SPRM Sabah melancarkan Tabung Bantuan Bencana tragedi gempa bumi di Ranau

SPRM Sabah bersama Kelab Sukan dan Rekreasi SPRM Sabah telah melancarkan Tabung Bantuan Bencana bagi membantu masyarakat di daerah Ranau yang dikejutkan dengan tragedi gempa bumi pada 5 Jun 2015.

SPRM Sabah dan KSR SPRM Sabah mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan ini dengan menghantar bekalan makanan dan minuman serta keperluan harian untuk diagih-agihkan kepada penduduk di sekitar daerah Ranau.

Bekalan kemanusian ini hasil daripada sumbangan daripada warga SPRM Sabah dan juga KSR Sabah bagi meringankan beban mangsa tragedi. Konvoi sebanyak enam kenderaan pacuan empat roda yang melibatkan 10 pegawai SPRM Sabah yang diketuai oleh Penguasa Nordinansah Kasim, yang juga Bendahari KSR.

Mereka menyalurkan bantuan di kawasan perkampungan Mensilau hari ini.

Misi ini juga sebahagian pendekatan SPRM Sabah dalam Merakyatkan SPRM bersama Komuniti Luar Bandar bagi menyatakan bahawa SPRM prihatin dengan kesusahan yang dialami akibat gempa  yang melanda masyarakat di Sabah ini.


Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip