SPRM perlu jadi badan bebas- G25
KUALA LUMPUR: Kumpulan bekas penjawat awam, G25 menyarankan kerajaan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi badan bebas tanpa dikawal mana-mana pihak bagi memastikan agensi itu dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.
Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, berkata selain SPRM, Parlimen, badan kehakiman dan agensi penguatkuasaan awam lain juga seharusnya diberi lebih kebebasan melaksanakan tugas masing-masing.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan agensi yang mempunyai kaitan dengan orang awam itu dapat melaksanakan tugas tanpa dipengaruhi pihak tertentu.
"SPRM contohnya, perlu diberi lebih kebebasan tanpa sebarang campur tangan termasuk politik kerana jika ketuanya ditekan, kepada siapa beliau boleh mengadu.
"Justeru, G25 menyarankan SPRM bebas daripada kawalan mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri dan melaporkan terus kepada suruhanjaya yang kemudian akan melaporkan kepada Parlimen.
"Ia penting bagi memastikan ada 'check and balance' selain mengelak penyalahgunaan kuasa," katanya kepada media selepas menghadiri taklimat bersama Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan di sini, hari ini.
Hadir sama, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin.
Mohd Sheriff berkata, dalam pertemuan itu, pihaknya turut menerangkan beberapa syor hasil laporan disediakan sebelum ini berkenaan perubahan institusi seperti Parlimen, kehakiman dan perkhidmatan awam.
"Nampaknya pihak majlis nampak bersetuju dengan apa yang kami bentangkan dan diharapkan perkara ini diberikan perhatian serius daripada jawatankuasa berkenaan," katanya.
Sementara itu, Noor Farida berkata, pihaknya juga mencadangkan peranan Jabatan Kebajikan Islam (JAKIM) dikaji semula.
Selain itu, beliau berkata, G25 turut menyokong cadangan Biro Tata Negara (BTN) dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dibubarkan.
"BTN misalnya mendorong ke arah pemikiran ekstremis pelajar dan untuk 'brainwash' mereka.
"Mereka (BTN) juga mempromosikan kebencian dan semangat perkauman, semua itu tidak boleh diterima oleh negara Malaysia baharu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/432402/sprm-perlu-jadi-badan-bebas-g25

Comments
Post a Comment