Dua anggota polis mengaku tidak salah terima rasuah
KUANTAN - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini, atas dua pertuduhan menerima rasuah daripada seorang peniaga rokok seludup di Kuala Lipis, tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh, Lans Koperal Shafiq Kharidan dan Koperal Muhamad Norlizam Ali, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh pada 23 September 2016, jam 2.30 pagi di Jalan Felda Kechau, didakwa menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang- undang terhadap lelaki tersebut dan rakannya atas kesalahan memiliki rokok seludup.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima suapan RM 1,000 daripada individu pada 24 September 2016 di Restoran Capaty Curry House, Taman Cahaya, jam 10.30 malam.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) AKta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta (574) dan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Khairulhazman Ghazali dan beliau memohon jaminan RM 10,000 bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Saifuldin Ab Rahman merayu mengurangkan jumlah itu dengan alasan wang yang cukup kerana pendapatan bulanan hanya RM900 dan mempunyai tanggungan keluarga.
Mohd Ghazali kemudiannya mengarahkan ikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan kepada setiap tertuduh dan menetapkan 14 Ogos depan bagi tarikh sebutan semula kes.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/dua-anggota-polis-mengaku-tidak-salah-terima-rasuah-1.868809

Comments
Post a Comment