Posts

Showing posts from August, 2018

SPRM PERJELAS ISU SIASATAN KES RASUAH DI MELAKA

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM MERUJUK kepada laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara bagi pendakwaan kes melibatkan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, SPRM ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dimaklumkan oleh Pengarah SPRM Negeri Melaka, Abu Talib Othman seperti yang dilaporkan dalam akhbar tersebut tidak merujuk kepada kes berkenaan. Sebaliknya, kenyataan itu merujuk kes berlainan iaitu siasatan terhadap dua kes rasuah melibatkan dua kakitangan awam serta seorang kakitangan sektor swasta. SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan penerimaan wang rasuah bernilai RM2.6 juta melibatkan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Melaka itu masih di peringkat siasatan dan kertas siasatan masih belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Sehubungan itu, SPRM memohon semua pihak terlibat khususnya pihak media agar tidak memutarbelitkan kenyataan itu kerana

Bekas Naib Presiden MIC didakwa gubah wang haram

JOHOR BAHRU 28 Ogos - Bekas Naib Presiden MIC, S. Balakrishnan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas dua pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM6.012 juta pada tahun 2012 dan 2013. Beliau yang juga merupakan Pengarah Syarikat Sinnaiyah & Sons Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Jailani Rahman. Bagi pertuduhan pertama, Balakrishnan selaku wakil syarikat dituduh melibatkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah RM6.012 juta pada 12 Jun 2012 dan 5 September 2013. Sementara pertuduhan kedua, Balakrishnan selaku pengarah syarikat Sinnaiyah & Sons Sdn. Bhd. didakwa melibatkan diri dengan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan tarikh yang sama. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama-sama Seksyen 87(1) Akta yang sama. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pence

Bekas pengetua cemerlang tak mengaku salah guna kuasa

BEKAS pengetua cemerlang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Tawau, terhadap tiga pertuduhan salah guna kuasa membabitkan pembekalan peralatan pejabat dan alatan untuk keceriaan sekolah bernilai RM12,556.90. Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abaka di Tawau, Zahba Selamat, 64, didakwa mengikut Seksyen 23 (1), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh didakwa mengikut Seksyen 24 (1) akta yang sama. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan memilih syarikat Warisan Ledang Enterprise milik anaknya, untuk membekalkan alatan untuk keceriaan sekolah berjumlah RM2,702. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis sekolah berkenaan pada 24 Februari 2012. Tertuduh turut didakwa membuat keputusan memilih syarikat sama untuk membekalkan alatan pejabat di SMK Abaka melalui lima pesanan sekolah bertarikh 27 Februari 2012 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM7,116.10. Dia juga didakwa

Tuntutan palsu: Bekas pegawai Perhilitan didenda RM117,000

KUANTAN 27 Ogos - Seorang bekas pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini didenda RM117,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat tuntutan palsu berhubung pembelian 88 unit beg kembara bernilai RM23,400, lima tahun lalu. Hakim Dazuki Ali turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada Abu Zahrim Ismail, 45, bagaimanapun membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga tertuduh memfailkan notis rayuan dalam tempoh 14 hari. Bagi hukuman denda, tertuduh perlu membayarnya hari ini dan jika gagal berbuat demikian Abu Zahrim akan dipenjara selama 10 bulan. Abu Zahrim didakwa dengan niat memperdaya Ketua Pengarah Perhilitan membuat tuntutan palsu atas nama Baraplas Kreatif Enterprise di Pejabat Penguasa Taman Negara Jerantut, dekat sini pada 28 November 2013. Tuntutan tersebut didakwa mengandungi pembelian 28 unit beg Haversack 75 liter jenama Deuter dan 60 unit Dry Pack 30 liter sedang

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: NAFI DAKWAAN AKAN DIROMBAK LIBATKAN PEGAWAI KANAN

Image
SUSULAN dakwaan sebuah akhbar tempatan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dirombak melibatkan beberapa pegawai kanan di bahagian siasatan dan perisikan ke agensi lain, SPRM ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Laporan berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana tiada punca yang sahih serta dipercayai hanya berdasarkan maklumat yang ditularkan dan sekadar untuk mensensasikan berita. Laporan ini boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pegawai-pegawai SPRM serta berkemungkinan diputar belit sekali gus mencemarkan imej SPRM dan menimbulkan keraguan masyarakat. Sehubungan itu, SPRM memohon agar  pihak media mendapatkan maklumat sahih terlebih dahalu daripada SPRM sebelum melaporkan berita kepada umum. Tindakan melaporkan berita yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan agensi-agensi terlibat. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

Penolong jurutera hadapi 6 tuduhan salahguna kuasa

PETRA JAYA: Seorang penolong jurutera Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini atas enam pertuduhan salah guna kuasa. Tertuduh, Jamal Abdullah, 48, didakwa melakukan kesalahan itu dengan memohon syarikat milik ahli keluarganya bagi melakukan kerja penyelenggaraan sistem perairan luar bandar, dua tahun lalu. Hakim, Nixon Kennedy Kumbong, menetapkan 24 September ini sebagai tarikh pengurusan kes manakala perbicaraan ditetapkan pada 29 Oktober hingga 2 November ini. Nixon turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin tempatan. Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Mohd Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Francis Wee. Tertuduh ditahan pada jam 3.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak di Jalan Laksamana Cheng Ho, di sini. Berdasarkan kertas pertuduhan, Jam

Rasuah haram, ditegah agama

AKHIR zaman ini kemewahan dan kekayaan sangat mudah didedahkan kepada khalayak ramai melalui pelbagai kaedah terutamanya media masa. Tambahan lagi, teknologi yang semakin canggih memudahkan masyarakat melayari dan melihat segala kekayaan yang dikecapi oleh manusia sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Kekayaan adalah satu keinginan yang mahu dicapai oleh sebilangan manusia bagi mencapai keselesaan hidup. Namun bagi agama Islam, kehidupan yang bertaraf sederhana lebih diutamakan bagi menjamin kehidupan yang baik seperti Firman Allah SWT yang bermaksud:”Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha pemurah) orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak (pula) kikir, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah secara wajar dan sederhana (antara boros dan kikir itu) “(Surah Al-Furqan : 67) Dalam mengejar harta dan wang ringgit, kita seharus­nya tidak terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat antaranya rasuah. Rasuah ialah penerimaan atau pemberia

Dua anggota polis mengaku tidak salah terima rasuah

KUANTAN - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini,  atas dua pertuduhan menerima rasuah daripada seorang peniaga rokok seludup di Kuala Lipis, tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Lans Koperal Shafiq Kharidan dan Koperal Muhamad Norlizam Ali, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib. Berdasarkan pertuduhan,  kedua-dua tertuduh pada 23 September 2016, jam 2.30 pagi di Jalan Felda Kechau, didakwa menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang- undang terhadap lelaki tersebut dan rakannya atas kesalahan memiliki rokok seludup. Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima suapan RM 1,000 daripada individu pada 24 September 2016 di Restoran Capaty Curry House, Taman Cahaya, jam 10.30 malam. Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) AKta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksa

KRISIS KEJUJURAN PENJAWAT AWAM

RAKYAT negara ini dikejutkan minggu lalu oleh laporan media mengenai tangkapan 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mencuri wang tunai RM3.5 juta dikatakan milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk membiayai perbelanjaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu. Wang yang dicuri itu khabar­nya tidak disimpan dalam peti ­keselamatan. Mengikut laporan, kumpulan pencuri terdiri daripada seorang ketua pegawai keselamatan gred 52 serta 16 orang lagi pengawal keselamatan lain gred rendah. Mereka melakukan jenayah itu pada pukul 3 pagi 10 Mei selepas mengetahui Barisan Nasional (BN) kalah dalam PRU tersebut. Kesemua suspek kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan. Mereka ditahan setelah hadir pada petang Selasa 7 Ogos untuk dirakam percakapan mereka di Ibu Pejabat SPRM. Sehari selepas itu, mereka dibawa ke mahkamah di Kompleks Istana Kehakiman Putrajaya. Majistret

