Posts

SPRM, SPR, Audit Negara kini di bawah Parlimen

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Audit Negara adalah antara sembilan agensi kerajaan yang menjadi badan bebas dan melapor langsung kepada Parlimen. "Ia sebahagian daripada rombakan besar-besaran Jabatan Perdana Menteri (JPM)," lapor media tempatan. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga akan menjadi badan bebas kerajaan yang tidak tertakhluk di bawah JPM, lapor The Star. Laporan itu memetik surat kepada Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang meluluskan pemansuhan 10 jabatan dan agensi termasuklah 19 jabatan yang lebih kecil atau pejabat di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO). Ini termasuklah penggabungan lima agensi dan rombakan semula 40 buah agensi kerajaan, kata laporan itu lagi. Antara jawatan yang dimansuhkan ialah wakil khas negara ke India yang dijawat...

Penolong Jurutera JKR didakwa rasuah

JOHOR BAHRU 2 Julai - Seorang penolong jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah telefon bimbit dan wang tunai daripada seorang kontraktor dua tahun lalu. Tertuduh, Zainuddin Ibrahim, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Bagi pertuduhan pertama, Zainuddin sebagai Penolong Jurutera (JA29) di JKR Daerah Kulai didakwa menerima untuk dirinya sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy S7 Edge dengan tiada balasan daripada seorang kontraktor. Bagi pertuduhan kedua, Zainuddin didakwa menerima wang tunai RM1,400 juga daripada kontraktor yang sama. Zainuddin didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Jalan Pintas Seelong-Ulu Tebrau, Kulaijaya pada kira-kira pukul 1 tengahari 17 April dan Mei 2016. Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kes...

PEMBEKUAN AKAUN-AKAUN BANK BERKAITAN SIASATAN 1MDB

Image
Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB. Turut dibekukan ialah akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes ini. Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang yang ditetapkan. Sehubungan  itu, semua pihak diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan proses siasatan tersebut serta tidak membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes berkenaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan proses siasatan. PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB 1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL 2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED 3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL 4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR PUTRAJAYA 29 JUN 2018

Pengisytiharan harta bukti ketelusan kepimpinan kerajaan

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) - Arahan pengisytiharan harta ke atas semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai petunjuk ketelusan kepimpinan kerajaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata langkah itu juga penting bagi memastikan anggota politik tidak terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. “Sebenarnya, cadangan untuk pengisytiharan harta telah kita suarakan sebelum ini dan akan kita bentangkan kepada kerajaan dalam waktu terdekat* bila kerajaan baharu nak laksanakan (isytihar harta) memang kita sambut baik. “Mekanismenya (pengisytiharan harta) akan diputuskan kerajaan dan pada peringkat kita (SPRM), akan adakan pembentangan dalam masa terdekat berhubung pengisytiharan harta oleh ahli politik,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Chan...

AUSTRALIA WELCOMES ENGAGEMENT WITH MACC

Image
The Australian High Commissioner, Andrew Goledzinowski called on the MACC Chief Commissioner, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull during an official visit to MACC headquarters in Putrajaya yesterday to discuss bilateral cooperation and engagement. Australia and Malaysia have a long history of operational cooperation, and MACC welcomed Australia’s offer to share its experiences and practices of reforming public offices and institutions following misconduct. Shukri advised the High Commissioner that MACC investigations to date had not revealed any Australian connections with respect to the 1MDB case. The High Commissioner assured MACC that if anything was discovered that indicated possible Australian involvement, the High Commission would be open to receiving a referral from MACC or the Royal Malaysian Police. Goledzinowski was accompanied by Deputy High Commissioner, Michael Growder, Australian Federal Police Acting Senior Liaison Officer, Sally Macdonald¸ DFAT Assistant Secretary J...

AUSTRALIA MENGALU-ALUKAN KERJASAMA DENGAN SPRM

Image
Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski telah mengalu-alukan kerjasama dua hala bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbincangan yang diadakan semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull di ibu pejabat SPRM, Putrajaya semalam. Australia dan Malaysia mempunyai sejarah jalinan kerjasama yang erat dan dalam pertemuan itu juga,  SPRM mengalu-alukan saranan Australia untuk berkongsi pengalaman serta amalan dalam membaik pulih agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa. Shukri juga telah memaklumkan kepada Goledzinowski bahawa siasatan 1MDB SPRM setakat ini tidak mendedahkan penglibatan Australia dalam skandal tersebut. Andrew juga telah memberi jaminan sekiranya siasatan mendapati penglibatan Australia dalam kes 1MDB, Suruhanjaya Tinggi Australia sedia memberi kerjasama kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia. Andrew turut diiringi oleh timbalan beliau, Mic...

Tekong Vietnam dituduh rasuah minta dibicara

KUALA TERENGGANU: Dua tekong bot warga Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan bernilai RM1,000 dan RM950 kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Tertuduh, Tran Van Kiet, 47, dan Tran Van Toan, 42, mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Jamaludin Mat. Mengikut pertuduhan, Van Kiet didakwa memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Dya (M) Mohd Shahril Samsudin di 77 batu nautika dari Kuala Terengganu, jam 8 pagi pada 19 Mei lalu. Suapan itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana melakukan aktiviti menangkap ikan atau cuba menangkap ikan di perairan Malaysia yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985. Sementara itu, Van Toan pula dida...