Dua beradik didakwa beri rasuah pegawai kastam
ALOR SETAR 13 Ogos – Dua beradik didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai kastam berjumlah RM2,500, tahun lalu.
Tertuduh,Thor Seng Weng, 37, dan adiknya, Seng Teong, 35, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Azman Abu Bakar.
Mereka yang merupakan peniaga kedai runcit didakwa memberi rasuah berjumlah RM2,500 kepada Azwar Muhammad Noor yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sungai Petani sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 12.15 tengah malam, 23 Ogos 2017 di premis Tian Weng Enterprise, Nombor 711, Lorong Senangin 3/5, Taman Senangin, Kulim.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A. Hafiizh Abu Bakar mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.
Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh namun peguam bela, Ainur Azalia Ayoub yang mewakili adik-beradik itu memohon jaminan rendah.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-beradik-didakwa-beri-rasuah-pegawai-kastam-1.728120#ixzz5O2peL7L8

Comments
Post a Comment