Musa Aman hadapi 16 tuduhan ubah wang haram
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 16 pertuduhan tambahan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih AS$37.8 juta dan SGD$2.5 juta.
Pertuduhan itu menjadikan Musa kini berdepan 51 pertuduhan, termasuk 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
Musa, 68, yang memakai kot biru gelap dan bersongkok serta bertongkat, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
“Saya tuntut bicara,” katanya yang duduk dalam kandang tertuduh selepas Rozina bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas pertuduhan itu.
Terdahulu peguam Francis Ng Aik Guan memohon supaya anak guamnya dibenarkan duduk ekoran masalah kesihatan.
Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa membabitkan diri secara tidak langsung dalam transaksi pengubahan wang haram dengan mengarah Richard Christopher Barnes, 67, untuk membuka satu akaun di UBS AG atas nama lelaki itu bagi tujuan menerima hasil aktiviti haram.
Tertuduh juga berdepan tuduhan alternatif, iaitu menyembunyikan pemilikan dari hasil aktiviti haram berkenaan.
Bagi pertuduhan kedua hingga sembilan dan 11 hingga 15, Musa didakwa secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menerima AS$37,845,491.60 daripada beberapa individu melalui akaun atas nama Barnes di mana jumlah itu adalah dari hasil aktiviti haram tertuduh.
Bagi pertuduhan ke-10 pula, beliau didakwa menerima SDG$2.5 juta atas sebab yang sama.
Individu dan syarikat terbabit ialah Chia Tien Foh, Young Generation Corp, Lo Man Heng, Mazlan Zakaria, Axon Group Ltd, Well Capital Finance Limited, Innovative Information Ltd dan Portland Trading Pte Ltd.
Bagi pertuduhan ke-16, Musa didakwa cuba untuk membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mengarahkan Barnes memindahkan semua aset dan kemasukan wang yang akan datang dari akaun lelaki itu ke akaun miliknya di Bank UBS AG Zurich di mana semua aset dan kemasukan wang akan datang itu adalah hasil aktiviti haram.
Semua kesalahan didakwa dilakukan di UBS AG Singapura dan Central Hong Kong Special Administrative Region of the Republic of China, antara 21 Jun 2006 hingga 14 Jun 2008.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Jaminan ke atas bekas Ketua Menteri Sabah itu dikekalkan seperti jaminan sebelum ini, iaitu RM2 juta dengan penjamin yang sama.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, manakala Musa diwakili peguam, Francis Ng dan Amer Hamzah Arshad.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/537541/musa-aman-hadapi-16-tuduhan-ubah-wang-haram?fbclid=IwAR0EHTb5t2tHBEfxheh6tjtlBXgjiZIlHGDSAWK_ot_SO_hw3JE4V69sY_o

Comments
Post a Comment