Posts

SPRM DAPAT IZIN DAKWA MOKTAR DAN ISTERI

Image
EDARAN SEGERA KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei 2019. Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. SPRM telah menahan Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan FELCRA. Kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA  1 MEI 2019

Bodek-membodek patut dijadikan sebahagian daripada jenayah rasuah

PIHAK kerajaan khususnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan baru-baru ini boleh memberi pertimbangan untuk mengkaji dengan terperinci serta memberi pertimbangan untuk jadikan amalan bodek-membodek bagi mendapatkan sesuatu sebagai sebahagian daripada jenayah rasuah dan boleh didakwa dibawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan rasuah yang ada dalam negara kita. Mengikut fahaman tradisi atau konvensional yang ada pada masa kini mengenai maksud jenayah rasuah, rasuah bermaksud penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Masalah sekarang suapan di sini selalunya difahami oleh orang ramai sebagai perkara yang melibatkan pertukaran wang atau benda-benda yang berharga, nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar bagi mendapatkan sesua...

Jihad SPRM buru pelaku rasuah

HAIRAN, hairan, hairan. Bukannya apa. Penulis hairan bagaimana rumah urut boleh beroperasi dengan sewenang-wenangnya tanpa takut dengan tindakan pihak berkuasa. Rupa-rupanya tauke sogok `orang dalam'. Berhubung isu rumah urut itu, setakat hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan beberapa individu yang sebahagiannya penjawat awam. Mereka dikatakan menerima bayaran bulanan sebanyak minimum RM1,000 dan ada yang menerima sogokan lebih daripada itu. Itulah yang berlaku sehingga SPRM terpaksa melakukan risikan dan penyamaran melalui operasi khas selama tiga bulan untuk memberkas dalang-dalang yang melindungi rumah urut berkenaan. Apapun sekalung tahniah diucapkan kepada SPRM atas kesungguhannya membanteras gejala rasuah melibatkan perbuatan melindungi rumah-rumah urut tersebut. Terbaharu, dua orang penjawat awam didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan meminta dan menerima suapan berhubung kegiatan rumah urut. Apa yang penulis ingin katakan di sini, i...

SPRM DAPAT IZIN DAKWA ROSMAH

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi esok. Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009. SPRM telah menahan Rosmah pada pukul 1.45 petang selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar pada pukul 1.40 petang. Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 9 APRIL 2019

Didakwa minta suapan palsukan sijil diploma

EKSEKUTIF jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tuduhan meminta suapan wang tunai RM3,500 sebagai upah mendapatkan sijil diploma bagi universiti swasta tanpa mengikut prosedur pembelajaran yang betul. Tertuduh, Vijayakumar, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad. Lelaki itu didakwa secara rasuah meminta untuk dirinya daripada Muhamad Amir Safwan Rusli, suatu suapan wang tunai sebanyak RM3,500 sebagai upah mendapatkan sijil Diploma in Business Administration daripada universiti itu atas nama Mohd Amirul Hakim Rusdi tanpa mengikut prosedur pembelajaran yang betul. Kesalahan itu didakwa dilakukan di restoran makanan segera di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara di sini pada jam 2.40 petang, 18 Januari 2018, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama ya...

SPRM KESAN LELAKI BANTU SIASATAN

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM. Lelaki tersebut, Jarid @ Jerid Bin Jiral, 45, memegang kad pengenalan bernombor 740329-12-5575 (H0895792) dikesan mempunyai alamat terakhir di No. 204, Blok 48, Pangsapuri Nilam Sari, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa, Muhamad Jais Sulaiman di talian 03-33715080 atau 016-8024814. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA  5 APRIL 2019

Najib guna dana SRC International untuk belanja di Hawaii, ubah suai rumah - Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa raya akan cuba membuktikan bahawa sebahagian daripada sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, telah digunakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan peribadi, kata Peguam Negara Tommy Thomas. Sewaktu membacakan ucapan pembukaan pendakwaan di bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah 3 hari ini, Thomas berkata, bukti pendakwaan akan menunjukkan Najib telah mengeluarkan sejumlah 15 cek dari akaun peribadi beliau bernilai RM10,776,514.00. Selain itu, turut cuba dibuktikan ialah perbelanjaan sejumlah USD130,625 melalui kad kredit Najib di butik Chanel di Honolulu, Hawaii, serta penggunaan sejumlah cek untuk kerja-kerja pengubahsuaian kediaman peribadi beliau di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, di Pekan, Pahang. Selain itu, beberapa cek juga didakwa dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu untuk parti-parti komponen di bawah Barisan Nasional. “Beban pendakwaan kini terletak di atas pasukan pendakwaraya untuk memb...