Bekas Pengarah Perhutanan dipenjara kerana rasuah

KUALA TERENGGANU: Bekas Pengarah Perhutanan Terengganu, Datuk Azmi Nordin dijatuhi hukuman penjara 36 bulan dan denda RM30,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM60,000 pada Mac hingga Ogos 2013.

Tertuduh berusia 59 tahun turut berdepan hukuman penjara 18 bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima rasuah.

Mengikut pertuduhan pertama, Azmi didakwa menerima RM30,000 daripada seorang kontraktor balak, Yew Keong Fah, 49, di Malayan Banking Berhad cawangan Kuala Terengganu pada 3 Mac 2013.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suapan daripada individu sama bernilai RM20,000 di Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Kuala Terengganu pada 16 Jun 2013, manakala pertuduhan ketiga didakwa menerima suapan RM10,000 daripada individu sama di tempat sama pada 13 Ogos 2013.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/439572/bekas-pengarah-perhutanan-dipenjara-kerana-rasuah

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip