Posts

Showing posts from September, 2016

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SPRM BERI TEMPOH SEMINGGU SERAH KENDERAAN PENDAFTARAN PALSU

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh seminggu kepada semua pemilik 46 buah kenderaan yang disyaki dibeli daripada sindiket kereta klon untuk diserahkan kepada SPRM. Kenderaan-kenderaan mewah tersebut dikenal pasti oleh SPRM ekoran penahanan empat suspek yang mendalangi sindiket pemalsuan pendaftaran kenderaan yang diseludup dari negara jiran menerusi Op Piang yang dijalankan oleh SPRM Kedah dengan kerjasama Bahagian Perisikan SPRM Ibu Pejabat Putrajaya. Satu notis akan dikeluarkan kepada setiap pemilik berkenaan mengikut Seksyen 48 (e) Akta SPRM 2009 dan jika ingkar,  pihak SPRM akan bertindak mencari dan menyita kenderaan tersebut. Pemilik boleh didakwa mengikut Seksyen 69 Akta yang sama yang mana jika disabitkan kesalahan membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Kesemua 46 kenderaaan tersebut merupakan antara 67 kenderaan mewah pelbagai model yang dikesan SPRM, daripada jumlah itu SPRM

Sindiket kereta klon: Empat termasuk kerani JPJ direman tujuh hari

ALOR SETAR - Empat individu termasuk seorang kerani wanita bahagian pendaftaran kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan sindiket kereta klon dari Singapura. Majistret Dalilah Ismail membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan reman bermula hari ini sehingga 27 September ini. Pasangan suami isteri itu dibawa ke mahkamah pada pukul 10.05 pagi manakala dua suspek lagi tiba kira-kira 40 minit kemudian. Suspek berusia 31 tahun yang bertugas sebagai kerani di bahagian pendaftaran kenderaan JPJ negeri ini ditahan di pejabatnya sebelum dibawa ke bangunan SPRM kira-kira pukul 9.15 pagi semalam. Suaminya yang merupakan seorang ejen kereta lusuh dari Singa­pura berumur 36 tahun pula ditahan di rumah mereka di Kulim. Difahamkan, suspek disiasat kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket kereta klon yang turut dianggotai s

Kerani JPJ, suami antara 3 diberkas

ALOR SETAR 20 Sept. - Kegiatan licik seorang wa­nita yang mengaut keuntungan dengan menyalahgunakan sistem pendaftaran dokumen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbongkar apabila dia dan suaminya diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Suspek berusia 31 tahun yang bertugas sebagai kerani di bahagian pendaftaran kenderaan JPJ negeri ini ditahan di pejabatnya sebelum dibawa ke bangunan SPRM kira-kira pukul 9.15 pagi. Suaminya yang merupakan seorang ejen kereta lusuh dari Singa­pura berumur 36 tahun pula ditahan di rumah mereka di Kulim. Difahamkan, suspek disiasat kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket kereta klon yang turut dianggotai suaminya untuk mengubah status lebih 100 ken­deraan mewah yang telah dilupuskan di Singapura agar boleh dijual dengan harga terpakai di negara ini. Suspek dikatakan meneri­ma komisen RM2,000 hingga RM5,000 bagi setiap kenderaan yang dijual. Sementara itu, siasatan lanjut yang dijalankan terhadap kedua-

SPRM, DBKL tubuh pasukan khas

KUALA LUMPUR 10 Sept.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas bagi meneliti secara khusus isu kelemahan sistem dan prosedur bagi tujuan penambahbaikan dalam usaha memantapkan proses kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut. SPRM dalam kenyataan hari ini berkata pasukan itu ditubuhkan bagi menutup ruang dan peluang daripada berlakunya ketidakpatuhan dalam pelaksanaan projek-projek di DBKL dengan meneliti punca-punca kelemahan yang wujud dan memperakukan cadangan serta nasihat bagi mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasinya. Pasukan Petugas Khas yang diketuai Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki itu turut dianggotai pegawai-pegawai daripada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Bahagian Siasatan SPRM dan Jabatan Integriti DBKL. "Pembentukan pasukan tersebut merupakan satu usahasama yang diambil selepas beberapa pegawai kerajaan disiasat baru-baru in

