Posts

Showing posts from June, 2018

PEMBEKUAN AKAUN-AKAUN BANK BERKAITAN SIASATAN 1MDB

Image
Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB. Turut dibekukan ialah akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes ini. Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang yang ditetapkan. Sehubungan  itu, semua pihak diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan proses siasatan tersebut serta tidak membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes berkenaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan proses siasatan. PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB 1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL 2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED 3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL 4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR PUTRAJAYA 29 JUN 2018

Pengisytiharan harta bukti ketelusan kepimpinan kerajaan

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) - Arahan pengisytiharan harta ke atas semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai petunjuk ketelusan kepimpinan kerajaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata langkah itu juga penting bagi memastikan anggota politik tidak terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. “Sebenarnya, cadangan untuk pengisytiharan harta telah kita suarakan sebelum ini dan akan kita bentangkan kepada kerajaan dalam waktu terdekat* bila kerajaan baharu nak laksanakan (isytihar harta) memang kita sambut baik. “Mekanismenya (pengisytiharan harta) akan diputuskan kerajaan dan pada peringkat kita (SPRM), akan adakan pembentangan dalam masa terdekat berhubung pengisytiharan harta oleh ahli politik,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Chan

AUSTRALIA WELCOMES ENGAGEMENT WITH MACC

Image
The Australian High Commissioner, Andrew Goledzinowski called on the MACC Chief Commissioner, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull during an official visit to MACC headquarters in Putrajaya yesterday to discuss bilateral cooperation and engagement. Australia and Malaysia have a long history of operational cooperation, and MACC welcomed Australia’s offer to share its experiences and practices of reforming public offices and institutions following misconduct. Shukri advised the High Commissioner that MACC investigations to date had not revealed any Australian connections with respect to the 1MDB case. The High Commissioner assured MACC that if anything was discovered that indicated possible Australian involvement, the High Commission would be open to receiving a referral from MACC or the Royal Malaysian Police. Goledzinowski was accompanied by Deputy High Commissioner, Michael Growder, Australian Federal Police Acting Senior Liaison Officer, Sally Macdonald¸ DFAT Assistant Secretary J

AUSTRALIA MENGALU-ALUKAN KERJASAMA DENGAN SPRM

Image
Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski telah mengalu-alukan kerjasama dua hala bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbincangan yang diadakan semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull di ibu pejabat SPRM, Putrajaya semalam. Australia dan Malaysia mempunyai sejarah jalinan kerjasama yang erat dan dalam pertemuan itu juga,  SPRM mengalu-alukan saranan Australia untuk berkongsi pengalaman serta amalan dalam membaik pulih agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa. Shukri juga telah memaklumkan kepada Goledzinowski bahawa siasatan 1MDB SPRM setakat ini tidak mendedahkan penglibatan Australia dalam skandal tersebut. Andrew juga telah memberi jaminan sekiranya siasatan mendapati penglibatan Australia dalam kes 1MDB, Suruhanjaya Tinggi Australia sedia memberi kerjasama kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia. Andrew turut diiringi oleh timbalan beliau, Michael

Tekong Vietnam dituduh rasuah minta dibicara

KUALA TERENGGANU: Dua tekong bot warga Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan bernilai RM1,000 dan RM950 kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Tertuduh, Tran Van Kiet, 47, dan Tran Van Toan, 42, mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Jamaludin Mat. Mengikut pertuduhan, Van Kiet didakwa memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Dya (M) Mohd Shahril Samsudin di 77 batu nautika dari Kuala Terengganu, jam 8 pagi pada 19 Mei lalu. Suapan itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana melakukan aktiviti menangkap ikan atau cuba menangkap ikan di perairan Malaysia yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985. Sementara itu, Van Toan pula dida

Tekong bot warga Vietnam didenda RM10,000, sebulan penjara

KUANTAN: Tekong bot warga Vietnam didenda RM10,000 dan sebulan penjara di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah merasuah pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) RM20,000 pada 3 Mei lalu. Tertuduh Lam Ngoan cuba merasuah Leftenan Komander Maritim Mahadi Ismail pada jam 9.50 pagi kira-kira 100 batu nautika dari perairan Kuantan. Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Ghazali Mohamad Taib turut memerintahkan warga Vietnam berusia 42 tahun itu dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Bapa kepada tiga anak itu dituduh menawarkan rasuah supaya tidak menahannya yang melakukan kesalahan menangkap ikan tanpa permit mengikut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 dengan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Tertuduh juga memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dan mengaku salah menerusi jurubahasa mahkamah. Peguam tertuduh, Mohd Suhaimi Ismail kemudian meminta mahkamah mengurangkan denda

Kunaseegaran dipenjara 5 tahun, denda RM7 juta

SHAH ALAM 25 Jun – Pakar patologi tentera yang sedang dibi­carakan atas tuduhan membunuh seorang timbalan pendakwa raya, Dr. R. Kuna­seegaran dihukum penjara lima tahun dan denda RM7 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua kesalahan membabitkan rasuah bernilai RM700,000 lima tahun lalu. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas doktor pakar berusia 55 tahun itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembe­laan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM3.5 juta bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan berjalan serentak mulai tarikh tangkapan pada September 2013. Gagal membayar denda, hukuman penjara terhadap tertuduh boleh ditambah lagi dua tahun bagi setiap pertuduhan. Mengikut pertuduhan pertama, Kunaseegaran didakwa me­minta rasuah sebanyak RM700,000 dari­pada Abdul Razar Abdullah, 48, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan te­lefon milik tertuduh pada pukul 11.58 pagi, 29 Ogos 2013.

Peniaga kilang papan didenda RM10,000

JOHOR BAHRU 25 Jun - Seorang peniaga kilang papan dipenjara sehari dan didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sin sebentar ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM500 kepada penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) pada awal bulan ini. Tertuduh, Yau Chang Hong, 31, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun yang turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi suapan wang tunai sebanyak RM500 kepada pembantu penguat kuasa, Nik Ekbar Effendi Nik Sazali, 31, sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan kompaun dan mengambil tindakan ke atas perniagaan kilang papan di alamat No. 182, Jalan 10, Kg Gajah, Kluang. Tertuduh didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen MPK dan menjadikan rumah selain maksud asal iaitu kilang memproses kayu dan papan. Chang Hong dituduh mengikut seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Pendakwaan

People's will is important in the fight against corruption

WITH the decision to bust graft to the core, the Association of Voices of Peace, Conscience and Reason, or PCORE, applauds the political will and arm of the government to wage war on this scourge of society. Once and for all, let us mean what we say and act upon it. Having followed and written about the insidious growth of corruption at all levels of society and among the country’s movers and shakers for the last 20 years, I am committed to speaking out against corruption. And, having served for two terms on the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) advisory board as one of a dozen members, I am convinced that the political will of the government is the key factor in determining the success of the anti-graft war. Let the nation’s political leaders be what they are duty-bound to be, specifically the protector and saviour of the nation and its people — not the plunderer of its wealth. However, political will goes beyond paying lip service; it means more than issuing warning

SPRM NAFI DAKWAAN BERI KENYATAAN ISU PENYELEWENGAN DAN RASUAH PAS KELANTAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan YBhg Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah dalam PAS Kelantan. SPRM mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya ini untuk menular kenyataan tersebut baru-baru ini dan tindakan tersebut dilihat sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan reputasi SPRM. Ingin ditegaskan bahawa SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menular berita yang tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM atau suruhanjaya ini kerana tindakan tersebut akan menjejaskan imej SPRM. DATO’ SRI AZAM BAKI TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA  22 JUN 2018

Bekas Pengarah Perhutanan dipenjara kerana rasuah

KUALA TERENGGANU: Bekas Pengarah Perhutanan Terengganu, Datuk Azmi Nordin dijatuhi hukuman penjara 36 bulan dan denda RM30,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM60,000 pada Mac hingga Ogos 2013. Tertuduh berusia 59 tahun turut berdepan hukuman penjara 18 bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Keputusan itu dibuat Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima rasuah. Mengikut pertuduhan pertama, Azmi didakwa menerima RM30,000 daripada seorang kontraktor balak, Yew Keong Fah, 49, di Malayan Banking Berhad cawangan Kuala Terengganu pada 3 Mac 2013. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suapan daripada individu sama bernilai RM20,000 di Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Kuala Terengganu pada 16 Jun 2013, manakala pertuduhan ketiga didakwa menerima suapan RM10,000 daripada individu sama di tempat sama pada 13 Ogos 2013.

Bekas pegawai MAIDAM dipenjara dan denda

KUALA TERENGGANU: Bekas Penolong Jurutera Pembangunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hukuman itu dikenakan atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu RM6,400 tiga tahun lalu. Malah tertuduh, Syed Ahmad Izzuddin Syed Abdullah, 35, turut berdepan hukuman penjara setahun lagi jika dia gagal menjelaskan denda berkenaan. Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Mengikut pertuduhan, Syed Ahmad Izzuddin selaku ejen MAIDAM ketika itu didakwa mengelirukan atau memperdaya akauntan Unit Kewangan MAIDAM, Norhana Yaakub dengan mengemukakan butiran tuntutan palsu bernilai RM6,400, yang dikendalikan Syarikat ADR Calibre Enterprise. Tertuduh didakwa mengemukakan tuntutan palsu itu dalam borang pesanan kerajaan bagi kerja baik pulih surau iaitu pemasan

SPRM KESAN EMPAT INDIVIDU BANTU SIASATAN KES 1MDB

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan empat individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). SPRM meminta individu-individu terbabit agar tampil atau menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan. SPRM juga meminta mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubungi Penguasa Nur Aida Arifin di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan : 0323) atau emel kepada aida_arifin@sprm.gov.my atau menghubungi Penguasa Nahar Haris  di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan: 0388) atau emel kepada nahar.haris@sprm.gov.my atau menghubungi mana-mana pejabat SPRM yang berhampiran. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)  PUTRAJAYA 11 JUN 2018

PROJEK PANEL SOLAR: SPRM NAFI DAKWAAN TIDAK AMBIL TINDAKAN

Image
SUSULAN dakwaan sebuah akhbar tempatan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos sebanyak RM1.25 bilion, SPRM ingin menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ingin dimaklumkan bahawa SPRM telah mengambil tindakan proaktif dengan menjalankan siasatan awal terhadap isu tersebut pada awal April 2018 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 setelah menerima maklumat daripada orang awam. Pada masa yang sama, SPRM juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan dari Kementerian Pendidikan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan mengikut Akta SPRM 2009. Sehubungan itu, SPRM akan meneliti dokumen-dokumen yang telah diambil berkenaan sama ada ia berunsur rasuah dan orang ramai diminta agar bersabar sehingga SPRM selesai menjalankan siasatan terhadap isu tersebut. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

2 pegawai kanan FELDA pecah amanah, bersubahat

KUALA LUMPUR: Dua bekas pegawai kanan FELDA masing-masing dihukum penjara lima tahun dan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah wang agensi itu berjumlah RM47.6 juta dan bersubahat, empat tahun lalu. Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik, Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Bagi pertuduhan pecah amanah pertama dan kedua, Muhammad Sufi dihukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan, namun mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak. Begitu juga bagi pertuduhan bersubahat pertama dan kedua yang dihadapi Faizoull, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara masing-masing dua tahun, namun kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak. Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam yang mewakili ke

Kaji semula hukuman terhadap pesalah rasuah - Akhbar Satar

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji semula hukuman terhadap pesalah rasuah bagi mengekang gejala itu daripada terus berleluasa. Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata pihak melakukan kesalahan rasuah wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran, termasuk penalti lebih tinggi. Beliau mendakwa, peruntukan hukuman sedia ada tidak cukup berat, malah penalti dikenakan juga kurang memberi kesan terhadap pesalah rasuah. "Hukuman membabitkan kes rasuah perlu dikaji semula. Kesalahan membabitkan rasuah wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran. "Jumlah penalti lebih tinggi juga akan dapat menghalang perbuatan rasuah daripada terus berulang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Akhbar berkata, walaupun sudah ada pindaan dan penambahbaikan terhadap Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akta itu perlu diperkukuhkan dari semasa ke semasa bagi memastikannya menjadi undang-undang antirasuah yang digeruni

Penguatkuasaan SPRM bebas dan tidak di bawah GIACC

PUTRAJAYA 8 Jun - Kerajaan memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadi badan bebas yang tidak tertakluk di bawah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). Perdana Menteri,  Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,  GIACC akan membentuk polisi dalam pencegahan rasuah di negara  namun penguat kuasaan adalah bebas dilakukan oleh SPRM. "Kita akan menggunakan panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam strategi mengurangkan rasuah.Pakatan Harapan serius dalam perkara inj," katanua dalam sidang akhbar di sini hari ini. Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Yang turut hadir ialah timbalannya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Negara ( GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. - UT

Tadbir urus baik kurangkan ruang penyelewengan

BARU-BARU ini, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), diketuai bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Penubuhan pusat berkenaan adalah tindakan tepat dalam keadaan negara berhadapan kes yang sedang dalam siasatan seperti isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Lembaga Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan 1Malaysia Development Berhad (I1MDB). Ia penting dalam usaha menjamin integriti institusi dalam negara dan memastikan segala usaha dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Governans atau tadbir urus adalah struktur, prosedur dan proses bagaimana sesebuah organisasi itu diarah dan dikawal bagi mencapai objektifnya. Ia penting, sama ada dalam organisasi swasta, kerajaan, badan berkanun persekutuan atau negeri mahupun organisasi di sektor ketiga seperti koperasi, zakat, wakaf dan masjid. Struktur tadbir urus memperincikan

Kerajaan komited perangi gejala rasuah

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk memerangi rasuah sehingga peringkat akar umbi sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bulan lalu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut telah dinyatakan dengan jelas dalam manifesto PH bagi membanteras gejala rasuah di negara ini. "Sebelum PRU-14, (Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan-rakan pimpinan PH telah menjelajah seluruh pelosok negara, bandar, pinggiran bandar, luar bandar dan Felda untuk menyatakan tentang perkara ini (perangi rasuah). "Rakyat tahu dan sedar bahawa rasuah ini merupakan satu isu besar. Jika rasuah tidak dibanteras, maka rakyat yang akan menanggung derita. Kos pengurusan negara menjadi mahal (tetapi) bebanannya rakyat yang tanggung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, barisan p

Tauke balak didakwa rasuah pegawai Jabatan Perhutanan

KUALA TERENGGANU - Seorang tauke balak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu pada dua bulan lalu. Tertuduh, Tan Teo Liong, 56, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat. Berdasarkan pertuduhan, Teo Liong didakwa memberi suapan berupa wang tunai RM5,000 kepada seorang penolong pengarah operasi Jabatan Perhutanan Terengganu di sebuah kilang kayu, MJ Wood Industries, Kampung Bintang, Setiu pada pukul 1.30 petang, 2 April lalu. Pemberian suapan tersebut didakwa sebagai dorongan agar pegawai itu tidak mengambil tindakan terhadap kayu bulat milik tertuduh yang tidak mempunyai cop tanda tukul Jabatan Perhutanan. Ketiadaan cop tanda tukul tersebut pada kayu bulat terbabit merupakan kesalahan mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984. Teo Liong didakwa mengikut Seksyen  17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia y

KES SRC INTERNATIONAL: DUA INDIVIDU PENTING DIMINTA HUBUNGI SPRM BANTU SIASATAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta dua individu agar tampil menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International Sdn Bhd (SRC). Dua individu terbabit ialah Pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, 47, dan ahli perniagaan, Low Taek Jho, 37, yang turut dikenali sebagai ‘Jho Low’. Nik Faisal Ariff Kamil yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor. Low Taek Jho pula yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Sehubungan itu juga, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua individu berkenaan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 03-88700529 atau 010-3187757, emel kepada rosl

SPRM KESAN DUA INDIVIDU BANTU SIASATAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan dua individu yang dipercayai telah melarikan diri ke luar negara bagi membantu siasatan kes SPRM. Individu tersebut, Mohamed Redzuan Adamshah, 43, yang memegang kad pengenalan 750204-07-5323 mempunyai alamat terakhir di No 1E, Cresent Court Apartment, Tingkat 1, Lengkok Tun Sambanthan, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Manakala, seorang lagi, Toh Lean Seng, 45, yang memegang kad pengenalan 730904-07-5131 mempunyai alamat terakhir di 15-1, 231 TR Service Apartment 231, Jalan Tun Razak, 50490, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010-3187757 atau email kepada roslihusain@sprm.gov.my. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 6 JUN 2018

WASPADA PANGGILAN PALSU

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon meragukan mendakwa daripada SPRM yang meminta beberapa maklumat peribadi termasuk butiran-butiran sulit kerana dikhuatiri ia panggilan palsu. Ini susulan banyak aduan diterima SPRM daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan kebelakangan ini. Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my. SPRM juga akan membuat laporan polis serta berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat panggilan palsu ini yang telah menjejaskan nama dan reputasi SPRM. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA  4 JUN 2018