Skip to main content

2 kakitangan Bank Rakyat ditahan SPRM

KOTA KINABALU 15 Sept. – Dua lagi kakitangan Bank Rakyat ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen bagi meluluskan pinjaman kewangan dan meminta wang habuan daripada mangsa.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, kedua-dua suspek yang berumur 25 dan 29 tahun itu ditahan selepas disyaki terlibat memalsukan dokumen perjanjian pembelian rumah, ken­deraan dan penyata bank bagi membolehkan pelanggan mendapatkan pinjaman peribadi daripada Bank Rakyat.

Katanya, kedua-dua mereka bekerja di Bank Rakyat cawangan Kota Kinabalu dan suspek yang berumur 25 tahun ditahan pada pukul 2 petang Rabu lalu manakala suspek kedua ditangkap pada pukul 12.45 petang semalam.

“Suspek pertama direman selama tujuh hari bermula semalam manakala suspek kedua direman tujuh hari bermula hari ini.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan,” katanya dalam ke­nyataan di sini.

Tangkapan terbaharu itu men­jadikan sebanyak 10 ahli sindiket tersebut ditahan sejak 2 September lalu selepas SPRM menjalankan siasatan dan me­merangkap kesemua mereka.

Sebelum ini, SPRM telah menahan lapan individu termasuk tujuh kakitangan bank ber­ke­naan kerana dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut yang membabitkan nilai suapan sekurang-kurangnya RM50,000.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2008.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/2-kakitangan-bank-rakyat-ditahan-sprm-1.383233#sthash.JytLFWl8.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip