Kerani Pusat Memandu Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Tuduhan Rasuah
BUTTERWORTH, 18 Jun (Bernama) -- Seorang kerani pusat memandu di Seberang Perai Tengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM800 bagi meluluskan ujian memandu kelas D.
Tertuduh, Nazura Nezeri, 39, didakwa meminta suapan RM400 daripada B. Gopalakrishnan untuk meluluskan ujian memandu kelas D anaknya G Kinersh pada 18 Jan lepas.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa atas kesalahan yang sama pada 22 Jan lepas.
Nazura didakwa menurut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM mencadangkan RM10,000 sebagai jaminan, namun Hakim Julie Lack Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 23 Julai ini.
Hakim turut menasihati tertuduh agar mendapatkan khidmat peguam.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment