Posts

SPRM KESAN LELAKI BANTU LENGKAPKAN SIASATAN

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu melengkapkan siasatan kes SPRM. Lelaki tersebut, Ahmad Razini Md. Rais, 39, mempunyai alamat terakhir di 26, Jalan Jelita, Taman Suliana, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penguasa Nordinansah Kasim di talian 019-589 5919 atau e-mel kepada nordinansah@sprm.gov.my. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA  30 NOVEMBER 2018

SPRM KESAN LELAKI BANTU LENGKAPKAN SIASATAN

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu melengkapkan siasatan kes SPRM. Lelaki tersebut, Kamarul Ramizu Idris, 51, mempunyai alamat terakhir di No. 75, Lorong 7, Taman Suria, 34000 Taiping, Perak. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penguasa Md. Muiz Md. Ali di talian 012-4166937 atau Penolong Penguasa Muhammad Faiz Murad di talian 019-4480625. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA  22 NOVEMBER 2018

MACC GIVEN CONSENT TO PROSECUTE FOUR INDIVIDUALS

Image
The Attorney-General's Chambers (AGC) has given consent to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to prosecute the former Prime Minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor and his former special officer Datuk Rizal Mansor. Both will be charged jointly on several cases at the Kuala Lumpur Sessions Court at 2.30pm tomorrow regarding solar power supply and installation projects in schools in Sarawak. Rosmah was also called to the MACC Headquarters in Putrajaya at 12pm today in order to complete the final process of the investigation and prosecution. Meanwhile, in a separate case, MACC has also been given consent to prosecute former Federal Territories Minister, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, related to the sale of the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) land. He was arrested at MACC headquarters in Putrajaya around 3.25pm today. He is expected to be charged jointly with a businessman, Datuk Tan Eng Boon at the Kuala Lumpur Sessions Court at 2.30pm tomorrow. MAL...

SPRM DAPAT IZIN DAKWA EMPAT INDIVIDU

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Rizal Mansor di mahkamah esok. Kedua-duanya akan dituduh berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak pada 15 November 2018, jam 2.30 petang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Rosmah juga telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 12.00 tengah hari ini bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut. Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM telah menahan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung siasatan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada jam 3.25 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini. Tengku Adnan akan dituduh bersama seorang ahli perni...

MACC SUBMITTED THE FULL INVESTIGATION PAPER ON TSMA IN 2012 TO AGC

Image
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) would like to clarify news reports quoting Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad, demanding the Commission to explain, as to why the former Sabah Chief Minister, Tan Sri Musa Aman was not charged previously. The Commission had already conducted its investigations into Tan Sri Musa, after which the investigation paper on the accused was submitted to the Attorney General’s Chambers (AGC) on July 2012 for further action. However, the AGC then, decided not to pursue with any charges as they were of the view that the investigation was related to political donation.  At that particular time, it was the policy of the AGC not charging any cases related to political donation. However, the MACC reviewed the investigation paper against Tan Sri Musa few months ago, upon receiving new information with regards to the case. MACC had resubmitted the Investigation Paper to the AGC to be reviewed. The Attorney General then decided to ch...

KES MUSA AMAN: KERTAS SIASATAN DISERAHKAN KE PEJABAT PEGUAM NEGARA PADA 2012

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyatakan berkaitan laporan berita yang memetik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta SPRM menjelaskan sebab bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak dituduh sebelum ini. SPRM telah menjalankan siasatan terhadap Musa dan kertas siasatan tersebut diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Julai 2012 untuk tindakan selanjutnya. Walaubagaimanapun, Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan memandangkan kerana siasatan tertumpu kepada sumbangan politik. Dasar Pejabat Peguam Negara pada ketika itu telah menetapkan untuk tidak menuduh kes yang melibatkan sumbangan politik. Bagaimanapun, SPRM telah mengkaji semula kertas siasatan terhadap Musa beberapa bulan lalu setelah memperoleh maklumat baharu berhubung kes tersebut. SPRM telah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dikaji semula. Peguam Negara kemudiannya memutuskan bahaw...

Bekas pengurus mengaku tidak bersalah terima suapan RM270,000

SHAH ALAM: Bekas pengurus sebuah syarikat pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM270,000 bagi kerja-kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), enam tahun lalu. Tertuduh, Affendi Bahrom, 44, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas semua kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mengikut semua pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai Pengarah Syarikat Maxwell Accent JV Sdn Bhd didakwa menerima suapan berjumlah RM270,000 melalui empat transaksi menerusi cek daripada seorang pengarah syarikat Malim Resources. Kesalahan itu didakwa dilakukan di RHB Bank Berhad, Kelana Jaya dan Maybank Berhad, TTDI Jaya, di sini, secara berperingkat-peringkat pada bulan Mei, Jun, Ogos dan Oktober 2012 lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum bawah Seksyen 2...