam pada 9 April 2012. Selain itu, Amrin juga didakwa memperoleh suapan wang tunai RM1,500 melalui pemindahan wang daripada akaun pihak ketiga ke akaun CIMB Bank milik tertuduh sebagai dorongan yang sama, di CIMB Bank Cawangan Menglembu di sini, pada 10 April 2012.

Kerani Pusat Memandu Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Tuduhan Rasuah

BUTTERWORTH, 18 Jun (Bernama) -- Seorang kerani pusat memandu di Seberang Perai Tengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM800 bagi meluluskan ujian memandu kelas D. Tertuduh, Nazura Nezeri, 39, didakwa meminta suapan RM400 daripada B. Gopalakrishnan untuk meluluskan ujian memandu kelas D anaknya G Kinersh pada 18 Jan lepas. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa atas kesalahan yang sama pada 22 Jan lepas. Nazura didakwa menurut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Timbalan Pendakwa Raya SPRM mencadangkan RM10,000 sebagai jamin