SPRM tahan bapa Adun DAP

GEORGE TOWN: Bapa seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam semalam berhubung dakwaan menerima sogokan berkaitan rumah mampu milik di negeri itu.

“Kami menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selepas membuat siasatan ke rumahnya pada lewat petang tadi,” kata Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban kepada Bernama.

Sebelum itu, Lim Keat Seong, 68, bapa kepada Adun Sungai Pinang dari DAP, Lim Siew Khim, menyerah diri secara sukarela sekitar jam 1 petang tadi untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah untuk rumah mampu milik di Pulau Pinang.

SPRM sudah mengambil keterangan 8 individu setakat ini.

Ahad lepas, sebuah laman berita politik, Penang Kini, memuatnaik video memaparkan bapa Siew Khim dimarahi seorang pelanggan yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat rumah mampu milik yang dijanjikan.

Video itu dirakam secara rahsia di sebuah kedai kopi hujung tahun lalu.

Seorang pengantara dilihat menguruskan pengembalian wang secara ansuran kepada pelanggan itu.

Difahamkan “Uncle Lim” antara lain meminta bayaran perunding sebanyak RM260 untuk mendapatkan rumah mampu milik.

Siew Khim menjauhkan diri daripada dakwaan terhadap bapanya itu, dan berkata tidak tahu menahu akan urusan bapanya. 

Beliau menafikan sebarang pembabitan, dan berkata Gerakan mencemar namanya dengan menganginkan beliau terbabit dalam kegiatan itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/02/sprm-tahan-bapa-adun-dap/

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip