SPRM UCAP TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN MOHAMAD FUZI HARUN SEBAGAI KPN BAHARU



 



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli bin Ahmad mewakili seluruh warga kerja SPRM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuatkuasa semalam.

SPRM yakin dengan perlantikan Mohamad Fuzi ini, beliau mampu membawa perubahan dan pembaharuan ke arah menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang lebih cemerlang dan terulung di negara ini dan pada masa yang sama memastikan PDRM bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

SPRM juga percaya beliau akan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti.

Dengan perlantikan ini, SPRM turut yakin ia dapat memperkasakan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak yang telah sedia terjalin dalam usaha membanteras jenayah di negara ini.

Di samping itu, SPRM juga ingin menggesa dan menyatakan bahawa sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan secara serius melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota dan pegawai agensi-agensi penguatkuasa di Malaysia khususnya PDRM sebagai salah satu langkah penting bagi mengelakkan anggota dan pegawai agensi-agensi penguatkuasa terjerumus ke dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) 
PUTRAJAYA

5 SEPTEMBER 2017

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip