Peneroka Cameron Highlands diarah bela diri
KUALA LUMPUR 19 Jun – Seorang peneroka haram di Cameron Highlands diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini untuk membela diri terhadap pertuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM20,000 kepada seorang penolong pegawai tanah dan daerah, dua tahun lalu.
Hakim Rosbiahanin Arifin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Tan Meng Lee, 45, di akhir kes pendakwaan, hari ini.
Lelaki itu didakwa memberi rasuah tersebut kepada Penolong Pegawai Tanah dan Daerah Cameron Highlands, Pahang, Abdul Rahim Sulaiman, 51, supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang melanggar peraturan di bawah Seksyen 425, Akta Tanah Negara 1956 iaitu meneroka secara haram di Hutan Simpan Sungai Terla, Kampung Raja dan tanah kerajaan di Blue Valley, Ulu Telom di daerah itu.
Tertuduh yang diwakili peguam, S. Devanandan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di tanah kerajaan Blue Valley, Ulu Tenom, Cameron Highlands antara pukul 4 petang dan 5.30 petang, 7 Oktober 2013.
Comments
Post a Comment