Bangkit perangi rasuah dan salah guna kuasa
BERIKUT adalah kenyataan penuh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad sempena sambutan Maal Hijrah 1439.
BERSEMPENA dengan ketibaan 1 Muharram 1439H ini maka saya dan seluruh warga kerja SPRM ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah kepada muslimin dan muslimat di seluruh negara. Bersesuaian dengan tahun baharu Hijrah ini maka kita perlulah mengambil iktibar dan merenung kembali peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Peristiwa hijrah ini adalah merupakan suatu peristiwa yang cukup bersejarah di dalam sirah Islam yang membawa kepada perubahan landskap terhadap akidah, akhlak, ibadah, gaya hidup serta pentadbiran kerajaan Islam itu sendiri.
Detik tersebut menjadi titik tolak kepada berlakunya penghijrahan hati, minda dan jihad kepada acuan hidup yang lebih diredai Allah SWT berlandaskan al-Quran dan sunnah. Justeru, bersempena dengan ketibaan detik 1 Hijrah ini juga, maka saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada diri sendiri serta seluruh umat Islam di negara ini, agar menanam keazaman dan komitmen bagi melakukan perubahan minda, jiwa dan roh untuk berhijrah ke arah memperbaiki peribadi diri dalam segenap lapangan kehidupan, khususnya di dalam soal memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Buat para ayahanda dan bonda ketua dan pendidik keluarga, resapilah semangat tahun baharu Hijrah ini sebagai satu kesempatan buat kita merenung kembali tanggungjawab kita selaku ketua keluarga, agar dapat kita memperbaiki urusan kekeluargaan khususnya dalam memastikan anak-anak yang diamanahkan kepada kita dibimbing dan dipelihara dengan penuh kasih sayang, memastikan sumber yang halal sebagai rezeki serta memberikan didikan agama yang secukupnya kepada mereka.
Buat guru-guru dan ahli akademik insan pendidik, jadikanlah tahun baharu Hijrah ini sebagai satu detik perubahan bagi mempertingkat usaha penyebaran ilmu seluas-luasnya dalam mendidik kesedaran jiwa anak-anak didik dan masyarakat, agar mereka terus dibajai dengan keimanan, ketakwaan dan ilmu yang bermanfaat.
Hanya dengan ilmu dan iman mereka mampu membina peribadi tinggi agar terhindar daripada perdayaan rasuah dan salah guna kuasa. Buat anak muda harapan nusa dan bangsa, dalam menyambut detik tahun baharu Hijrah ini, tekadkan keazaman untuk bangkit dengan penuh jujur dan matang untuk melaksanakan perubahan demi membina masa hadapan yang lebih gemilang dan penuh harapan, berpaksikan ilmu dan keimanan.
Jangan biarkan diri disesatkan dan diseleweng dengan cita-cita yang bersifat sementara, tetapi sebaliknya isilah agenda dan erti perjuangan kalian dengan penuh bijaksana, bagi menggempur dan melenyapkan kemungkaran rasuah dan salah guna kuasa dari tanah air ini.
Buat para kakitangan awam dan anggota penguat kuasa undang-undang, laksanakanlah tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Janganlah mengkhianati amanah rakyat dengan menodai harta negara dengan rasuah dan salah guna kuasa. Permulaan tahun baharu Hijrah ini adalah peluang dan ruang bagi kita menganjak perubahan yang lebih bermakna untuk berkhidmat dengan amanah, bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa, demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Buat ahli korporat dan pekerja swasta, biarlah Tahun Baharu Hijrah ini menjadi titik mula kepada keterlibatan kalian dalam perubahan dan kebangkitan untuk jujur memerangi kemungkaran rasuah dan salah guna kuasa. Biarlah kejujuran dan ketelusan menjadi amalan yang membenteng harga diri daripada berjual beli dan bertransaksi dengan rasuah dan korupsi.
Buat yang berhormat ahli politik dan pemimpin masyarakat, tiada lagi masa untuk bermain kata-kata dan mengkhianati kepercayaan rakyat. Ambillah semangat hijrah yang membawa perubahan dan sinarilah harapan rakyat dengan berpegang kepada janji yang diberikan.
Biarlah perjuangan menentang kebejatan rasuah dan salah guna kuasa menjadi tema perjuangan sebenar tahun hijrah ini yang diterjemah dengan sebenar-benar perbuatan.
Buat para hakim yang arif lagi bijaksana, biarlah tahun baharu Hijrah ini menjelmakan pintu kehakiman yang lebih ampuh dengan ketegasan dan kebenaran buat menjadi teduhan tempat rakyat mencari keadilan. Hakimilah mereka yang masih tegar dan hanyut melakukan rasuah dan salah guna kuasa agar menjadi teladan dan amaran keras kepada rakyat yang terus memerhati di luar sana.
Buat muslimin dan muslimat, semoga di tahun baharu Hijrah ini Allah SWT akan terus memberkati, melimpahkan rahmat dan hidayahNya buat kita semua, agar diberi kekuatan untuk membenci rasuah, kemampuan menyatakan tidak kepada rasuah dan seterusnya punyai keberanian untuk bangkit memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara Malaysia yang tercinta ini.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bangkit-perangi-rasuah-dan-salah-guna-kuasa-1.529436#ixzz4tgAQMMs6

Comments
Post a Comment