Posts

Showing posts from December, 2017

Buruh Indonesia didakwa rasuah polis

TAWAU: Seorang buruh kasar warga Indonesia, dihukum penjara dua hari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan selepas mengaku bersalah menawarkan suapan RM100 dan RM300 kepada polis marin, November lalu. Santos Samsul, 27, pemegang pasport negara itu didakwa mengikut Sekyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan rasuah kepada polis marin untuk melepaskan seorang rakannya ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Hakim Abu Bakar Manat memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 bagi setiap satu pertuduhan, dan penjara sebulan bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda berkenaan. Berdasarkan pertuduhan, Santos datang dari Tawau ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk membantu kawannya, Alvin Rudi, yang ditahan kerana dipercayai tidak memiliki dokumen pengenalan diri antara jam 12 tengah hari hingga jam 5.17 petang, pada 22 November lalu. Dia berjumpa pengadu dan

Tauke bot Vietnam dipenjara 6 bulan

KUALA TERENGGANU: Seorang tauke bot warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi suapan RM1,000 kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh, Nguyen Thanh Thai, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada seorang pegawai Maritim Malaysia, Kapten (M) Robert Teh Geok Chuan yang bertugas di KM PEKAN, Daerah Maritim 8, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang di dalam Zon Maritim Malaysia (ZMM), jam 8.50 pagi, pada 22 November lalu. Suapan itu sebagai dorongan untuk melepaskan bot nelayan bernombor pendaftaran KG 90658 TS daripada ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya

Rasuah: Pengurus syarikat dipenjara, denda

KUALA LUMPUR - Akibat merasuah pegawai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), seorang pengurus syarikat khidmat pengangkutan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheong Fook Seong, 57, selepas tertuduh mengaku bersalah memberi  suapan wang tunai RM3,000 kepada Pegawai Penguat Kuasa SWCorp Mohd Zaki Harry Susanto. Rasuah itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lori yang dipandu Said Abdullah milik Ngan Chooi Huah Enterprise kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 Disember lalu dan penjara 20 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.  Tertuduh membayar denda itu. Kesalahan itu dilakukan di pejabat Pegawai Penguat Kuasa KP48, Tingkat 4, SWCorp Wisma UOA Pantai, J

Rasuah RM300, didenda RM16,000

IPOH: Seorang pesara Jabatan Mineral dan Geosains Perak didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM300 ketika masih berkhidmat, kira-kira dua tahun lalu. Hakim S Indera Nehru turut memerintahkan tertuduh, R Thangavelu, dihukum penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Thangavelu, 61, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Geosains, didakwa menerima wang tunai RM300 daripada Mohamad Imran Abdullah yang diketahui mempunyai hubungan kerja rasminya. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di bilik pejabat Tingkat 1, Bangunan Makmal Kimiabumi, Bahagian Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains Perak di sini, pada jam 4.10 petang, 4 September 2015. Thangavelu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Ketika dihadapkan pertama kali ke mahkamah pada 10 Ogos lalu, dia mengaku tidak bersalah tetapi men

Bekas Timbalan Pengarah JANS didakwa ubah wang haram RM32 juta

KOTA KINABALU 13 Dis. - Selepas lebih setahun menjalankan siasatan terhadap skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), seorang lagi bekas timbalan pengarah jabatan itu diheret ke muka pengadilan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Teo Chee Keong, 52, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini merupakan suspek keempat yang didakwa selepas tiga lagi suspek turut menghadapi nasib yang sama sebelum ini. Chee Keong yang ditahan SPRM semalam mengaku tidak bersalah terhadap 146 tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM32 juta melalui penerimaan wang rasuah melibatkan projek JANS antara tahun 2005 dan 2016. Sebanyak 78 pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 iaitu ke­salahan memiliki 70 bidang ta­nah hasil aktiviti haram melalui 78 transaksi bernilai RM12,705,203. Sejumlah 68 pertuduhan pula di bawah Seksyen 4(1)(b) akta sama iaitu mel

Bekas kakitangan TM dipenjara, denda akibat rasuah

ALOR SETAR 18 Dis. - Seorang bekas pembantu pegawai teknik Telekom Malaysia Berhad (TM) dihukum penjara setahun dan denda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah, dua tahun lalu. Hakim Azman Abu Hassan memerintahkan hukuman penjara enam bulan yang dijatuhkan terhadap tertuduh, Sukri Mat, 49, bagi setiap pertuduhan berjalan secara serentak bermula hari ini. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh meminta suapan sebanyak RM20,000 daripada Badlishah Hamid, 47, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kira-kira pukul 11.04 pagi, 21 September 2015. Suapan tersebut adalah sebagai upah kepada tertuduh kerana telah memberikan anggaran sebut harga bagi kerja-kerja pengalihan kabel jenis tembaga dan fiber optik serta kerja  berkaitan kepada Badlishah selain sebagai dorongan untuk memperakukan kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Bagi kesalahan memi

Wanita dipenjara 6 tahun, denda RM1.075j

KUALA TERENGGANU 13 Dis. – Seorang pembantu tadbir Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dihukum penjara enam tahun dan denda RM1.075 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu terhadap tender pembekalan telur dan susu di HSNZ. Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz memutuskan demikian selepas tertuduh, Noormazida Mukhtar, 28, ibu kepada dua orang anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Noormazida turut berdepan hukuman penjara tambahan enam tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh kedua, Mohd. Fikri Izani yang juga suami Noormazida pula dibebaskan daripada sebarang pertuduhan selepas re­presentasi yang dikemukakan oleh peguamnya telah dibenarkan oleh Pejabat Peguam Negara pada 16 November lalu. Berdasarkan pertuduhan pertama hingga keempat, Noormazida didakwa mengemukakan dokumen tuntutan palsu berhubung pembekalan

SPRM KESAN AMIR FARHAN

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kini sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes rasuah yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 14 Disember ini serta 23 dan 24 Januari 2018. Individu tersebut, Amir Farhan Rashid, 26, bernombor kad pengenalan 910325-01-6581 mempunyai alamat terakhir di No 8, Jalan Harmoni 4/18, Desa Harmoni, 81100 Johor Bahru, Johor. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Penguasa, Huzairi Azmer Ramli di talian 07-2316000/ 6042. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 11 DISEMBER 2017

‘Sehati Sejiwa’ banteras gejala rasuah

HARI Anti Rasuah Antarabangsa 2017 yang disambut hari ini dimeriahkan dengan pelbagai program untuk mendekati dan mendidik masyarakat meme­rangi ge­jala rasuah. Sambutan bertemakan ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ yang berlangsung di tapak Fiesta Belon Udara Panas di Presint 2 Putrajaya itu adalah rentetan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2003 yang memilih tarikh 9 Di­sember sebagai Hari Anti Ra­suah Antarabangsa. Pengarah Bahagian Pendi­dikan Masyarakat Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Samat Kasah berkata, sinonim dengan hasrat untuk mendekati golongan muda, pada tahun ini pihaknya membuat kelainan untuk acara sambutan. “Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2017 dimeriahkan dengan acara larian dan kayuhan. Pelbagai akti­viti lain turut diterapkan seperti zumba, food truck; gerai pameran; cabutan bertuah dan juga nyanyian artis jemputan. “Aktiviti berkenaan sinonim dengan golongan muda. Di sam­ping mereka menyertai program-

SPRM KESAN 3 INDIVIDU BANTU SIASATAN

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah berasingan. Dalam kes pertama, SPRM KEDAH sedang mengesan Tan Hooi Sim, 47, pemegang kad pengenalan bernombor 700717-02-5449 yang beralamat di 26, Batu 5 1/2, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah. Manakala, individu kedua yang dikesan ialah Md Liton Azid Bepari , 40, memegang pasport bernombor BC0339074 dan mempunyai alamat terakhir di Ladang Ayam Lubok Getah, Pendang, Kedah. Sehubungan dengan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Tan Hooi Sim dan Md Liton Azid Bepari boleh menghubungi Pegawai SPRM, Hedzra Shahrul Ahmad di talian 012-5135290. Sementara itu, IBU PEJABAT SPRM pula sedang mengesan Michael Persius Ubu, 61, yang memegang kad pengenalan 561129-12-5235 serta mempunyai alamat terakhir di Lot 8-G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu. Orang ramai yang mengenali atau mempunyai

RM19.97 JUTA WANG SITAAN OPS JANS DILUCUTHAKAN, SERAH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Pada 4 Oktober 2016 yang lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan satu operasi yang melibatkan penyelewengan dana oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Pada fasa pertama operasi yang dilancarkan itu, pasukan penyiasat telah merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM53 juta daripada dua suspek yang ditahan. Sementara itu, pada fasa kedua pada Januari 2017 lalu, SPRM turut menahan seramai 35 Ketua Bahagian dan Daerah JANS bagi membantu siasatan penyelewengan dana infrastruktur jabatan tersebut. Susulan operasi fasa kedua itu, SPRM telah membuka 10 kertas siasatan dan telah menfailkan pelucuthakan wang rasuah yang disita berjumlah kira-kira RM21.78 juta di bawah Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 kepada Mahkamah Kota Kinabalu. Semalam, pada 7 Disember 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Nurcahaya Arshad telah mengeluarkan keputusan untuk

SPRM Janji Dakwa Pesalah Rasuah Tanpa Gentar

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad memberi jaminan bahawa setiap individu yang terlibat dalam rasuah akan didakwa di mahkamah, setiap minggu. "Saya akan memastikan seseorang akan didakwa di mahkamah dan mengenakan pendakwaan ke atas pesalah setiap minggu. SPRM begitu konsisten dalam hal ini. "Saya tidak kisah siapa yang didakwa. Saya mahu menggetarkan mereka yang terlibat dalam rasuah," katanya pada sesi dialog bersama Biro Kelab Umno Luar Negara sempena Sidang Kemuncak Pemerkasaan Milenia (MES) 2017 pada Isnin. Namun apa yang membimbangkan katanya, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan SPRM, 18 peratus daripada 1,000 pelajar universiti memberitahu, mereka akan menerima rasuah sekiranya ditawarkan. "Trend ini akan berubah mengikut peredaran masa dengan program yang dianjurkan SPRM, dan kita akan memastikan persepsi sedemikian berubah dalam kalangan generasi supaya memberi amalan rasuah,&q

SPRM siasat sektor swasta, korporat

KUALA LUMPUR: Kekurangan maklumat dan laporan salah guna kuasa serta rasuah daripada sektor swasta menyukarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan di sektor berkenaan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata pekerja sektor swasta perlu tampil memberi maklumat jika ada gejala berkenaan di tempat kerja mereka. "Walaupun penekanan kami kepada sektor awam, namun dasar SPRM turut menyiasat sektor swasta, korporat dan kerajaan negeri serta mana-mana laporan diterima akan diambil tindakan dan siasatan lanjut. "Begitu juga pemberi rasuah, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan," katanya kepada media selepas menjadi penceramah program Kemuncak Pengupayaan Generasi Muda (MES)  2017 anjuran Majlis Presiden Biro Pelajar Luar Negara (BPLN), di sini, hari ini. Program sehari sempena Perhimpunan Agung UMNO, mulai esok hingga Sabtu ini dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi tadi. Seramai 5

Tangani korupsi libatkan golongan muda

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Sidang Kemuncak Pemer­kasaan Generasi Baharu yang memberikan tumpuan kepada isu rasuah diyakini mampu membentuk generasi muda yang bebas daripada sebarang bentuk korupsi. Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, isu rasuah yang wujud sejak sekian lama diharap mampu ditangani pada masa hadapan sekiranya generasi muda menolaknya daripada peringkat awal. “Rasuah bukan perkara baharu tetapi sudah ada sejak dahulu lagi, cuma bagaimana cara ia dijelmakan, pada masa kini lebih mudah kerana zaman semakin canggih. “Tiada apa yang lebih bernilai daripada integriti dan tamadun negara akan terus diangkat sekiranya mempunyai integriti tinggi,” katanya ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Pemerkasaan Generasi Baharu di sini hari ini. Dalam majlis tersebut, Ke­tua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menjadi salah seorang panel dengan membawakan tajuk Sesi Rasional Memerangi Rasuah. Ketua Per

Keyakinan terhadap SPRM melonjak

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap agensi antirasuah itu semakin melonjak, hasil usaha­nya melaksanakan pelbagai inisiatif dan kempen membanteras rasuah. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, sejak beliau dilantik mengetuai suruhanjaya itu, SPRM amat menekankan operasi secara agresif dalam menguatkuasakan undang-undang banteras rasuah, termasuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau darjat individu yang melakukan rasuah. Katanya, boleh dikatakan se­tiap minggu akan ada individu yang ditahan atau didakwa atas perbuatan rasuah dan salah guna kuasa. Malah katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membiarkan SPRM berfungsi tanpa sebarang kongkongan dengan mengarah atau menghalang tindakan diambil terhadap mana-mana individu. “Saya lihat keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada SPRM telah berubah dan me­ngalami lonjakan. “SP

Perbezaan pendapat bukan halangan banteras rasuah

KUALA LUMPUR: Sokongan semua pihak tanpa mengira perbezaan pendapat, latar belakang dan fahaman politik perlu digembleng untuk membebaskan negara daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa. Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata perjuangan menentang rasuah tidak mengenal masa dan tempat serta memerlukan kerjasama tidak berbelah bahagi daripada semua pihak termasuk golongan belia di negara ini. "Jika kita ingin berjaya dalam usaha memerangi rasuah, kita perlu melaksanakan pembanterasan di semua peringkat dan platform. "Kita perlu menjadi negara yang paling lantang bersuara menentang dan bebas rasuah," katanya berucap merasmikan wacana Kemuncak Pengupayaan Generasi Muda (MES) anjuran Biro Pelajar Luar Negara (BPLN), hari ini. Program sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, mulai esok hingga Sabtu ini, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas-tug

Kedudukan ke - 55 sekadar persepsi

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Kedudukan Malaysia yang ke - 55 dalam indeks rasuah berbanding lebih 170 buah negara boleh dipersoalkan. Luqman Sufyan Junaidi seorang mahasiswa dari Universiti Queen Mary, London melahirkan kembimbangannya terhadap kedudukan Malaysia pada tangga tersebut yang disifatkannya sebagai tinggi.
 Lontaran soalan itu dijawab oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam sesi dialog berkaitan Rasional Memerangi Rasuah.
 Beliau berkata, indeks tersebut merupakan rekod yang berakhir pada Ogos 2016 yang dilakukan oleh agensi luar negara dan bukannya persepsi rakyat Malaysia.
 “Indeks tersebut tidak mencerminkan persepsi rakyat Malaysia kerana ia dilakukan oleh lapan agensi berasingan yang melakukan survey terhadap kumpulan individu yang tidak dinyatakan latar belakangnya.
 “Malah tiada siapa dalam dewan ini sedar berapa ramai responden yang diambil untuk menjawab survey tersebut.
 “Walau bagaimanapun, terdapat tiga per