Shukri, Mustafar buka puasa bersama staf SPRM

PUTRAJAYA -  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bersama lebih 600 tetamu hadir pada Majlis Iftar Ramadan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya malam ini.

Ia merupakan majlis iftar yang julung kali dihadiri oleh beliau bersama pegawai kanan dan pegawai SPRM tahun ini.

Majlis dimulakan dengan takzirah Ramadan diikuti doa selamat dan penyampaian bantuan hari raya kepada pelajar Maahad Tahfiz Al Furqan, Dengkil.

Majlis turut disertai Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Datuk Seri Zakaria Jaffar dan pesara-pesara SPRM.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/shukri-mustafar-buka-puasa-bersama-staf-sprm-1.840784

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip