Posts

SPRM KESAN SAKSI BANTU SIASATAN 1MDB

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Britain bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  Lelaki tersebut, Paul Geoffrey Stadlen, 39, mempunyai alamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Paul Stadlen diminta menghubungi Penguasa Kanan Zuhaila Arip di talian 03-8870 0364 atau emel ke zuhaila@sprm.gov.my atau menghubungi Penguasa Fahmee Mohd. Nor di talian 03-8870 0419 atau emel ke mohdfahmee@sprm.gov.my.  SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA  1 NOVEMBER 2018

SPRM DAPAT IZIN DAKWA NAJIB, IRWAN SERIGAR DAN HASANAH

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah di mahkamah esok. Kedua-duanya akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia. Mohd. Najib dan Mohd. Irwan Serigar akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2018, jam 7.30 pagi untuk pertuduhan tersebut. Mereka juga telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 2 petang ini bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut. Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM turut mendapat izin mendakwa terhadap bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung isu pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia....

SPRM KESAN TIGA SAKSI BANTU PERBICARAAN DAN SIASATAN

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga saksi bagi membantu perbicaraan dan siasatan kes SPRM. Di Johor, individu pertama yang dikesan ialah Tee Wee Sing, 41, dan mempunyai dua alamat di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, 83000 Batu Pahat, Johor dan No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor. Manakala individu kedua yang dikesan ialah Ho Kok Seng, 40, dan mempunyai tiga alamat di No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor, No. 16, Jalan 2, Taman Mutiara, Jalan Kluang, Johor dan No. 98, S/S2, Taman Sri Senggarang 11, 83200 Senggarang, Johor. Kedua-dua lelaki tersebut dikehendaki untuk membantu perbicaraan kes SPRM. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wee Sing dan Kok Seng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel ke roazfaniza@sprm.gov.my. Sementara itu, di Sabah, seora...

SPRM BERTERUSAN TANGANI ISU RASUAH AKIBATKAN PENCEROBOHAN TANAH

Image
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan kononnya kegiatan rasuah semakin berleluasa hingga mengakibat pencerobohan tanah dan penerokaan kebun haram di Cameron Highlands terus berulang seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam. Dalam hal berkaitan, SPRM berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang di tanah tinggi itu segera mengambil tindakan sepertimana keputusan Pasukan Petugas Khas Op Gading yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.  Kejadian penerokaan kebun haram yang berulang tidak sepatutnya timbul dan SPRM memandang serius sekiranya perkara itu ada kaitan dengan isu rasuah atau salah guna kuasa. Tindakan undang-undang akan diambil di bawah bidang kuasa suruhanjaya ini bagi menangani isu rasuah tersebut. Berdasarkan statistik, sejak 2015 sehingga kini, SPRM telah membuat tangkapan terhadap 23 individu dan mendapat izin mendakw...

Zahid hadapi 45 pertuduhan, diikat jamin RM2 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan ikat jamin RM2 juta ke atas bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 45 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah. Zahid yang kelihatan letih selepas ditahan semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengambil masa 55 minit untuk berdiri mendengar semua pertuduhan itu dibacakan kepadanya. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan pecah amanah dengan jumlah tertinggi RM17 juta, di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta 8 lagi pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri. Baki 27 pertuduhan lagi berkaitan pengubahan wang haram yang berjumlah RM72 juta, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Pertuduhan rasuah itu termasuk dakwaan peranannya dalam perkhidmatan penyumberan luar Kementerian D...

Kronologi siasatan dan pendakwaan terhadap Zahid Hamidi melibatkan dana yayasan

BERIKUT merupakan kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membawa kepada pendakwaan terhadap salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan sebuah yayasan: 2 Julai: Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 3 Julai: Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi. 10 Okt: Ahmad Zahid memberi keterangan kali kedua kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi. Anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah memberi keterangan kepada SPRM juga dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi. 11 Okt: Ahmad Zahid memberi keterangan kali ketiga kepada SPRM bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi. Menantu Ahmad Zahid Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Bu...

AHMAD ZAHID DITAHAN UNTUK PENDAKWAAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Susulan itu, Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 18 OKTOBER 2018