Guru besar didakwa pecah amanah bayaran RMT

ALOR SETAR 13 Ogos – Seorang guru besar didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah berhubung bayaran program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) melibatkan nilai RM28,893, lapan tahun lalu. Tertuduh, M. Muthu Samy, 56, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas ketujuh-tujuh pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Bakar. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) Ladang Bukit Mertajam didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM3661.20 yang sepatutnya diserahkan kepada pembekal RMT, S. Savuntharam untuk bayaran Mac 2010. Bagi pertuduhan kedua, Muthu Samy didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM7,322.40 yang sepatutnya diserahkan kepada Savuntharam sebagai bayaran pembekalan program RMT untuk Januari dan Februari 2010. Kedua-dua pertuduhan tersebut didakwa dilakukan pada 5 April 2010 di CIMB Bank Berhad, Nombor A10, A11

Dua beradik didakwa beri rasuah pegawai kastam

ALOR SETAR 13 Ogos – Dua beradik didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai kastam berjumlah RM2,500, tahun lalu. Tertuduh,Thor Seng Weng, 37, dan adiknya, Seng Teong, 35,  bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Azman Abu Bakar. Mereka yang merupakan peniaga kedai runcit didakwa memberi rasuah berjumlah RM2,500 kepada Azwar Muhammad Noor yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sungai Petani sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967. Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 12.15 tengah malam, 23 Ogos 2017 di premis Tian Weng Enterprise, Nombor 711, Lorong Senangin 3/5, Taman Senangin, Kulim. Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasua

Sogok polis RM150, dua pegawal keselamatan dipenjara sebulan

IPOH: Dua pengawal keselamatan warga Nepal masing-masing dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah memberi suapan kepada seorang anggota polis, Julai lalu. Hakim, S Indra Nehru membuat keputusan itu terhadap Chaudhary Satya Narayan, 30, dan rakannya, Das Kanhaiya Lal, 40, selepas berpuas hati dengan keterangan, fakta serta rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes berkenaan. Hakim memerintahkan hukuman berjalan bermula dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap pada 24 Julai lalu. Kedua-dua tertuduh turut berdepan hukuman penjara tambahan dua bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan. Mereka bagaimanapun membayar denda berkenaan. Dua sahabat itu secara bersama didakwa memberi suapan wang tunai sebanyak RM150 kepada Lans Korperal Mohd Fitri Lazim bagi mengelak dikenakan tindakan kerana tidak memiliki lesen memandu kelas B2 yang sah ketika ditahan. Kesalahan itu dilakukan di persimp

Rasuah : Lelaki Bangladesh dihukum penjara, denda RM17,500

RASAH 9 Ogos - Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM17,500 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini selepas didapati bersalah merasuah seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebanyak RM3,500 pada 4 Ogos lalu. Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Imran Abdullah, 48, yang merupakan pembantu pasar mini mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,500 kepada Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Mohd. Tarmizi Jusoh @ Tajudin di Pasar Mini GNR di alamat C-G-10-CS, Jalan Pancaindera, College Height Garden Resort, Mantin pada pukul 4 petang, 4 Ogos 2018. Ia adalah sebagai dorongan supaya tiada tindakan undang-undang diambil terhadap premis perniagaan milik isterinya iaitu warga tempatan, Rogayah Abdullah kerana tidak mempunyai lesen menju

Pembantu tadbir didakwa salah guna kuasa

BUTTERWORTH 9 Ogos - Seorang pembantu tadbir dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini atas empat pertuduhan salah guna kuasa dengan menggunakan syarikat milik isterinya untuk membekalkan peralatan ke tempat dia bekerja. Tertuduh, Abdul Kahar Kalid bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nizam Zakaria di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini. Mengikut pertuduhan, dia yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 Julai hingga 10 Ogos 2011. Dia didakwa menggunakan jawatannya untuk mencadangkan syarikat Neo Global Enterprise untuk membekalkan beberapa barangan di pusat pengajian terbabit yang mana syarikat terbabit adalah milik isterinya, Salena Alias. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta s

Semua kes Najib dibicara serentak

MAHKAMAH Tinggi hari ini, tetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan bertulis semalam. Menurutnya, kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen dan sedia untuk berhujah berhubung perkara itu Jumaat ini. Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup tidak mengemukakan sebarang bantahan. Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memaklumkan tarikh perbicaraan akan ditetapkan selepas itu. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara yang dikemukakan oleh Najib menerusi Muhammad Shafee. Terdahulu, mahkamah dalam keputusannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tiga pertuduhan baru dibacakan hari ini dibicar

Isytihar harta 3 bulan selepas angkat sumpah

SEMUA Menteri Kabinet, anggota pentadbiran kerajaan dan ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan (PH) wajib mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, berkata penambahbaikan ke atas pengisytiharan harta itu dibuat melalui persetujuan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini. “JKKMAR mengadakan mesyuarat setiap bulan dan ada beberapa perkara sudah diputuskan dalam mesyuarat berkenaan. “Satu daripadanya JKKMAR bersetuju supaya pengisytiharan harta anggota Kabinet, pegawai pentadbiran dan semua Ahli Parlimen PH dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas mereka mengangkat sumpah. “Dulu, ia hanya dibuat di peringkat Pusat dan (salinan pengisytiharan harta) hanya diserahkan kepada Perdana Menteri, manakala di peringkat negeri

NAJIB DIPANGGIL RAKAM KENYATAAN DAN AKAN DIDAKWA BAWAH AMLATFPUAA ESOK

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak bagi membantu siasatan SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, petang ini. Beliau hadir kira-kira pukul 5 petang dan dirakam percakapan selama 45 minit. Mohd. Najib juga akan dituduh pada 8 Ogos 2018 di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Pertuduhan adalah berkaitan kes SRC International. Pertuduhan tersebut dibuat selepas mendapat keizinan daripada Peguam Negara. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 7 OGOS 2018

Bekas pengarah Petronas Carigali didakwa terima wang haram RM1.7 juta

Seorang bekas pengarah syarikat cari gali dan bekas pembantu teknikal Petronas Carigali Sdn Bhd yang sebelum ini dituduh membuat tuntutan palsu, didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM1.7 juta. Yong Mee Lan, 54 dan Ahmad Asyraaf Kamarul Zaman, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozina Ayob. Yong didakwa telah menerima wang berjumlah RM226,000 melalui lima keping cek Public Bank Berhad milik Syarikat AceTimur Drilling Sdn Bhd ke dalam akaun Public Bank miliknya, yang mana ia merupakan hasil aktiviti haram di Public Bank Berhad, cawangan Taman Connaught, 80-84, Jalan Cerdas, Taman Connaught, Cheras, di Kuala Lumpur pada 26 Mac dan 27 Julai 2015. Ahmad Asyraaf pula didakwa atas empat pertuduhan sama, menerima wang keseluruhan berjumlah RM1,502,919.02, yang mana ia merupakan hasil aktiviti haram, di Maybank Berhad, GF, Bangunan AHP, 2 Ja

Bekas komander UPP dituduh rasuah

ALOR SETAR 2 Ogos – Bekas Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang tunai berjumlah RM4,500 daripada seorang penyeludup minyak ke negara jiran, empat tahun lalu. Tertuduh, Shahidan Ladin, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. Mengikut pertuduhan pertama, Shahidan ketika menjadi Komander UPP, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Kayu Hitam didakwa secara rasuah menerima RM1,500 daripada Salleh @ Md. Zamri Md. Saman pada kira-kira pukul 1.52 petang, 24 September 2014 di sebuah tapak gudang haram di Kampung Remia Manis, Durian Burung, Kuala Nerang. Pesara itu didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang berikutan aktiviti haram penjualan dan penyeludupan minyak petrol serta diesel dari sempadan Malaysia ke Thailand oleh Salleh @ Md. Zamri.

Kakitangan mahkamah didakwa gubah wang haram RM363,668

SHAH ALAM: Seorang kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM363,668, antara April 2015 sehingga Januari 2016. Tertuduh Shahnaz Khan Kamarzaman, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. Bagi tuduhan pertama, pada 15 April 2015, lelaki itu didakwa melibatkan diri dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram iaitu pemindahan wang berjumlah RM10,000 dari akaun Maybank milik individu bernama Tan Yi Zin ke akaun milik syarikat pemaju, Triple Equity Sdn Bhd. Ia adalah bagi tujuan pembelian sebuah rumah di Bandar Saujana Putra, Jenjarom dekat sini, yang mana wang berkenaan merupakan hasil daripada aktiviti haram. Bagi tuduhan kedua dan ketiga, Shahnaz Khan didakwa memindahkan wang berjumlah RM35,500 dengan menggunakan cek ke akaun milik Triple Equity pada