Penolong jurutera hadapi 6 tuduhan salahguna kuasa
PETRA JAYA: Seorang penolong jurutera Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini atas enam pertuduhan salah guna kuasa.
Tertuduh, Jamal Abdullah, 48, didakwa melakukan kesalahan itu dengan memohon syarikat milik ahli keluarganya bagi melakukan kerja penyelenggaraan sistem perairan luar bandar, dua tahun lalu.
Hakim, Nixon Kennedy Kumbong, menetapkan 24 September ini sebagai tarikh pengurusan kes manakala perbicaraan ditetapkan pada 29 Oktober hingga 2 November ini.
Nixon turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin tempatan.
Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Mohd Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Francis Wee.
Tertuduh ditahan pada jam 3.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak di Jalan Laksamana Cheng Ho, di sini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Jamal didakwa menyalahguna kuasa dengan menggunakan jawatannya selaku pegawai agensi kerajaan negeri untuk memilih syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya untuk melakukan kerja berkaitan penyelenggaraan bekalan air di sekitar Bau, Lundu dan Sematan.
Semua pembayaran berjumlah RM40,000 bagi enam kerja itu dibuat ke akaun syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya itu pada 2016.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/462457/penolong-jurutera-hadapi-6-tuduhan-salahguna-kuasa

Comments
Post a Comment