2 kakitangan Bank Rakyat ditahan SPRM

KOTA KINABALU 15 Sept. – Dua lagi kakitangan Bank Rakyat ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen bagi meluluskan pinjaman kewangan dan meminta wang habuan daripada mangsa. Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, kedua-dua suspek yang berumur 25 dan 29 tahun itu ditahan selepas disyaki terlibat memalsukan dokumen perjanjian pembelian rumah, ken­deraan dan penyata bank bagi membolehkan pelanggan mendapatkan pinjaman peribadi daripada Bank Rakyat. Katanya, kedua-dua mereka bekerja di Bank Rakyat cawangan Kota Kinabalu dan suspek yang berumur 25 tahun ditahan pada pukul 2 petang Rabu lalu manakala suspek kedua ditangkap pada pukul 12.45 petang semalam. “Suspek pertama direman selama tujuh hari bermula semalam manakala suspek kedua direman tujuh hari bermula hari ini. “Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan,” katanya dalam ke­nyataa

Lagi siri operasi SPRM tahan kakitangan awam terlibat rasuah dalam waktu terdekat

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siri operasi di beberapa buah negeri bagi menahan kakitangan sektor awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya memandang serius gejala rasuah khususnya dalam agensi kerajaan dan akan terus menggunakan segala keupayaan serta kekuatan yang ada bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Menurut beliau, SPRM dijangka akan memanggil dan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan terlibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam masa terdekat. - BERNAMA - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lagi-siri-operasi-sprm-tahan-kakitangan-awam-terlibat-rasuah-dalam-waktu-terdekat-1.384815#sthash.hq6jKIQU.dpuf

Bekas pengurus besar agensi kerajaan gubah wang haram

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pengurus besar sebuah agensi kerajaan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram melibatkan kira-kira RM9 juta. Menurut sumber, ia susulan daripada siasatan sebelum ini yang mana suspek pernah disiasat selepas SPRM menerima maklumat daripada orang awam pada tahun 2014. "SPRM mendapati wujudnya unsur rasuah yang menjurus kepada pengubahan wang haram melibatkan lebih kurang RM9 juta setelah menjalankan siasatan secara berterusan dan terperinci. "Berdasarkan hasil siasatan, suspek dipercayai telah meluluskan pembayaran tersebut kepada sebuah syarikat kelapa sawit kononnya sebagai pampasan selepas kerajaan negeri meluluskan tanah tersebut kepada sebuah agensi kerajaan untuk tujuan pembangunan komersial," katanya kepada Bernama hari ini. Menurut sumber itu, selepas kerajaan negeri Sabah meluluskan tanah tersebut kepada agensi kerajaan berkenaan, pemil

Kakitangan JPN didakwa godam sistem kerajaan

MELAKA TENGAH - Seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan dan menggodam sistem maklumat jabatan berkenaan, tahun lalu. Tertuduh, Ahmad Zakri Raman, 30, yang juga Pembantu Pendaftaran Gred KP17 bagaimanapun mengaku tidak bersalah 12 pertuduhan didakwa ke atasnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh. Berdasarkan pertuduhan satu hingga enam, Ahmad Zakri didakwa menerima suapan berjumlah RM24,000 daripada dua individu bagi pihak Mohd Daud Ladja, Jamil Ismail, Noratsa Appai, Indah Tining Kiusang, Adnan Rajak dan Joenel Isnihal. Kesalahan dibawah Seksyen 161 Kanun Keseksaan yang meperuntukkan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali itu didakwa di lakukannya di kawasan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah pada 11 April dan 13 Jun tahun lalu. Bagi pertuduhan tujuh hingga 12, tertuduh pula didakwa

Operasi Tahan Kakitangan Awam Terlibat Rasuah Dalam Masa Terdekat - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siri operasi di beberapa buah negeri bagi menahan kakitangan sektor awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya memandang serius gejala rasuah khususnya dalam agensi kerajaan dan akan terus menggunakan segala keupayaan serta kekuatan yang ada bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Menurut beliau, SPRM dijangka akan memanggil dan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan terlibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam masa terdekat. "Mereka yang akan dipanggil terdiri daripada pegawai badan awam dan syarikat milik kerajaan (GLC). SPRM akan menangkap individu-individu ini yang terlibat tidak kira 'jerung' atau 'ikan bilis' kerana perbuatan sedemikian. "SPRM sedaya upaya cuba membersihkan perkhidmatan awam termasuk GLC daripada gejala ini dan usaha digemblengkan untuk menges

Dua Didakwa Pecah Amanah Hampir RM9 Juta

KOTA KINABALU:  Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan pemilik sebuah syarikat kelapa sawit masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah (CBT) dan bersubahat melakukan pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM8,999,999.30. Bekas Pengurus Besar SLDB George@Juaari Majid, 63, dituduh meluluskan wang sejumlah itu melalui empat transaksi kepada seorang pemilik syarikat kelapa sawit, How Kim San, 55, tanpa pengetahuan dan kelulusan Anggota Lembaga Pengarah SLDB serta Menteri Kewangan Sabah. George mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. Dia dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. How juga mengaku tidak bersalah selepas dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana bersubahat bersama George melakukan kesalahan pecah amanah itu. Bagi pertuduha

Rentetan Isu Rasuah Sangat Malukan Melayu

BANYAK yang mendukacitakan kita sebagai Melayu apabila bercakap soal rasuah. Melayu memimpin negara sejak merdeka; meneruskan kesinambangan status quo Melayu sebagai bangsa yang memimpin kebangkitan perjuangan kemerdekaan dan agenda mengisi pembangunan sahsiah kemerdekaan. Bangsa Malaysia adalah berteraskan aspirasi Melayu sebagai bangsa utama dalam pembentukkan negara bangsa. Ini terbukti melalui penguasaan Umno sebagai parti majoriti yang menguasai kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menguasai pilihanraya sejak 1955. Apabila kes-kes rasuah terkini membabitkan nama-nama Melayu yang mewakili institusi perbankan berkaitan kerajaan Bank Rakyat, syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan peneraju pentadbiran ibu negara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita terkedu. Wajah-wajah peneraju korporat dan senarai nama pengurusan tinggi yang menjalankan amanah pentadbiran kerajaan yang ditahan dan dituduh di mahkamah dengan pembabitan rasuah, ia meletakkan imej Melayu dita

Lapan ditahan SPRM Sabah kes palsukan dokumen pinjaman

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu, tujuh daripadanya kakitangan sebuah bank kerana disyaki terbabit dalam sindiket memalsukan dokumen pinjaman di institusi kewangan itu. Penahanan lapan individu berusia 25 hingga 29 tahun terbabit dibuat menerusi 'Ops Money' oleh sepasukan pegawai SPRM Sabah hasil risikan sejak beberapa minggu lalu. Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang penjawat awam berusia 33 tahun pada 2 September lalu berhubung dua pegawai bank berkenaan meminta RM7,000. Katanya, ia sebagai balasan kerana membantu mengurus permohonan pinjaman peribadi pengadu dan wang tunai terbabit diminta diserahkan apabila pinjaman telah dimasukkan ke akaun pengadu. "Berikutan itu, SPRM menjalankan operasi dan tiga lelaki termasuk seorang bekas pegawai bank berkenaan ditahan di sebuah restoran di pusat beli-belah 1Borneo di sini pada malam Selasa lalu.

MACC investigating Perda

GEORGE TOWN:  Investigations of the Penang Regional Development Authority (Perda) allegedly selling land under the market value are being conducted by the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) headquarters in Putrajaya. Penang MACC director Datuk Abdul Aziz Aban said the probe was in the hands of the central office after a report on the matter was lodged in April this year. "The investigation is opened and conducted by MACC headquarters," he said in a brief text message to theSun when asked about the progress of the probe. The matter came to light in March this year after Chief Minister Lim Guan Eng shared documents of the deal with the media. The documents purportedly shows Perda selling the Tok Keramat land for about RM1.43 million although the Inland Revenue Board (IRB) valued the total plots at some RM16.636 million. Perda chairman and Tasek Gelugor MP Datuk Shahbudin Yahaya defended the transaction as the land was sold on the condition developers build l

Nine directors wanted by MACC

PETALING JAYA: Nine company directors, believed to be proxies of the prime suspect in the swindling of RM7mil from an oil company, are being sought by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). A source told  The Star  that the individuals, who are directors of nine companies, were allegedly aware of the funds being transferred into their companies’ accounts. “Investigations revealed that the RM7mil was wired in stages into the accounts of the companies allegedly hired by the prime suspect over a RM76mil oil pipeline project called the Lekas 3, in Malacca between 2011 and 2013,” the source said. The source added that the suspects were going to be detained soon. In the latest arrest, a former accountant linked to the main contractor of the project was detained at the MACC headquarters in Putrajaya at 12.30pm on Wednesday. The woman, in her 40s, is the former accountant of the contractor that was building the pipeline. “She was hired between 2011 and 2014, th

Dana buku: Mungkin ada individu lain terlibat

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan ada lagi individu yang akan didakwa berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata kesemua butiran pihak yang terlibat telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. "Saya tidak menolak kemungkinan ada lagi pihak yang akan dituduh dalam tempoh terdekat tetapi saya tidak boleh mendedahkan butiran mengenai bila dan siapa individu terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.‎ Azam berkata, individu yang akan dikenakan tuduhan itu bergantung kepada pertimbangan timbalan pendakwa raya. Beliau berkata, pihaknya telah mengumpulkan bukti-bukti sedia ada dan hanya menunggu keputusan dibuat oleh timbalan pendakwa raya. Pada 25 Ogos lepas, SPRM menahan lapan orang termasuk Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak bagi membantu siasatan kes itu, manakala Pengerusi bank itu

SPRM Tahan Bekas Akauntan Berhubung Projek Saluran Paip

KUALA LUMPUR:  Seorang bekas akauntan yang mempunyai kaitan dengan kontraktor utama projek saluran paip minyak bernilai jutaan ringgit telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Satu sumber mendedahkan bahawa wanita lingkungan usia 40-an itu ditahan sekitar pukul 12.30 tengah hari apabila beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. "Wanita itu adalah bekas akauntan syarikat kontraktor utama yang membina projek saluran paip," kata sumber itu sambil menambah sebelum ini sembilan suspek telah ditahan antara 25 Ogos dan 2 September berkaitan kes ini. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut sambil menambah siasatan masih berterusan berhubung penipuan RM7 juta dana melibatkan sebuah syarikat minyak. Sebelum ini dilaporkan bahawa SPRM akan mempercepatkan siasatan kes dakwaan salah guna kuasa dalam projek saluran paip minyak. SPRM telah membekukan 17 akaun bank berjumlah RM5.5 juta dan menyita sebuah rumah

Pecah amanah: Dua 'bos' Bank Rakyat tidak mengaku salah

KUALA LUMPUR - Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak dan Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini masing-masing atas pertuduhan pecah amanah dan bersubahat membabitkan dana berjumlah hampir RM15 juta, enam bulan lalu. Mustafha dan Abdul Aziz  bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mardhiah Hasbullah. Berdasarkan pertuduhan Mustafha, 48, didakwa pecah amanah ke atas Peruntukan Kumpulan Perbelanjaan Pemasaran kod 59100 berjumlah RM14,991,283.20. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Menara Kembar Bank Rakyat, No 33 Jalan Travers 11 Mac 2016. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan. Abdul Aziz, 65, pula didakwa bersubahat dengan Mustafha melakukan kesalahan tersebut pada tarikh dan tempat yang sama. Dakwaan ke atas Abdul Aziz dibua

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: 20 ANGGOTA BADAN BEBAS SPRM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN HARI INI

Image
SERAMAI 20 anggota badan bebas yang dilantik pada 15 Ogos lalu bagi memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara rasmi telah menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur, hari ini. Daripada 20 anggota tersebut, 13 merupakan anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) manakala selebihnya dilantik sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO). Bagaimanapun, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Ismail Adam selaku  Pengerusi PPPR dan Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad, YBhg. Datuk Azizan Abdul Rahman selaku ahli PPO yang baru dilantik tidak hadir ke majlis berkenaan. Tempoh pelantikan anggota bagi PPPR dan PPO adalah selama setahun berkuat kuasa 15 Ogos 2016 sehingga 14 Ogos 2017 dan mereka dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri. Setiap anggota bebas tersebut yang terdiri daripada kalangan pemimpin-pem

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SPRM SELESAI SIASAT ISU PENDRIVE

Berhubung isu pemacu pena (pendrive) yang didakwa mengandungi butiran rasuah dan salah urus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah selesai meneliti isi kandungan pendrive tersebut. Hasil penelitian terhadap isi kandungan pendrive yang diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 2 September lalu itu, didapati ia tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009. Susulan itu, SPRM akan menghantar satu laporan mengenai siasatan tersebut kepada FAM dalam tempoh terdekat ini bagi proses penambahbaikan dan tindakan persatuan itu khususnya mengenai isu-isu teknikal yang telah dibangkitkan. SPRM juga bersedia untuk memberi bekerjasama dengan FAM dan mana-mana pihak dalam hal berkaitan bagi membincangkan isu yang timbul sekiranya melibatkan unsur rasuah. DATO’ AZAM BAKI PENGARAH SIASATAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 5 SEPTEMBER 2016

SPRM tahan bapa Adun DAP

GEORGE TOWN: Bapa seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam semalam berhubung dakwaan menerima sogokan berkaitan rumah mampu milik di negeri itu. “Kami menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selepas membuat siasatan ke rumahnya pada lewat petang tadi,” kata Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban kepada Bernama. Sebelum itu, Lim Keat Seong, 68, bapa kepada Adun Sungai Pinang dari DAP, Lim Siew Khim, menyerah diri secara sukarela sekitar jam 1 petang tadi untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah untuk rumah mampu milik di Pulau Pinang. SPRM sudah mengambil keterangan 8 individu setakat ini. Ahad lepas, sebuah laman berita politik, Penang Kini, memuatnaik video memaparkan bapa Siew Khim dimarahi seorang pelanggan yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat rumah mampu milik yang dijanjikan. Video itu dirakam secara rahsia di