Kejayaan dan cabaran SPRM
Mungkin bait-bait puitis dalam puisi ciptaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad ini amat bersesuaian sekali dengan gambaran perjuangan agensi itu dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Esok genaplah 50 tahun perjuangan agensi itu dalam memerangi jenayah tersebut yang bermula dengan pembentukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 Oktober 1967. Nama SPRM mula digunapakai secara rasmi pada 1 Januari 2009 apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan penubuhannya melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694). Sepanjang tempoh tersebut, SPRM menempuh pelbagai cabaran namun sama ada mahu diakui tidak, nama agensi itu semakin digeruni dan mula meniti di bibir rakyat apabila Dzulkifli mengambil alih teraju kepemimpinannya dengan dibantu oleh Timbalannya, Datuk Azam Baki. Pendekatan Dzulkifli yang dilihat tegas, drastik dan disulami elemen