Guru besar didakwa pecah amanah bayaran RMT
ALOR SETAR 13 Ogos – Seorang guru besar didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah berhubung bayaran program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) melibatkan nilai RM28,893, lapan tahun lalu.
Tertuduh, M. Muthu Samy, 56, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas ketujuh-tujuh pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Bakar.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) Ladang Bukit Mertajam didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM3661.20 yang sepatutnya diserahkan kepada pembekal RMT, S. Savuntharam untuk bayaran Mac 2010.
Bagi pertuduhan kedua, Muthu Samy didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM7,322.40 yang sepatutnya diserahkan kepada Savuntharam sebagai bayaran pembekalan program RMT untuk Januari dan Februari 2010.
Kedua-dua pertuduhan tersebut didakwa dilakukan pada 5 April 2010 di CIMB Bank Berhad, Nombor A10, A11 dan A12, Cawangan Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.
Berdasarkan pertuduhan ketiga, bapa kepada seorang anak itu didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM8,339.40 yang sepatutnya diserahkan kepada Savuntharam sebagai bayaran pembekalan program RMT untuk April dan Mei 2010 pada 10 Jun 2010 di Public Bank Berhad cawangan Kuala Ketil di Nombor 45 dan 46 Jalan Putra, Taman Tanjung Puteri, Baling.
Mengikut pertuduhan keempat, dia pada 23 November 2010 di Malayan Banking Berhad, Suite B-2, Ground Floor, KHTP business Center, Kulim Hi-Tech Park, Kulim didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM1,017 yang sepatutnya diserahkan kepada Savuntharam sebagai bayaran pembekalan program RMT untuk November 2010.
Bagi pertuduhan kelima, tertuduh pada tarikh dan lokasi sama didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM145.80 yang sepatutnya diserahkan kepada pembekal RMT sama sebagai bayaran tambahan murid baru berpindah masuk ke sekolah berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan keenam, lelaki itu pada tarikh dan lokasi sama didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM4,474.80 yang sepatutnya diserahkan kepada Savuntharam sebagai bayaran pembekalan program RMT untuk Oktober 2010.
Mengikut pertuduhan ketujuh, dia pada 30 Mei 2011 di Public Bank Berhad cawangan Kuala Ketil di Nombor 45 dan 46 Jalan Putra, Taman Tanjung Puteri, Baling didakwa pecah amanah ke atas sekeping cek Maybank bernilai RM3,933 yang sepatutnya diserahkan kepada Savuntharam sebagai bayaran pembekalan program RMT untuk Mei 2011.
Kesemua pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A. Hafiizh Abu Bakar mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam bela, S.P Raman memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya perlu menanggung seorang ibu yang sudah tua, isteri serta anaknya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan kes. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/guru-besar-didakwa-pecah-amanah-bayaran-rmt-1.728115#ixzz5O2ppNvyN

Comments
Post a Comment