Rasuah dan salah guna kuasa: Ramai lagi saksi sedang dikesan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan lebih ramai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa, kata Pengarah Siasatannya Datuk Azam Baki.

Azam berkata SPRM mengesan mereka hasil rakaman percakapan orang yang telah ditahan.

"Kami telah merakam percakapan lebih 10 orang, termasuk pengarah urusan bank, kontraktor dan pihak swasta yang terlibat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azam berkata saksi lain yang dikesan meliputi mereka yang memegang pelbagai jawatan dari seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, jumlah saksi berhubung kesalahan rasuah itu belum dipastikan.

Pada 29 Ogos lepas, SPRM menahan pengerusi bank bergelar 'Tan Sri' bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Tan Sri terbabit adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rasuah-dan-salah-guna-kuasa-ramai-lagi-saksi-sedang-dikesan-115568

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip