Bekas hakim terpaksa beraya di penjara

PUTRAJAYA - Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini.

Pagi ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.  

Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.    

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri atas sabitannya setelah  mendapati sabitan itu adalah wajar.  

Mahkamah juga mengekalkan denda RM210,000 dikenakan ke atasnya boleh Mahkamah Sesyen. 

Hassan Basri bagaimanpun, berjaya dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam tahun.  - Bernama

Panel yang turut dianggotai hakim-hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam mengekalkan hukuman penjara antara satu dan lima tahun tetapi mengarahkan Hassan Basri menjalani hukuman serentak, bukan secara berturut-turut.  

Hassan Basri, yang kelihatan tenang bila mahkamah menyampaikan keputusan, diarah memulakan hukumannya hari ini oleh kerana beliau diikat jamin RM105,000 dengan dua penjamin, ketika menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Rayuan.  

Beliau didakwa meminta dan menerima rasuah daripada dua orang berhubung dua perkahwinan tanpa mengikuti prosedur yang betul, dan bagi pengembalian wang jaminan berhubung pengambilan alkohol dan menggalakkan jenayah maksiat di beberapa lokasi di Perak antara 6 Ogos, 2006 dan 15 Ogos, 2007.

Mahkamah Sesyen di Ipoh mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi tuduhan pada 14 Disember 2010.

Hassan Basri gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Beliau dipercayai hakim Syariah pertama dihukum kerana rasuah.    

Hassan Basri diwakili peguam-peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan Datuk Salehuddin Saidin.

Salehuddin berhujah hukuman penjara itu agak melampau dan menggesa mahkamah mengurangkannya.  

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira tingkah  laku Hassan Basri bila beliau berkata, "Habislah kena tangkap, minta tolong" kepada pegawai yang menangkapnya bila ditahan. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/bekas-hakim-terpaksa-beraya-di-penjara-1.404291

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip