KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SPRM SELESAI SIASAT ISU PENDRIVE

Berhubung isu pemacu pena (pendrive) yang didakwa mengandungi butiran rasuah dan salah urus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah selesai meneliti isi kandungan pendrive tersebut.

Hasil penelitian terhadap isi kandungan pendrive yang diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 2 September lalu itu, didapati ia tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

Susulan itu, SPRM akan menghantar satu laporan mengenai siasatan tersebut kepada FAM dalam tempoh terdekat ini bagi proses penambahbaikan dan tindakan persatuan itu khususnya mengenai isu-isu teknikal yang telah dibangkitkan.

SPRM juga bersedia untuk memberi bekerjasama dengan FAM dan mana-mana pihak dalam hal berkaitan bagi membincangkan isu yang timbul sekiranya melibatkan unsur rasuah.



DATO’ AZAM BAKI
PENGARAH SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

5 SEPTEMBER 2016

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip