Bekas pegawai khas Hishammuddin dipenjara 2 tahun, denda RM400,000 kerana rasuah
SHAH ALAM: Seorang pegawai khas kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dipenjara selama dua tahun dan didenda RM400,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM80,000 empat tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh, mendapati Zailan Jauhari, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai Parlimen kepada bekas Menteri Pertahanan, bersalah selepas mengambil kira semua kenyataan saksi, pembelaan, eksibit dan dokumen yang dikemukakan di hadapannya. "Saya dapati pembelaan yang diberikan tertuduh tidak jujur, tidak dapat diterima dan tidak munasabah. Saya percaya ia direka semata-semata. Ia tidak boleh dipercayai berbanding dengan keterangan pihak pendakwaan," katanya dalam penghakimannya hari ini. Zailan yang memakai kemeja berpetak putih biru kelihatan tenang dan hanya menundukkan kepalanya. Rozilah turut menolak permohonan peguam Zailan, Md Yunos Shariff, untuk denda RM400,000 dibayar secara dua kali ansuran dan memerintahkan ia di