Bekas pengarah syarikat dipenjara dua minggu palsukan dokumen
IPOH 20 Mac - Seorang bekas pengarah syarikat besi buruk dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan didenda RM24,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan memalsukan dokumen lapan tahun lalu. Hakim S. Indra Nehru turut memerintahkan tertuduh, Thai Wai Kuan, 51, dipenjara selama enam bulan bagi kesemua pertuduhan jika gagal membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memalsukan dokumen ‘weighing slip’ Siputeh Sawit Sdn. Bhd. serial no: 00000000 dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan bagi tujuan menipu syarikat Camfill Farr Malaysia. Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Strategic Metalpac Sdn. Bhd. dalam daerah Kinta pada 4 Januari 2011. Bagi pertuduhan kedua sehingga keenam, tertuduh didakwa memalsukan dokumen sama dengan niat serupa di tempat sama antara 28 Jun 2011 sehingga 15 Januari 2013. Kesemua pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaaan itu memperuntu