Bekas pegawai MAIDAM dipenjara dan denda
KUALA TERENGGANU: Bekas Penolong Jurutera Pembangunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hukuman itu dikenakan atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu RM6,400 tiga tahun lalu.
Malah tertuduh, Syed Ahmad Izzuddin Syed Abdullah, 35, turut berdepan hukuman penjara setahun lagi jika dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Mengikut pertuduhan, Syed Ahmad Izzuddin selaku ejen MAIDAM ketika itu didakwa mengelirukan atau memperdaya akauntan Unit Kewangan MAIDAM, Norhana Yaakub dengan mengemukakan butiran tuntutan palsu bernilai RM6,400, yang dikendalikan Syarikat ADR Calibre Enterprise.
Tertuduh didakwa mengemukakan tuntutan palsu itu dalam borang pesanan kerajaan bagi kerja baik pulih surau iaitu pemasangan permaidani di Surau Al-Hijrah di Lot Perpindahan Tok Adis di sini sedangkan pemasangan permaidani itu tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Tertuduh yang beralamat di Kampung Banggol, Kuala Ibai di sini didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat MAIDAM pada 29 Disember 2015.
Sementara itu, tertuduh yang menukar pengakuan salah selepas dipanggil membela diri pada akhir prosiding kes turut diarahkan membayar kos pendakwaan RM3,000 atau berdepan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Hukuman itu dijatuhkan selepas pihak pendakwaan memohon kos pendakwaan mengikut Seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah.
Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Zainuddin Wan Musa.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/439626/bekas-pegawai-maidam-dipenjara-dan-denda

Comments
Post a Comment